Tuesday, October 28, 2014

SOGO WAREHOUSE CLEARANCE SALE

YIHOO..TULISAN SEMUA BOLD SEBAB SOGO BUAT SALEEE.
DARI 30 OCT NI HINGGA 2 NOVEMBER


Happy shopping dan selamat membeli belah secara bijak.




Pernah dulu terbeli barang mahal masa shopping kasut kat dataran pahlawan melaka.
Walaupun beza harga RM30 tapi still rasa ralat sebab kau baru je beli kasut kat kedai ni pastu ko jalan sikit je kat depan lalu beberapa kedai boleh pulak nampak kasut yang sama SAMMA SANGAT..hihi... tapi harga jauh lebih murah dari yang ko beli tadi.
Dalam hati mesti ko cakap menyesalnya dah beli kasut kat kedai yang pertama tadi...kalaulah survey dulu.."kalaulah...blablabla..mesti boleh dapat 2 pasang kasut.
Sejak dari tu bukan saja ko akan berhati-hati semasa membeli belah malah terus pasang niat berhenti-henti lah dari hobi membeli kasut.

ATapi nanti nak cari satu pasang je kasut..satuuuuu je.

Monday, October 27, 2014

Menumpang kasih

Hujung minggu ni dah rancang nak ke Terengganu.
Dah ter sedar dah lama tak 'balik' Terengganu, tu pun nasib baik adah mengomel kat aku.
Tahun ni je dah 3 kali dia datang Simpang Renggam. Aku?
Lima tahun tak datang Terengganu.
Tiba-tiba sentimental pulak entri kali ni.
Sume ni gara-gara baru abis tengok cerita korea tajuk "Fated ...blabla."

Sekarang ni rindu sangat nak jumpa pok mad.
Rindu nak dengar adah kena blebel..haha.sori adah
Rindu dekat pantai teluk ketapang..
hirup udara segar pantai masa pagi-pagi
Rindu bunyi deruan ombak.
Rindu keropok lekor
Aish..macam-macam benda nak buat.

Nasib baik dapat menumpang kasih family adah.
Masa kecik ayah suka bandingkan aku dengan anak orang lain.
Ayah cakap diorang lebih bagus compared to me
Jadi bila dah besar aku bandingkan family orang lain lagi bagus dari family sendiri.
Bila ada dikeliling family adah yang besar terasa 'warm atmosphere'...happy je.

Terima kasih adah .


Sunday, October 19, 2014

Drama korea terbaru- My lovely girl

Siapa peminat runningman dan dah tengok pun episod ke 214 mesti tahu artis jemputan diorang is 'MLG team' kan. Ada 'handsome dog owner' a.k.a Rain, krystal dan lain-lain.
Dari penangan runningman merebak ke drama korea akibatnya tak tidur malam dibuatnya.
Dah habis pun tengok My lovely girl malam tadi dari episod 1 hingga 10. Tak sabar nak tengok sambungan episod 11 dan seterusnya minggu depan.
.
Mula-mula episod 1 macam tak best je sebab cerita agak slow tapi lama-lama terus sangkut sampai tak tidur sampai tak ingat nak makan..end up nanti lagi ramailah yang tegur aku makin kurus.
Bila tengok Rain berlakon dalam drama MLG ni asyik teringat cerita Full house je






Only the sound of your breath is inside of me
Only your voice is inside of me
On this night where I only miss you, What do I do?
I'll run to you without looking back.

Oh don't you remember
Answer me, am I in your heart?
Yes I can remember
I'm waiting for you, youre the only one in my heart
It's only you inside of me
Don't you remember
Inside of me
You know me, you know I only have you
...
.
.
I would be happy, I would be so happy.

