Wednesday, September 25, 2013

Love you Mr.Arrogant

Cerita ni mula ditayangkan hari ini,


Pengganti cerita Cinta Jannah yang dah 9 tahun baru bersatu balik dengan Izaril tu.
Kenapa 9 tahun pun aku tak faham. Lama sangat kan.

Untuk tajuk cerita yang baru ni pula mengingatkan aku pada cerita Korea tahun 2004.
iaitu 100days with Mr.arrogant.


Hero ni laaaagi hensem...laaaagi putih..lagi arrogant...betul tak?...hehe


(tapi hensem lagi Jang geun suk..muahaha)




Permulaan cerita dia lebih kurang je. 
Cuma versi korea ni heroin dia pelajar, tak boleh bawa kereta....
Jadi masa tengah berjalan ni dia baling tin jauh-jauh lepas tu terkena kepala Mr. arrogant ni yang masa tu tengah bawa kereta...jalan cerita yang selanjutnya better tengok sendiri sebab memang best!
Tapi untuk cerita penuhnya memang tak sama dengan Love you Mr. Arrogant.

Love you Mr.Arrogant ni adaptasi dari cerita novel.
Penulisnya Aliesha Kirana

Kalau ada yang nak baca novel ni secara online boleh jenguk web bawah ni:
Nanti anda akan rasa macam shopping kat kedai popular je.
Cuma kat sini boleh baca cerita penuh, kat Popular boleh baca sinopsis je.
Jadi tak payah nak pening-pening nak pilih buku mana yang best untuk dibeli.
baca lah ekau semuanya...



Sunday, September 22, 2013

Cardigan corak harimau

Hi!! saya bukan harimau..nama saya ucuk. Berumur satu tahun tiga bulan.
Ibu saya nama dalila..kalau depan doktor haiwan dia tak ngaku nama saya ucuk..dia beritahu doktor yang nama saya meow.

Hasil rembatan pagi tadi di Kluang..warna pink, hijau dan hitam nak jahit cardigan lagi. Kain cotton yang berbunga tu nanti nak jahit blouse untuk diri sendiri.

Tadaaa....dah siap cardigan yang kedua untuk bulan september.

kali ni biar patung je yang pakai dulu..lain kali baru ada model pakai.



Tunggu projek yang akan datang.....

Thursday, September 19, 2013

Update baju cardigan chiffon lagi..

Pola cardigan chiffon lagi.
Cuba teka macam mana  rupanya nanti...?

Baju ni dah 90% siap sebenarnya dari ahad lepas,
tunggulah...hujung minggu nanti baru me-nampakkan hasilnya.
Mood menjahit sekarang ni dah kembali, lagi pun banyak lagi stok kain chiffon yang belum berjahit.
Banyaklah juga idea merepek aku keluar untuk design baju cardigan ni nnt.



Aku suruh Nanad memperagakan baju baru yang aku jahit tempoh hari.
Nasib baik ada adik perempuan satu-satunya.


Monday, September 16, 2013

Pola Cardigan Chiffon Labuh Dalila

Contoh rujukan baju... Sheer jacket dari burdastyle

Nama baju haruslah diletakkan sempena nama si tukang jahit
Senang je nak buat cardigan ni kalau dah tau potongan dia.
Kain yang diperlukan pun cuma 2 meter..bergantung pada saiz badan individu.
Oklah sekarang nak tunjukkan pola dia.

Sumber rujukan burdastyle



Perkara pertama yang patut dibuat sebelum potong kain.

Aku lagi suka surat khabar berita harian yang dulu punya.
Sebabnya saiznya yang besar berbanding sekarang...
kalau dulu terus je boleh lakarkan paten atas kertas, tapi sekarang kena cantum-cantumkan kertas baru boleh mulakan projek.


dan hasilnya..

Pandangan sisi baju

Pandangan belakang baju..


