Tuesday, July 2, 2013

Cardigan hitam

Minggu lepas punya minggu lepas aku ada jahit cardigan chiffon lagi
Namun hari ni baru nak tayang..
Satu minggu kalau aku dapat siapkan satu projek jahitan pun dah cukup rasa seronok.
Dari dulu pasang angan-angan macam tu, tapi tak tahu boleh bertahan berapa lama..
terutama bila bulan Ramadhan nanti..larat ke?
baju raya sendiri pun tak berjahit lagi.

Untuk cardigan ni pattern dia lain dari sebelum ni,
tapi tetap menggunakan 1 meter kain je.
1 meter kain ni pun harga 5 ringgit je semeter.
biar yang murah-murah je janji dapat practice menjahit.


Patung mannequin ni aku beli pun murah je. Ada dekat nilai 3.
Sebab susah sangat nak mintak tolong nanad jadi model..alternatifnya belilah patung.

bahagian bahu dia ada pleated banyak2.


Untuk next projek cardigan nanti tengah pikir nak buat bentuk lain lagi..
sebab kain yang belum berjahit memang banyak dalam simpanan.

Ok, gud night....sweet dream.

3 comments:

  1. kucing itu sgt comel okeh...dee, ajar aku buat cardigan..

    ReplyDelete
  2. cantik..awk bg saya semangat untuk jahit :)
    kalau boleh nak taw drafting dia boleh tak buat toturial?

    ReplyDelete
  3. cantik sangat..boleh x mintak toturial drafting nak buat cardigan ni?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...