Sunday, November 17, 2013

Bungkus hadiah guna kain?

Selain dibuat baju, kain juga boleh digunakan untuk membungkus hadiah.
Di Malaysia ni jarang sangat nak jumpa hadiah dibalut dengan kain, tapi kalau di Jepun kerajaan diorang galakkan bagi mengurangkan penggunaan kertas.

Ni antara cara-cara pembungkusannya.



ecobrides



Memandangkan cuti sekolah dah bermula makanya musim orang kahwin pun sama juga.
Hari ni je ada dua jemputan kahwin, jadi semalam bermulalah aktiviti untuk membungkus hadiah.


Bila hadiahnya besar, dua keping pembalut hadiah tak cukup rupanya..
jadi apa nak buat bila malas nak keluar ke pekan semata-mata nak beli lagi sekeping pembalut hadiah?
Kita gunakan kain yang ada....hehehe.
dan hasilnya......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............................







Cara bungkus dia senang je..
Buat bunjut, selepas tu ketatkan guna dawai.. takde dawai gunakan reben pun boleh.
Untuk kali ni dua-dua bahan digunakan.


(Hasilnya akan jauh lebih cantik jika saudara saudari gunakan kain berharga rm20/m keatas ye..hihi)

Seterusnya kita hias guna bunga kertas
Tutorialnya disini:



Kita tinggalkan nota kecil buat pengantin....hehe..

Lagi hadiah buat tatapan mata..

Pengantin umur 23tahun, yang sebelahnya umur 22tahun.

Masa nak balik tengah peluk cium bagai dengan pengantin, sempat dia bisik
 "lepas ni giliran akak pulak"




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...