Sunday, September 8, 2013

Kek lapis haw flakes

Tak serik dengan puding roti yang tak jadi,
kali ni bereksperimen buat kek lapis masam manis pula.
Oleh sebab kek coklat merupakan satu-satunya kek kegemaran seisi keluarga,
jadi kek-kek jenis lain memang tak pernah terniat nak mencuba.
Raya tahun ni pun bila aku cakap nak buat kek lapis, ada je yang membantah lepas tu suruh buat kek coklat.
Sudahnya bahan nak buat kek lapis yang aku dah beli masa bulan puasa, dah habis raya baru terbuat.

Bahan-bahan
-5 biji telur
-6 keping biskut marie (dikisar halus dan diayak)
-3 cawan tepung kek
-1/2 sudu besar ovallete
-1/2 sudu besar soda bikarbonat
-3 sudu besar madu
-3 sudu besar susu pekat manis
-hawflakes saiz besar 12 bungkus kesemuanya
-pewarna hijau. Tu je yang ada. Kalau nak cantik tambahlah satu warna lgi supaya ada 3 warna.
(sumber rujukan diambil dr http://syapex.blogspot.com/2013/06/kek-lapis-asam-manis-bakar.html)

cara-caranya boleh rujuk web beliau.

Adunan dibahagi kepada dua bahagian. Warna hijau dan putih. 
Loyang 8x8 inci digirs dengan minyak.

Untuk lapisan kek yang pertama gunakan api atas dan bawah.
Selepas lebih kurang 5 minit keluarkan dan bolehlah susun haw flakes

Buat lapisan yang berikutnya dengan menggunakan api bahagian atas sahaja.

Untuk percubaan kali pertama ni agak rajin sedikit jadi tiap-tiap lapis mesti ada haw flakes.
Lain kali taknak buat tiap-tiap lapisan, tapi 2 lapis baru letak haw flakes untuk kurangkan rasa masam.


Dah siap untuk dijual  farhan bawa pergi asrama.

Next time kena buat bagi nampak cantik lagi.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...