Wednesday, June 12, 2013

Cardigan chiffon

Sekarang ni benda yang sentiasa bersarang dalam kepala:
Nak buat cardigan chiffon untuk diri sendiri
dan yang untuk dijual.

Tapi sehingga ke hari ini masih belum buat -buat lagi..
duk berangan je lebih.. dek sibuk memikirkan design mana yang cantik,
palinggg cantik....
dan yang mana kalau dah siap nanti gerenti aku pakai jadi taklah nanti tersimpan je dalam lemari.

Cardigan ni bila google ada macam-macam..
labuh ada pendek ada..
yang penting baju ni mesti lengan panjang nanti.
Meh tengok antara design yang marbeles dimataku..


Yang ni bukan cardigan, dah dalam kategori dress 
tapi kalau dipendekkan sedikit labuhnya dah boleh buat cardigan.


Macam ni. Fashion celebrity la ni..

Excellent Puff Sleeve Chiffon Pink Cardigan


Baju kat atas ni mengingatkan aku pada baju yang aku pernah jahit dulu-dulu...entrinya disini.


Baju ni aku buat 2 pasang. Warna hijau dengan biru..takde orang beli..
dan dah jadi hak milik kekal nanad. Sejak dari mula lagi.
Bila dia pakai buat pergi kerja ramai yang tegur cantik..hehe..suka2..
Sampai ada member hantar kain nak tempah baju blouse ni.
Setakat ni aku dah pernah ambil sekali je tempahan baju kurung, dan sekali untuk baju blouse.
Ikutkan ramai yang nak menghantar tapi kan lebih indah jika balik kerja je dapat golek2..rehat2 hehe


Yang ni pun cantik. Atas bahu siap dijahitkan lace.

Tengok jela koleksi yang ada dulu. Cuci mata.

Sekarang nak sambung jahit baju orang yang hantar suruh alter.

2 comments:

  1. Kak..berape meter ye akak pakai utk 1 cardigan...saya ingt nk wat yg mcm hita plain tu tp paras peha je..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum WBH ..
    Kalau saya mahu tempah cardigan daripada Puan .. rasanya .. boleh tak ...?
    Harap puan dapat whatsapp/telegram saya di nombor berikut ...
    019-684 1431 (Azima)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...