Sunday, August 3, 2014

Gubahan hantaran perkahwinan mudah guna pinggan untuk adikku yang mentells..

Salam eid mubarak.
banyak makan kuih raya?rendang?ketupat? dan berbagai lagi juadah kalau nak sebut memang beratus senarai beratur tak putus..

Tak nak cerita panjang pasal hari raya sebab hari rayaku sederhana
raya kedua pula hiba yang melanda.
apapun kena redha kerana itu ketentuanNya.

Terus ke tajuk utama yang panjang berjela itu.
Tugas yang perlu dilaksanakan sebelum berlangsungnya majlis si pika.
Tahun lepas masa majlis tunang segala gubahan hantaran bespren dia yang buat..aku sekadar tukang penasihat je.
Namun kali ni berlainan pula.

Dipendekkan cerita untuk alatan dia simple je..
untuk mereka yang bijak pandai macam adik aku ni,
silalah guna pinggan kaca putih je sebagai base.
Pinggan tu nanti lepas dah abis majlis boleh diguna pakai untuk letak lauk pauk segala kan..kann..jimat..
Nak jimat lagi bijaksana lagi macam adik aku silalh beli kat kilang claytan..tempat aku beli pinggan mangkuk, harga murah tempat kat machap tak jauh dari rumah...haha.
sekeping harga cuma 8rm..saiz besar.


Seterusnya cari bunga.
Gubah macam yang kat gambar atas ni. Nak lebat lagi buatla 5 kuntum ke..

Bunga ni beli di Nilai 3 masa kitorang balik dari kampung.
Banyak pilihan ada tapi nak senang cari yang ada siap dengan bunga yang kecik2 sekali

hari ni dapat buat 2 dulang.
Gubahan ni tak ambil masa yang lama, kos pun tak banyak sebab guna bunga plastik. 



Dengan penuh kasih sayang
dan iklas dari hati.
Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Allah lebih menyanyanginya.
Segalanya yang berlaku seolah-olah mimpi di siang hari.
Raya pertama kita beraya gembira bersama
Raya kedua kau pergi buat selamanya.
Ku kucup dahi dan pipi mu buat terakhir kalinya.
Semoga kau aman disana.


al-fatihah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...