Thursday, August 22, 2013

Bila syawal tiba...

Bila syawal tiba 
salam dihulur, kemaafan dipinta...


Perkara wajip dilakukan di pagi raya..
Orang pertama yang salam tangan ayahanda kerana bonda baru masih belum ada.
Walaupun rasa macam takde buat dosa pada ayahanda, tapi doa ayahanda penting buat anakanda, jadi doakanlah untuk jodoh anakanda ye ayahanda...hehehe.


Tiba pula giliran kekanda-kekanda yang kacak bergaya memohon ampun dipagi raya..
duit raya memang nan hado tiap-tiap kali rayo
sebab kome~ hari-hari hari raya~


adinda yang ni pula lagak bak puteri di istana.

Tahun ni tema kitorang warna pink..kesinambungan warna tema masa tunang nanad aritu...
dan belum masuk raya kedua lagi kitorang dah pikir dah nak buat warna apa untuk raya tahun depan..
Hijau...warna untuk raya tahun depan.

Bagi mengelakkan rasa bersalahnya anak kepada ayahnda sebab tak pernah jahitkan baju raya ayahanda,
yang lain-lain semua aku jahitkan..
jadi kenalah pasangkan niat untuk jahit sepasang baju untuk ayah.
Jadi cukuplah cerita untuk hari raya yang pertama.

Sekarang nak tayang juadah hari raya minggu lepas.
hari sabtu aku masak kuah kacang, rendang ayam, sambal udang dengan sayur lodeh,
asalnya sebab ingatkan pakcik nak datang beraya rumah.
Beriya aku masak dari pukul 7 sampai pukul 12 tengah hari.
rupanya kitorang yang dijemput datang beraya..
sudahnya makanan yang banyak-banyak kawan nanad yang merasa.
gambar tiada, harap maaf.


Juadah pada hari ahad. Semua home made.. gardenia dikecualikan.
Ada bubur durian, dadih perisa honey dew, kek coklat

Ada spagetti...wajip masak sebelum pukul 10pagi..
sebab nawi nak balik shah alam dah paginya.
Kalau tak masakkan makanan yang dipinta nanti aku pulak yang rasa bersalah.

Ada ayam masak merah, sayur lodeh lagi, sambal udang lagi..
dah tak tahu nak masak apa lgi..
Sekian sahaja cerita juadah hari raya..


Untuk raya kedua tahun ni aku buat kain bentuk princess cut,
asyik kain bentuk duyung je tiap-tiap tahun, jadi ubah selera sikit.
Cuma kainnya tak berapa nak 'princess' sangat.
tak berapa kembang.
next time kena buat lagi kembang.



Ni bentuk lakaran yang aku buat untuk pola kain princess cut.
Tak berapa jelas mungkin,
jadi meh aku terangkan.
Ukuran dalam inci.

Ukuran labuh pinggang ke peha
bagi mereka yang tinggi lampai, ukuran dari pinggang ke bahagian lutut bolehlah buat 18'.
sebab aku tak berapa nak tinggi jadi ukurannya cuma 16'

Ukuran bahagian pinggang, ada tiga bahagian.
tiap-tiap bahagian ukurannya 6'
6+6+6= 18'
18' kali 2=36' --------ukuran keliling pinggang termasuk basi
tapi ukuran  sebenarnya nanti setelah dijahit
5+5+5=15'
15' kali 2=30'---------ni belum dipasang dengan getah pinggang lagi.
ukuran ditas berbeza untuk tiap individu.
masa bulan puasa ukuran pinggang aku kecil je dalam 24'..25'..

Ukuran bahagian pinggul,
7+8+7
ukuran bahagian lutut,
7+7+7
ukuran bahagian kembang payung akan datang aku kena buat besar lagi. Mungkin..
13+16+13.

'Selamat hari raya semua'










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...