Monday, June 17, 2013

Projek jahitan baju peplum dan cardigan

Siapa pernah rasa tertipu?.....
Pergi hantar tempah baju dekat orang tapi rasa macam dapat baju orang lain..besar pulak tu..
Saya!!...sambil angkat tangan tinggi-tinggi.

Biasanya bila hantar baju kurung mestilah dia ukur dulu ukuran badan kita,
tak kiralah hantar baju tu kat kedai jahit ke, rumah orang ke atau butik pengantin
cara ukuran badannya mesti sama kan?
tapi kenapa tetap tak puas hati dengan hasilnya.
Upah bayar dah mahal untuk sepasang baju,
kesudahannya untuk lebih jaminan kualiti terpaksalah hantar baju yang ditempah tu untuk dialter sekali lagi.

Minggu lepas ada member nanad minta tolong alterkan baju peplum dia.
Nak guna untuk majlis kahwin kakak dengan adik dia yang dibuat serentak sabtu lepas.

Sejujurnya aku tak berapa suka nak alter-alter baju orang ni.
Sebab utamanya lagi banyak kerja berbanding jahit masa mula-mula.
Nak kena buka balik jahitan, nak kena potong balik pola dia, lepas tu jahit balik.
Tapi last-last aku volunteer juga jahitkan. Demi untuk ibu mengandung.
Baju peplum yang nak kena alter ni aku ada masa 3 hari je untuk buat. Dari hari Rabu hingga Jumaat.
Tetas baju hari rabu, jahit balik hari khamis lepas tu pasangkan manik hari jumaat.
Aku buat sikit-sikit belah malam bila balik dari kerja.


Masalah baju ni ada banyakkkk...
pertama bila lengan dia besar gila dari celah ketiak sampai hujung tangan.
lepas tu bahagian bawah dada dan sisi badan kiri dan kanan pun besar gila siap ada kain menggelembung kat bawah dada...tiba-tiba bahagian tengah badan jahitan peplum ni boleh tersekat ketat kat atas perut.
Buatkan orang yang mengandung ni rasa senak perut, aku jadi sakit kepala.
Lagi satu yang paling tak cantiknya bila kain peplum ni dibakar.
Kalau refer gambar kat atas ni, yang warna hijau tu dibakar...warna pink telah dialter, guna jahit tepi halus.

Gambar sebelum dan selepas. 
Tak ingat pulak nak ambil gambar time senak perut tu.

Super kemas bila Aan pakai.

Ikutkan sebelum ni Aan ada mintak aku suruh jahitkan baju peplum ni, tapi aku tolak sebab waktu tu kelam kabut dengan majlis tunang nanad.
Bila aku tolak, dia pun hantar kat makcik dia suruh jahit..tapi last-last sampai balik kat tangan aku.

Untuk bahagian tangan dengan pinggang aku jahit manik sambil tonton runningman dengan Farhan..muahaha.
Kalau jahit manik corak ni memang cepat betul siap.

Baju peplum ni pulak aku jahit sendiri kain polkadotnya lepas tu matchkan dengan pelum yang sedia ada dan ditambah dengan jahitan manik.



Chiffon cardigan ni baru siap malam semalam.
Rasa nak buat pattern lain pulak lain kali.

Peneman setia kala menjahit.
Dua-dua dah sama besar. Dua-dua jantan.
Dua-dua bucuk.





Thursday, June 13, 2013

KakaoTalk

Iklan baru yang selaluuu keluar dekat TV sejak kebelakangan ni.
Farhan kata macam iklan murah,
tapi aku rasa iklan ni berkesan..nak-nak bila tulisan FREE tu dibuat besar-besar.
Siapa yang tak suka benda free kan.

Tiap kali habis tengok iklan ni je mesti aku dengan Farhan tergelak.
Sebab kami suka Big Bang!!..hehe.
Siapa yang baca entri ni harap maaf sebab entri ni takkan terangkan secara detail aplikasi Kakaotalk ni.
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh jenguk ke laman FB KakaoTalk di SINI

Terpanggil nak buat entri ni pun sebab ada BigBang..hehe

Apa tunggu lagi muat turun aplikasi KakaoTalk sekarang dan menangi hadiah yang menarik.

