Saturday, September 24, 2016

Mersing island hopping #jelajahpulau

Trip adik beradik untuk tahun ni kita pilih untuk buat jelajah pulau sekitar mersing je.
Tahun lepas pun buat aktiviti air tapi kolam kecik tak puas berendam dekat bayou lagoon tu.
Jadi tahun ni kasi berendam lama2 ..semua aktiviti snorkelling, cliff jump, hiking semua nak buat dalam sehari.
Muka pun nanti dari putih putih melati dah jadi hitam sebab kena panggang dgn matahari.

Untuk menjayakan aktiviti tahunan adik beradik ni kaklong bersungguh buat research.
Dalam kepala ni duk pikir nak pergi mana ek best..nak buat aktiviti apa ek best.. dan yang paling penting semua setuju dengan cadangan kaklong nanti.

Cari punya cari akhirnya jumpa satu page ni kat facebook..
Address page diorang ni :goihat

Taip je mersing island hopping nanti akan terus jumpa page ni k.

Pakej yang disediakan memang cukup murah dan berbaloi semua dah termasuk sekali nanti termasuklah abang2 yang sado yang akan membantu korang nanti. Makanan yang disediakan super sedap masa sarapan ada sandwich buah -buahan air kotak , subway punya rasa pun kalah pastu untuk lunch ada bbq super sedap jugak siapa yang xmakan ayam sotong udang tu memang rugi.
Masa 16/9/2016 haritu kitorang cuma bawa badan..kasut untuk hiking dan makanan tambahan sebab kami geng kuat makan.

Pulau yang akan di jelajah nanti adalah pulau layar. Pulau lanun. Pulau hujung. Dan pulau tengah.
Pemandangan memang subhanallah cantik sangat.
Apapun aktiviti ni nanti boleh repeat lagi.





suruh bergambar tapi dia tidur
bakpe la i buat muka i jadi cenggitu depan abanng abang sado ni..choii spoilll
nak datang lagi sini sebab nak jumpa dengan abang abang sado..ehhh



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...