Sunday, October 12, 2014

Percutian yang tak dirancang. ke cameron

Baru balik dari Cameron. Niat asal minggu ni cuma nak jumpa adah dekat KL tapi tiba tiba adah pelawa pergi cameron. bagai orang mengantuk disorongkan bantal..terus setuju gitu.
hari jumaat rancang..hari sama bli tket kekl hari yang sama pukul 3pg sampai kl.
Hampir semua family adah yang lama dah tak jumpa aku dapat jumpa.






esok dating dengan ben a.k.a salbanu a.k.a ben plok




Tuesday, September 30, 2014

Berakhir sudah bulan yang sibuk

Ni antara aktiviti masa lapang yang tak boleh nak lapang sebab banyak persiapan perlu dibuat menjelangnya majlis kahwin sipika tempoh hari.
Antara aktiviti utamanya melipat 800 kotak untuk goodies kepada para tetamu.( kotaknya memangg chanteq sebab daddy yang pilih tapiiii nak melipatnyaaa..hukhuk)
Isi dalam setiap kotak pula wajip ada air kotak dan kerepek. 
Kerepek pun kami sekeluarga yang seal..sambil seal dalam plastik serentak steal dalam mulut..hihi.
Kena test dulu sedap ke idak sebab nak bagi ke para tetamu.


Dari bulan lapan ikutkan aktiviti menyibukkan diri dah bermula. 
Masa majlis sanding kat dewan sipika nya gigih berangan nak satu family pakai baju warna turqouise, tapi yang gigih merealisasikannya tak lain tak bukan hambalah jua. Sempatlah jahit baju melayu 3 pasang dengan baju kebaya peplum, kain tak sempat jahit, sarungkan aje kain batik. Daddy punya dia pilih untuk tempah kat tailor.

Teaser adikku yang cun macam fasha sandha di hari persandingan dia. 

Ni masa majlis nikah baru je nak bermula. Masa ni memang dah pack gila satu rumah.
Boleh nampak tak mak pengantin busy sangat ambil video...
...........................almaklum excited nak dapat menantu pertama. hihihi
 Yang tengah ikatkan tirai tu bapa pengantin belah lelaki dan yang duduk atas duk perati my mom tu emak pengantin lelaki. Tiga watak ni memang watak utama selain pengantin n my daddy.
..dan alhamdulillah 19.9.2014 adikku sah jadi isteri syed abu zalifah dengan sekali lafaz.

Majlis sanding berlangsung di dewan simpang renggam.tarikh 20.09.2014.
gambarnya mungkin next entri baru bubuh.

ni dari kiri my mak uda yg sentiasa muda..cousin Hafiz..me.
kat belakang nampak je macam cerah tapi sebenarnya hujan dari tengah hari sampailah ke malam.
Nasib baik buat kat dewan sebab kalo buat kat rumah,,memang sah banjir air bertakung kat laman depan..kalo takde tar dah boleh cucuk tanam padi.

macam nak minta penampar je sorang-sorang..haha


Mahal gambar ni sebab ada Faris Afandi.




Tengok tak tipu kan..sarung kain batik.

Bju ni sebenarnya berinpirasikan dari JM. 
Cuma Lengan tak sempat nak letak lace, tapi tak perlu risau sebab kalau panjang umur raya tahun depan dah boleh tambah...jadi baju baru.
Baju ni harga tiga empat ratus..tapi kalau jahit sendiri 30 pun tak sampai..puas hati.

Monday, September 15, 2014

Resepi sup cendawan gerenti sedap


Bahan-bahan;
1 sudu mentega (untuk menumis)
3 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang (dipotong dadu halus)
ayam dipotong dadu halus (i guna bahagian dada)
kiub pati ayam/ serbuk cukup rasa
lada sulah dan lada hitam (nak pedas guna banyak, tumbuk halus)
2 biji kentang direbus 
1 tin susu cair (nak guna susu segar pun boleh)
secawan air
daun sup.

cara-cara;
-panaskan mentega dan tumis bawang putih sehingga naik bau
-masukkan ayam dan cendawan
-masukkan air
-blender susu bersama kentang yang dah dilenyek kemudian tuang dalam periuk..gaul sebati.
-masukkan 1 sudu cukup rasa
-masukkan lada sulah n lada hitam
*note; kalau nak pekat kuahnya masukkan tepung sesudu dua.
-akhir sekali masukkan daun sup yg dipotong halus.

Resepi paling mudah dan sedap dimakan panas-panas dengan roti gardenia.
Malam semalam buatkan untuk adik-adik makan; first perkataan keluar "Mmmm.." tanda sedap sangatlah tu kan bila sup tu masuk mulut..kan..hehe.perasan*


Sunday, August 3, 2014

Gubahan hantaran perkahwinan mudah guna pinggan untuk adikku yang mentells..