Download KakaoTalk today onto your smartphone!

Android Market: http://bit.ly/ufJSNn 
iOS AppStore: http://bit.ly/vDZzKA 
Windows Phone: http://bit.ly/ZJtjEQ
Blackberry App World: http://goo.gl/GrD5Z





Wednesday, June 12, 2013

Cardigan chiffon

Sekarang ni benda yang sentiasa bersarang dalam kepala:
Nak buat cardigan chiffon untuk diri sendiri
dan yang untuk dijual.

Tapi sehingga ke hari ini masih belum buat -buat lagi..
duk berangan je lebih.. dek sibuk memikirkan design mana yang cantik,
palinggg cantik....
dan yang mana kalau dah siap nanti gerenti aku pakai jadi taklah nanti tersimpan je dalam lemari.

Cardigan ni bila google ada macam-macam..
labuh ada pendek ada..
yang penting baju ni mesti lengan panjang nanti.
Meh tengok antara design yang marbeles dimataku..


Yang ni bukan cardigan, dah dalam kategori dress 
tapi kalau dipendekkan sedikit labuhnya dah boleh buat cardigan.


Macam ni. Fashion celebrity la ni..

Excellent Puff Sleeve Chiffon Pink Cardigan


Baju kat atas ni mengingatkan aku pada baju yang aku pernah jahit dulu-dulu...entrinya disini.


Baju ni aku buat 2 pasang. Warna hijau dengan biru..takde orang beli..
dan dah jadi hak milik kekal nanad. Sejak dari mula lagi.
Bila dia pakai buat pergi kerja ramai yang tegur cantik..hehe..suka2..
Sampai ada member hantar kain nak tempah baju blouse ni.
Setakat ni aku dah pernah ambil sekali je tempahan baju kurung, dan sekali untuk baju blouse.
Ikutkan ramai yang nak menghantar tapi kan lebih indah jika balik kerja je dapat golek2..rehat2 hehe


Yang ni pun cantik. Atas bahu siap dijahitkan lace.

Tengok jela koleksi yang ada dulu. Cuci mata.

Sekarang nak sambung jahit baju orang yang hantar suruh alter.

Monday, June 3, 2013

Berjaya jahit baju peplum yang pertama


Cantik sangat bila tengok baju peplum fish tail ni.
Lagi-lagi yang pakainya Scha.
Pastu pasang angan-angan nak jahit satu baju peplum untuk diri sendiri.
Mula aktiviti dari pukul 10.30 malam, potong kain, jahit tepi dan akhir sekali cantum jadi baju..aktiviti berakhir pada pukul 3 pagi.
Keputusannya...hoyeee..sangat puas hati.

Scha ada banyak manik di bahagian pinggang.
Memandangkan manik pun jahit sendiri, jadi tang tangan pun mesti ada manik.
Pagi hari masa nanad tunang aku sibuk jahit manik lagi..hehe.
Bangun pagi pukul 6.30 terus pergi capai benang dan jarum.

Next time kalau ada suami baru bergambar dengan en.suami macam gambar scha, 
sekarang ni bergambar dengan mak ndak je.


Tak abis-abis mak ndak ku dengan tag line nya..."i'm single"..hehe

Kalau siapa nak jahit baju peplum ni boleh refer contoh pola kat bawah ni..
Dapatlah idea macam mana nak potong kain tu nanti..
Tapi kalau nak buat fish tail punya kena adjust sikit..pandai-pandailah..hehe..
yang belakang bawak ke depan, pastu labuh dia panjangkan sikit.


Ramai yang tak percaya aku jahit sendiri..pastu tanya mana belajar.
Jawapannya 
belajar dari buku
belajar dari youtube,
belajar dari blog.
tapi teringin nak belajar dari guru.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...