Wednesday, May 29, 2013

Cubaan bunuh diri tapi tak mati

Kenapa dekat dunia ni ada aje manusia yang tak hargai nyawa sendiri..?
Ni Goblok namanya.
Sedangkan manusia ni ada agama mereka sendiri yang mana semua agama mengatakan perbuatan membunuh diri ni tidak baik.

Dua hari lepas dekat tempat kerja kecoh orang bercerita ada operator bunuh diri.
Tapi jangan risau, tak jadi mati.
Yang nak bunuh diri ni warga Nepal, bukan warga kita.
Punca sebenar dia buat macam tu--mungkin tekanan perasaan.

Banyak kejadian kes bunuh diri ni disebabkan oleh
tekanan,dibuli, bergaduh dengan teman lelaki; sumber dan banyak lagi.
Kes yang dekat tempat kerja ni mungkin sebab leader dia mulut bau longkang.
Cakap main lepas je kot..nak marah-marah ikut suka hati.
Yang buli ni orang kita.. perempuan.,yang nepal ni pun perempuan.

Cara nak bunuh diri ni ada macam-macam..ada yang terjun bangunan, kelar tangan, bakar diri sendiri.
Dia ni guna kekdah tikam badan guna pisau dapur.
Mungkin tu je objek yang dia jumpa dekat hostel..nak terjun hostel tak boleh, hostel tak tinggi cuma setingkat aje.
Bahagian dia tikam guna pisau tu betul-betul bahagian tengah badan,
antara  bawah dada dengan bahagian atas perut.
Boleh nampak jelas bahagian pemegang pisau je tegak atas badan, yang bilah pisau semua cantikk je terbenam.
Gambar taknak tayang dekat sini..sebab nanti korang asyik terbayang je time nak makan, nak tidur.



Member kat tempat aku siap buat lawak..''kan dah tak boleh nak pakai bikini.."
apa taknya, daripada badan tu cantik je takde cacat cela dah ada parut kekal kesan belahan dari dada sampai perut.
Pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan pisau yang terbenam tu.
Kalau perempuan lain kesan belahan melintang dapat baby,
dia ni kesan belahan menegak keluar pisau..kesian.

Setakat aku kerja kilang ni kalau kena marah atau tinggi suara ni memang dah biasa.
Awal-awal kerja dulu sedihlah juga, tertekan pun ada sampai tak tahan sangat aku lari ke toilet sebab nak nangis.
Kadang-kadang bukan sebab kita yang datangkan masalah tu. Mungkin orang yang kita tengah nak berkomunikasi ni baru lepas kena marah, kita pulak datang pergi jumpa dia..
jadi kita yang berada di waktu dan tempat yang salah ni tiba-tiba boleh kena marah.
Benda ni yang selalu aku menyampah.
Ko marah dengan orang tertentu tapi nak buat perangai menyampah dengan semua orang.
Nasib aku tak sampai tahap nak bunuh diri.
Tapi tu dululah, sekarang tak lagi...
mana yang negatif tu kalau masuk telinga kanan kena bagi cepat-cepat bagi keluar telinga kiri.
Perkataan mudahnya jangan ambil peduli.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...