Monday, July 22, 2013

Selamat berpuasa

Walaupun dah separuh bulan kita berpuasa,
tapi masih tak terlambat nak ucap selamat berpuasa kepada semua.
Lama tak ada entri baru, lama tu juga aku tak buka blog.
Tau-tau bersusun comment yang menunggu dari readers..
bunyi macam ramai benor je reader aku..hehe


Hajat hati nak upload video dari faradyable je ari n sebenarnya.
Dah lama juga aku tengok video-video dia. semua menggelikan hati.
Tu pun dapat tahu bila tengok Farhan duk senyum sorang-sorang.

Untuk pola peplum tu sebenarnya aku dah pernah upload dah cara-caranya.
Cilok dari burdastyle je.
Tajuk entri untuk pola peplum tu "Berjaya jahit baju peplum yang pertama"
Jumlah reader yang dah menjenguk entri ni dah sampai ke 1957 orang.
Jumlah tertinggi berbanding entri lain. hehe. Gembira kejap.
InsyaAllah untuk pola cardigan nanti aku akan upload di entri yang akan datang.
Niat tu dah ada dari dulu, tapi tunggu waktunya je.

Untuk soalan yang ketiga tu pun nanti kalau rajin aku buatkan tutorialnya.
Soalan seterusnya berkenaan kos yang aku pernah ambil dulu,
bilangan pelajar perempuan memang ramai.
nak kata belajar tak susah memang tipu.
Tahun pertama je aku rasa senang sebab kebanyakannya dah pernah belajar.
yang jadi susahnya bila kita belajar benda baru.
Adatlah.
Mula-mula memang susah.
Ayah aku kata takde benda yang senang.
Baik belajar dari kerja ayah aku kata..(Kata-kata supaya aku sambung wat master)
Nasib baik habis juga master aku.

Hari ni aku mc, kejap lagi nak pergi klinik. 
Klinik manusia singgah, klinik haiwan pun aku nak singgah sekali.
Alhamdulillah gatal-gatal makin dah menampakkan diri.
Habis merah-merah kat atas bahu ditambah dengan gatal.
Nanad pun ada ngadu gatal juga.
Aku cakap kat dia, ni faktor usia puncanya..hehe.

Oklah.
Sila enjoy video dibawah


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...