'''Banzai''



Sunday, September 8, 2013

Kek lapis haw flakes

Tak serik dengan puding roti yang tak jadi,
kali ni bereksperimen buat kek lapis masam manis pula.
Oleh sebab kek coklat merupakan satu-satunya kek kegemaran seisi keluarga,
jadi kek-kek jenis lain memang tak pernah terniat nak mencuba.
Raya tahun ni pun bila aku cakap nak buat kek lapis, ada je yang membantah lepas tu suruh buat kek coklat.
Sudahnya bahan nak buat kek lapis yang aku dah beli masa bulan puasa, dah habis raya baru terbuat.

Bahan-bahan
-5 biji telur
-6 keping biskut marie (dikisar halus dan diayak)
-3 cawan tepung kek
-1/2 sudu besar ovallete
-1/2 sudu besar soda bikarbonat
-3 sudu besar madu
-3 sudu besar susu pekat manis
-hawflakes saiz besar 12 bungkus kesemuanya
-pewarna hijau. Tu je yang ada. Kalau nak cantik tambahlah satu warna lgi supaya ada 3 warna.
(sumber rujukan diambil dr http://syapex.blogspot.com/2013/06/kek-lapis-asam-manis-bakar.html)

cara-caranya boleh rujuk web beliau.

Adunan dibahagi kepada dua bahagian. Warna hijau dan putih. 
Loyang 8x8 inci digirs dengan minyak.

Untuk lapisan kek yang pertama gunakan api atas dan bawah.
Selepas lebih kurang 5 minit keluarkan dan bolehlah susun haw flakes

Buat lapisan yang berikutnya dengan menggunakan api bahagian atas sahaja.

Untuk percubaan kali pertama ni agak rajin sedikit jadi tiap-tiap lapis mesti ada haw flakes.
Lain kali taknak buat tiap-tiap lapisan, tapi 2 lapis baru letak haw flakes untuk kurangkan rasa masam.


Dah siap untuk dijual  farhan bawa pergi asrama.

Next time kena buat bagi nampak cantik lagi.




Friday, September 6, 2013

Puding roti

Malam tadi cuba buat puding roti guna kaedah kukus.
Resepi puding dapat dari member satu tempat kerja.
Bukan seorang yang pakar memasak jua bukan pakar pemakanan.
Tapi dia memang selera bila bab-bab makan ni.
Setakat ni kalau aku bawakkan makanan apa pun semua dia cakap dia suka..takde yang tak suka

Kesilapan aku disini dimana aku ikut resepi dari orang yang tak berapa mahir.
Next time baik google dulu resepi..lepas tu ubah ikut cara sendiri

This is better

Dadih ni cerita minggu lepas punya. Aku buatkan 40 cawan untuk open house rumah member.
Perisa mangga dengan honey dew.
Lepas hantar dadih ni kat Benut, terus aku cabut pergi Melaka sebab paginya dah janji nak jumpa dengan Adah.


This is failure..pertama kali cuba

Ni puding rotinya..dah macam teh 2 lapis kann..
Resepi member bagi 
3biji telur
1tin susu cair
5 keping roti
1 cawan gulanya...
1 cawan air...

Hasilnya...manis giler..tobat jangan ambek resepi kat atas ni
Next time kena ubah susu cair guna susu soya ke fresh milk ke..
barulah berkhasiat dan sihat :)

Separuh ni pung tak terlarat nak telan..sebab manis.

Bila google punya google resepi puding roti jumpa blog ni  http://farahinlee.blogspot.com/ terus terjumpa gambar ni..seeweet 


Yang menariknya pesan Farah Lee kalau nak masakan kita sedap
1. Baca basmallah, selawat, senyum dan penuhkan hati dengan kasih sayang (rahsia masakan best) :D


p/s:  kalau dulu bila masakkan untuk orang yang kita suka dan admire rasanya jauh lebih sedap tapi sekarang rasanya tak sama bila masak untuk diri sendiri..kenapa..oh spagetii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...