Sunday, October 13, 2013

Best rupanya english cotton ni

Daripada kain menjadi baju.
Untuk dua minggu ni dapatlah jahit  3 pasang baju.
Baju yang kat atas ni blouse daripada english cotton..
bahagian badan bentuk A-line,
tangan hujung buat kembang sikit,
bahagian dada ada dart ditepi sisi kiri dan kanan.
Blouse yang paling aku suka setakat ni.
Dah pakai buat pergi kerja pun, tapi ada uniform yang melindungi kecantikan baju ni. hehe...

Kenapalah aku lambat tahu yang english cotton ni best.
Rupanya terdapat banyak perbezaan antara kain japan, kain english dengan kain amerika ni.
Yang pertama dari segi harga..kain japan dalam lingkungan rm10/m keatas (lagi mahal lagi bagus),
english cotton rm20 keatas
dan yang paling mahal amerika cotton rm40/m dan keatas.
Tak pasal-pasal hari ni buat research pasal kain.

Cakap pasal corak pulak.
Japanese cotton corak dia kecil-kecil,
English cotton corak dia besar-besar,
Amerika cotton pulak ada designer yang reka, tu sebab mahal...dibanding dengan 2 jnis kain yang lain yang kita tak tahu siapa yang reka..namun cantik dimata.

Setakat ni aku cuma pernah beli kain japanese cotton dengan english cotton je
dan apa yang boleh aku kata, kedua2 kain sejuk bila dipakai
tapi english cotton ni texture dia lebih lembut, permukaan lebih halus dan paling penting senang digosok.

Japanese cotton material kain agak tebal dan keras.
Jadi lepas ni bolehlah aim untuk beli kain english cotton ni lagi.
kain amerika ni belum terasa nak membeli lagi..sebab utama mahal,tak boleh nak tawar menawar.
Kalau kat kedai kain jangan lupa untuk tawar menawar,
berikan senyuman yang tak berapa nak manis kat apek yang jual kain tu..macam english cotton ni dapatlah rm15/m.





Cardigan chiffon warna merah jambu.
disebabkan malas nak tukar benang, maka nampaklah jahit tepi warna putih.
Dulu kat simpang renggam ni susah nak cari benang jahit tepi berwarna warni, sekarang macam-macam kaler ada.
Cardigan ni dah ada improvement, cuma lebarkan lagi  sayap kiri dan kanannya.. ^_^'


Baju ni pula baru siap malam tadi.
Ada lining.... buat kepala aku pening.
Blouse jenis hi and low.
Bahagian depan tinggi bahagian belakang rendah bagi menutupi bahagian pinggul.
Nampak gayanya sekarang ni gaya aku dah lebih kearah makcik-makcik.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...