Monday, June 17, 2013

Projek jahitan baju peplum dan cardigan

Siapa pernah rasa tertipu?.....
Pergi hantar tempah baju dekat orang tapi rasa macam dapat baju orang lain..besar pulak tu..
Saya!!...sambil angkat tangan tinggi-tinggi.

Biasanya bila hantar baju kurung mestilah dia ukur dulu ukuran badan kita,
tak kiralah hantar baju tu kat kedai jahit ke, rumah orang ke atau butik pengantin
cara ukuran badannya mesti sama kan?
tapi kenapa tetap tak puas hati dengan hasilnya.
Upah bayar dah mahal untuk sepasang baju,
kesudahannya untuk lebih jaminan kualiti terpaksalah hantar baju yang ditempah tu untuk dialter sekali lagi.

Minggu lepas ada member nanad minta tolong alterkan baju peplum dia.
Nak guna untuk majlis kahwin kakak dengan adik dia yang dibuat serentak sabtu lepas.

Sejujurnya aku tak berapa suka nak alter-alter baju orang ni.
Sebab utamanya lagi banyak kerja berbanding jahit masa mula-mula.
Nak kena buka balik jahitan, nak kena potong balik pola dia, lepas tu jahit balik.
Tapi last-last aku volunteer juga jahitkan. Demi untuk ibu mengandung.
Baju peplum yang nak kena alter ni aku ada masa 3 hari je untuk buat. Dari hari Rabu hingga Jumaat.
Tetas baju hari rabu, jahit balik hari khamis lepas tu pasangkan manik hari jumaat.
Aku buat sikit-sikit belah malam bila balik dari kerja.


Masalah baju ni ada banyakkkk...
pertama bila lengan dia besar gila dari celah ketiak sampai hujung tangan.
lepas tu bahagian bawah dada dan sisi badan kiri dan kanan pun besar gila siap ada kain menggelembung kat bawah dada...tiba-tiba bahagian tengah badan jahitan peplum ni boleh tersekat ketat kat atas perut.
Buatkan orang yang mengandung ni rasa senak perut, aku jadi sakit kepala.
Lagi satu yang paling tak cantiknya bila kain peplum ni dibakar.
Kalau refer gambar kat atas ni, yang warna hijau tu dibakar...warna pink telah dialter, guna jahit tepi halus.

Gambar sebelum dan selepas. 
Tak ingat pulak nak ambil gambar time senak perut tu.

Super kemas bila Aan pakai.

Ikutkan sebelum ni Aan ada mintak aku suruh jahitkan baju peplum ni, tapi aku tolak sebab waktu tu kelam kabut dengan majlis tunang nanad.
Bila aku tolak, dia pun hantar kat makcik dia suruh jahit..tapi last-last sampai balik kat tangan aku.

Untuk bahagian tangan dengan pinggang aku jahit manik sambil tonton runningman dengan Farhan..muahaha.
Kalau jahit manik corak ni memang cepat betul siap.

Baju peplum ni pulak aku jahit sendiri kain polkadotnya lepas tu matchkan dengan pelum yang sedia ada dan ditambah dengan jahitan manik.



Chiffon cardigan ni baru siap malam semalam.
Rasa nak buat pattern lain pulak lain kali.

Peneman setia kala menjahit.
Dua-dua dah sama besar. Dua-dua jantan.
Dua-dua bucuk.





4 comments:

  1. Assalammualaikum, Cik Dee. Nak tanya sikit lah. Cik Dee ada tak pola baju peplum? Saya berminat jugak nak jahit baju peplum. Kalau ada pola baju cardigan pun, ok jugak....

    ReplyDelete
  2. Cik Dee ada tak pola peplum dengan cardigan? Saya berminat nak jahit baju untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. Assalam cik dee,
    Nak tanya mcm mana nak kecikkan lubang lengan yang besar gelobos ye? Saya ada masalah yang sama jgak dan tak tau nak buat mcm mana

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...