Tuesday, September 30, 2014

Berakhir sudah bulan yang sibuk

Ni antara aktiviti masa lapang yang tak boleh nak lapang sebab banyak persiapan perlu dibuat menjelangnya majlis kahwin sipika tempoh hari.
Antara aktiviti utamanya melipat 800 kotak untuk goodies kepada para tetamu.( kotaknya memangg chanteq sebab daddy yang pilih tapiiii nak melipatnyaaa..hukhuk)
Isi dalam setiap kotak pula wajip ada air kotak dan kerepek. 
Kerepek pun kami sekeluarga yang seal..sambil seal dalam plastik serentak steal dalam mulut..hihi.
Kena test dulu sedap ke idak sebab nak bagi ke para tetamu.


Dari bulan lapan ikutkan aktiviti menyibukkan diri dah bermula. 
Masa majlis sanding kat dewan sipika nya gigih berangan nak satu family pakai baju warna turqouise, tapi yang gigih merealisasikannya tak lain tak bukan hambalah jua. Sempatlah jahit baju melayu 3 pasang dengan baju kebaya peplum, kain tak sempat jahit, sarungkan aje kain batik. Daddy punya dia pilih untuk tempah kat tailor.

Teaser adikku yang cun macam fasha sandha di hari persandingan dia. 

Ni masa majlis nikah baru je nak bermula. Masa ni memang dah pack gila satu rumah.
Boleh nampak tak mak pengantin busy sangat ambil video...
...........................almaklum excited nak dapat menantu pertama. hihihi
 Yang tengah ikatkan tirai tu bapa pengantin belah lelaki dan yang duduk atas duk perati my mom tu emak pengantin lelaki. Tiga watak ni memang watak utama selain pengantin n my daddy.
..dan alhamdulillah 19.9.2014 adikku sah jadi isteri syed abu zalifah dengan sekali lafaz.

Majlis sanding berlangsung di dewan simpang renggam.tarikh 20.09.2014.
gambarnya mungkin next entri baru bubuh.

ni dari kiri my mak uda yg sentiasa muda..cousin Hafiz..me.
kat belakang nampak je macam cerah tapi sebenarnya hujan dari tengah hari sampailah ke malam.
Nasib baik buat kat dewan sebab kalo buat kat rumah,,memang sah banjir air bertakung kat laman depan..kalo takde tar dah boleh cucuk tanam padi.

macam nak minta penampar je sorang-sorang..haha


Mahal gambar ni sebab ada Faris Afandi.




Tengok tak tipu kan..sarung kain batik.

Bju ni sebenarnya berinpirasikan dari JM. 
Cuma Lengan tak sempat nak letak lace, tapi tak perlu risau sebab kalau panjang umur raya tahun depan dah boleh tambah...jadi baju baru.
Baju ni harga tiga empat ratus..tapi kalau jahit sendiri 30 pun tak sampai..puas hati.

Monday, September 15, 2014

Resepi sup cendawan gerenti sedap


Bahan-bahan;
1 sudu mentega (untuk menumis)
3 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang (dipotong dadu halus)
ayam dipotong dadu halus (i guna bahagian dada)
kiub pati ayam/ serbuk cukup rasa
lada sulah dan lada hitam (nak pedas guna banyak, tumbuk halus)
2 biji kentang direbus 
1 tin susu cair (nak guna susu segar pun boleh)
secawan air
daun sup.

cara-cara;
-panaskan mentega dan tumis bawang putih sehingga naik bau
-masukkan ayam dan cendawan
-masukkan air
-blender susu bersama kentang yang dah dilenyek kemudian tuang dalam periuk..gaul sebati.
-masukkan 1 sudu cukup rasa
-masukkan lada sulah n lada hitam
*note; kalau nak pekat kuahnya masukkan tepung sesudu dua.
-akhir sekali masukkan daun sup yg dipotong halus.

Resepi paling mudah dan sedap dimakan panas-panas dengan roti gardenia.
Malam semalam buatkan untuk adik-adik makan; first perkataan keluar "Mmmm.." tanda sedap sangatlah tu kan bila sup tu masuk mulut..kan..hehe.perasan*


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...