Monday, July 22, 2013

Selamat berpuasa

Walaupun dah separuh bulan kita berpuasa,
tapi masih tak terlambat nak ucap selamat berpuasa kepada semua.
Lama tak ada entri baru, lama tu juga aku tak buka blog.
Tau-tau bersusun comment yang menunggu dari readers..
bunyi macam ramai benor je reader aku..hehe


Hajat hati nak upload video dari faradyable je ari n sebenarnya.
Dah lama juga aku tengok video-video dia. semua menggelikan hati.
Tu pun dapat tahu bila tengok Farhan duk senyum sorang-sorang.

Untuk pola peplum tu sebenarnya aku dah pernah upload dah cara-caranya.
Cilok dari burdastyle je.
Tajuk entri untuk pola peplum tu "Berjaya jahit baju peplum yang pertama"
Jumlah reader yang dah menjenguk entri ni dah sampai ke 1957 orang.
Jumlah tertinggi berbanding entri lain. hehe. Gembira kejap.
InsyaAllah untuk pola cardigan nanti aku akan upload di entri yang akan datang.
Niat tu dah ada dari dulu, tapi tunggu waktunya je.

Untuk soalan yang ketiga tu pun nanti kalau rajin aku buatkan tutorialnya.
Soalan seterusnya berkenaan kos yang aku pernah ambil dulu,
bilangan pelajar perempuan memang ramai.
nak kata belajar tak susah memang tipu.
Tahun pertama je aku rasa senang sebab kebanyakannya dah pernah belajar.
yang jadi susahnya bila kita belajar benda baru.
Adatlah.
Mula-mula memang susah.
Ayah aku kata takde benda yang senang.
Baik belajar dari kerja ayah aku kata..(Kata-kata supaya aku sambung wat master)
Nasib baik habis juga master aku.

Hari ni aku mc, kejap lagi nak pergi klinik. 
Klinik manusia singgah, klinik haiwan pun aku nak singgah sekali.
Alhamdulillah gatal-gatal makin dah menampakkan diri.
Habis merah-merah kat atas bahu ditambah dengan gatal.
Nanad pun ada ngadu gatal juga.
Aku cakap kat dia, ni faktor usia puncanya..hehe.

Oklah.
Sila enjoy video dibawah


Sunday, July 7, 2013

Mula dah...

Untuk tahun yang ketiga..
benda ni menjelma semula.
semuanya sudahku duga.

Bulan Julai .
time nak bulan puasa nilah benda yang paling aku takut datang.
bila nak hilang pun tak tahu.
bahagian belakang bahu dah mula menunjukkan tanda-tanda
yang aku sepatutnya dah mula kena jaga makan.

tak suka betul bila kena jaga makan,
itu tak boleh, ni tak boleh..
tak suka juga bila kena jumpa doktor kulit.
kena dengar bebelan
ubat pun kena telan.

Allergic ,
Could u go away please!!



Tuesday, July 2, 2013

Cardigan hitam

Minggu lepas punya minggu lepas aku ada jahit cardigan chiffon lagi
Namun hari ni baru nak tayang..
Satu minggu kalau aku dapat siapkan satu projek jahitan pun dah cukup rasa seronok.
Dari dulu pasang angan-angan macam tu, tapi tak tahu boleh bertahan berapa lama..
terutama bila bulan Ramadhan nanti..larat ke?
baju raya sendiri pun tak berjahit lagi.

Untuk cardigan ni pattern dia lain dari sebelum ni,
tapi tetap menggunakan 1 meter kain je.
1 meter kain ni pun harga 5 ringgit je semeter.
biar yang murah-murah je janji dapat practice menjahit.


Patung mannequin ni aku beli pun murah je. Ada dekat nilai 3.
Sebab susah sangat nak mintak tolong nanad jadi model..alternatifnya belilah patung.

bahagian bahu dia ada pleated banyak2.


Untuk next projek cardigan nanti tengah pikir nak buat bentuk lain lagi..
sebab kain yang belum berjahit memang banyak dalam simpanan.

Ok, gud night....sweet dream.

Monday, July 1, 2013

Tengok filem/ drama online

Suka tengok cerita drama dan wayang online?..(Sukee!!!)
Nak tengok secara percuma?
Jika jawapan anda 'ya' bagi kedua-dua jawapan diatas jemput singgah ke watch32.com
hehe...Farhan yang memperkenalkan web ni sebenarnya.
Kalau sebelum ni tengok drama kat viki.com,
tapi bosan kejap-kejap iklan muncul ditengah-tengah cerita..nak feeling lebey pun mood dah hilang sebab banyak iklan; nasib baik dekat watch32 ni takde iklan.
Filem yang baru keluar dekat wayang pun cepat je dia uploadkan.

Banyak cerita yang aku dah ulang tayang.
Semalam baru start tengok drama sitkom ni..boleh tahan menarik campur pelik.
Yang penting boleh buat aku ketawa sorang-sorang macam orang gila tengah-tengah malam buta..huhh..
tajuk dia
The neighbors..betul, kompem tak salah eja.


Lain-lain cerita comedy/family yang aku rasa seronok ditonton 
monte carlo..dan banyakkkk lagi
(list kat atas ni terserlah betul kebudak-budakkannya)

Happy watching.!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...