Sunday, January 31, 2016

Klinik gigi buat braces area johor

Today makcik nak cerita kat mana yang korang patut buat braces yang murah, daerah johor dan yang penting lagi doktor dia perempuan buat kerja berhati-hati juga cun.

Sebab apa cakap berhati-hati?
Dalam banyak2 klinik gigi yang makcik pernah pergi untuk cuci gigi kan, klinik n yang paling takde rasa pape.
"Yang ni ada rasa ngilu sikit ye"..
Namun takde rasa ngilu pun.
"Kalau sakit beritahu ye"..
Namun takde rasa sakit pun.
Cas untuk cuci gigi pun berpatutan range harga dari rm50-120. Makcik kena dalam 60 sahaja.

Jadi kalau sesiapa yang area kluang ke ayer hitam ke parit raja ke simpang renggam ke benut ke batu pahat yang penting johor bahru bolehlah datang untuk pemeriksaan gigi dan consultation berkenaan braces di klinik pergigian penawar ayer hitam ni.

Nak cari dia macam mane ek?
Senang je. Bila dah exit tol ayer hitam sila ambil susur ke kiri menghala ke batu pahat.
Bila nampak kfc je terus belok kiri. Bangunan klinik ada di area belakang kfc dan bertentang dengan bus stand ayer hitam.

Untuk harga pemasangan braces ni memang murah je harga nyee..
Bermula dari 3500+.. duit pendahuluan 1k.
Mungkin harga n bergantung pada keadaan gigi masing-masing.

But dont worry. Before tu dia akan buat mold dulu untuk doktor study structure gigi korang dan cas cuma 50 diikuti dengan consultation beberapa hari kemudian secara percuma.

Consultation dari pakar amat penting sebelum pemakaian braces n.
Dari sini kita perlu tahu sesuai atau tidak kaedah braces ni untuk menyelesaikan masalah gigi yang kita hadapi. Berapa batang gigi yang perlu dicabut, berapa lama pemakaian braces ni.
Sesetengah kes mungkin pemakaian braces sahaja tidak mencukupi kerana ada yang perlu menjalani pembedahan rahang dahulu ( orthognatic surgery) bagi memperbetulkan rahang yang tidak selaras. After research tentang  pembedahan ni rasa agak menakutkan kerana rahang akan dipotong samada bahagian atas sahaja atau bahagian bawah sahaja atau kedua dua belah kemudian akan dicamtum semula menggunakan plat dan skru. Seramm sangat makcik dengar potong2 camtum2 ni tak sanggup rasanya makcik nak jalani pembedahan ni. Harga pun boleh cecah puluhan ribu jika refer di hospital swasta. Belum lagi menanggung siksa kesakitan berbulan masa yang diambil untuk sembuh dan tulang tumbuh semula. Paling tak suka bila tinggal di hospital. Tulah namanya beauty is pain.

Rawatan lain yang ditawarkan di klinik gigi seperti pemutihan gigi juga ada dan boleh dikatakan murah berbanding klinik gigi lain.
Terdapat dua pilihan samada home kit / buat di klinik setiap jenis harga berbeza. Home kit cuma 500 dan yang satu lagi 800.

Sedikit gambar untuk mereka yang berminat pergi ke klinik gigi ni.












3 comments:

  1. Tq for this kind review =) We are looking forward to meet u again!

    ReplyDelete
  2. Berapa kali datang ye untuk cuci gigi ni?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...