Salam eid mubarak.
banyak makan kuih raya?rendang?ketupat? dan berbagai lagi juadah kalau nak sebut memang beratus senarai beratur tak putus..

Tak nak cerita panjang pasal hari raya sebab hari rayaku sederhana
raya kedua pula hiba yang melanda.
apapun kena redha kerana itu ketentuanNya.

Terus ke tajuk utama yang panjang berjela itu.
Tugas yang perlu dilaksanakan sebelum berlangsungnya majlis si pika.
Tahun lepas masa majlis tunang segala gubahan hantaran bespren dia yang buat..aku sekadar tukang penasihat je.
Namun kali ni berlainan pula.

Dipendekkan cerita untuk alatan dia simple je..
untuk mereka yang bijak pandai macam adik aku ni,
silalah guna pinggan kaca putih je sebagai base.
Pinggan tu nanti lepas dah abis majlis boleh diguna pakai untuk letak lauk pauk segala kan..kann..jimat..
Nak jimat lagi bijaksana lagi macam adik aku silalh beli kat kilang claytan..tempat aku beli pinggan mangkuk, harga murah tempat kat machap tak jauh dari rumah...haha.
sekeping harga cuma 8rm..saiz besar.


Seterusnya cari bunga.
Gubah macam yang kat gambar atas ni. Nak lebat lagi buatla 5 kuntum ke..

Bunga ni beli di Nilai 3 masa kitorang balik dari kampung.
Banyak pilihan ada tapi nak senang cari yang ada siap dengan bunga yang kecik2 sekali

hari ni dapat buat 2 dulang.
Gubahan ni tak ambil masa yang lama, kos pun tak banyak sebab guna bunga plastik. 



Dengan penuh kasih sayang
dan iklas dari hati.
Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Allah lebih menyanyanginya.
Segalanya yang berlaku seolah-olah mimpi di siang hari.
Raya pertama kita beraya gembira bersama
Raya kedua kau pergi buat selamanya.
Ku kucup dahi dan pipi mu buat terakhir kalinya.
Semoga kau aman disana.


al-fatihah.

Friday, June 27, 2014

Salam Ramadhan

Ahad ni 29 Jun bersamaan dengan 1 Ramadhan semua umat islam akan mula berpuasa.
Selamat berpuasa diucapkan.
Selamat beramal ibadat.
Semoga kita semua diberkati Allah hendaknya.

Takde benda nak update sebenarnya.
tapi akan ada majlis yang besar bulan 9 nanti.

Apapun jum cuci mata tengok pattern langsir baru.
2-3 minggu lepas semua langsir2 dekat rumah ni dah abis dicuci..kononnya nak prepare siap2, nanti bulan pose xdelah penat nak mengemas rumah.
sarung kusyen pun dah siap basuh sume.
Tapi tau2 langsir nanad dah tempah baru rupanya, dah siap gantung pun.
Bila terpandang terus suka dengan pattern dia.

Kat sini nak dikongsikan
Manalah tau boleh dijadikan inspirasi bagi mereka yang nak jahit langsir tuk raya nanti.







Saturday, May 17, 2014

Houseofon9shop dan tempat kerja baru

Bulan Mei merupakan bulan pertama d'rainbowcloset bertapak di  Bandar Seri Alam, Masai bersama 24 vendor yang lain.

Harapan semoga semua vendor yang turut sama berkecimpung dalam perniagaan ni maju jaya hendaknya.
Bulan 5 ni juga merupakan permulaan yang ketiga berpindah tempat kerja.
Semoga segalanya lebih indah dimasa akan datang.
Semoga segalanya lebih ceria dimasa akan datang.
Semoga bertambah rezeki dimasa akan datang

Bagi mereka yang suka sangat shopping barangan yang up to date tu apa kata singgah ke butik Houseofon9shop ni.

Antara vendor-vendor yang ada:
 1) @fnemaxidress 2) @d_rainbowcloset 3) @buddyzcloset 4) @titotititoti 5) @cittastore 6) @khredshop 7) @sharifahliacollection 8) @lzshouse 9) @rfsignature 10) @farellabakery 11) @heyfaalicious 12) @theabzantiq 13) @red_nylon 14) @dessence_insta 15) @tamara_729 16) @wardrobetoyou 17) @beautypeepz 18) @chocolateamiey 19) @gorgeousboutique76 20) @thehamrasha 21) @satriesahrul 

Ni alamatnya:
NO 35-2 , JALAN SURIA 3 , BANDAR SERI ALAM , 81750 , JDT . ( butik sebaris dgn B.R . Bukan baskin robin tapi BANK RAKYAT ye. Take note. Atas SMART READER )

Ni kedainya..pemasangan cctv sedang dijalankan. 
Ada jual kasut, baju, tudung, maxidress, aksesori, macam2 jenis coklat, beg dan lain-lain lagi.
Semuanya di bawah satu bumbung.

ada caramello crunchies yang yummeh!


Casing iphone 5


nanad yg cun tengah meng-opersikan susun atur baju-baju


Dee_rainbow





Friday, March 28, 2014

Cardigan kimono untuk dijual

Disini ada beberapa koleksi cardigan chiffon.
Ada dua jenis, satu daripada material yang jarang; chiffon... Kedua material yang tak jarang.
Semuanya custom made.
(will update with a better quality of pictures)
Jika berminat boleh terus WhatsApp 019-7578300 (Dee)

Kod 1
Material Chiffon
Size fit S to XL
1. Available
2. Available


Kod 2
Material Chiffon
Size fit S to M
1. Available



Kod 3
Material Chiffon
Size fit S to XL
1. Available
2. Available


Kod 4
Material Chiffon
Size fit S to XL
(jgn risau baju ni besar dan labuh uolls)
1. Available



Kod 5
Material Tak Jarang
Size fit S to L
1. Available
2. Available


Kod 6
Material Tak Jarang
Size fit S to L
1. Available
2. Available

Happy Shopping :)
Akan update pola cardigan kimono di entri akan datang.
Senang je nak jahit cardigan ni tau.

Thursday, March 13, 2014

Online bazaar ke 2 di Angsana 28~30 Mac ini

Hujung bulan ni kami adik beradik akan berada di Angsana lagi...yeppiiii.
Rasa padat betul aktiviti dibulan Mac ni..hehe

Pika dah berkecimpung lama dah bab mempromosikan barang2..
sedangkan terompah harga RM60 sepasang pun boleh terjual, inikan pula baju.
yang lagi dua orang ni baru nak belajar berjalan.

Suasana bazar disiang hari.
Cuacanya panas sebab diluar bangunan, beza masa di Kotaraya tempat jualan di level 1.
Di Angsana kami berada berdekatan dengan foodcourt dan pintu masuk ke Gulatis.
Macam-macam gelagat pelanggan kita dapat jumpa.


Malam hari lagi ramai yang datang sebab cuaca dah sejuk skit.
Tapi sayang pukul 10malam kami dah kena pack2 barang untuk pulang ke Simpang Renggam.
Antara barang yang hot: seluar palazzo glitter, seluar palazzo corak askar,
 makanan pula: kerepek nangka dan kerepek epal.

Kerepek nangka ni ada yang datang sampai  2 kali sebab nak beli lagi.
Memang sedap tak tipu.


Kerepek epal. Rasa masam manis..sungguh rangup sekali..hihi
rasa sekali nak lagi

Mungkin online bazar yang kedua ni akan ada tudung juga :) 
.
.
.
.
zon promosi dah abis sekarang zon Q&A pula..


Q: Ada yang bertanya berapa meter kain yang digunakan untuk buat cardigan ni.
A: ..Saya guna 2 meter kain je sebab biasanya untuk bahagian badan 2 meter

Q: Terima order tak untuk buat peplum kurung yang macam scha pakai?
A: Minta maaf sebab saya tak terima tempahan. Banyak tempahan yang telah saya tolak...ececeh.
     Saya menjahit sekadar suka-suka je.





Tuesday, February 25, 2014

JOM shopping weekend ni di angsana

Hujung minggu ni drainbow closet  akan berada di angsana.
Online bazaar dari 1~2 Mac 2014..
tempatnya berdekatan dengan kopitiam dan food court.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...