Wednesday, May 29, 2013

Cubaan bunuh diri tapi tak mati

Kenapa dekat dunia ni ada aje manusia yang tak hargai nyawa sendiri..?
Ni Goblok namanya.
Sedangkan manusia ni ada agama mereka sendiri yang mana semua agama mengatakan perbuatan membunuh diri ni tidak baik.

Dua hari lepas dekat tempat kerja kecoh orang bercerita ada operator bunuh diri.
Tapi jangan risau, tak jadi mati.
Yang nak bunuh diri ni warga Nepal, bukan warga kita.
Punca sebenar dia buat macam tu--mungkin tekanan perasaan.

Banyak kejadian kes bunuh diri ni disebabkan oleh
tekanan,dibuli, bergaduh dengan teman lelaki; sumber dan banyak lagi.
Kes yang dekat tempat kerja ni mungkin sebab leader dia mulut bau longkang.
Cakap main lepas je kot..nak marah-marah ikut suka hati.
Yang buli ni orang kita.. perempuan.,yang nepal ni pun perempuan.

Cara nak bunuh diri ni ada macam-macam..ada yang terjun bangunan, kelar tangan, bakar diri sendiri.
Dia ni guna kekdah tikam badan guna pisau dapur.
Mungkin tu je objek yang dia jumpa dekat hostel..nak terjun hostel tak boleh, hostel tak tinggi cuma setingkat aje.
Bahagian dia tikam guna pisau tu betul-betul bahagian tengah badan,
antara  bawah dada dengan bahagian atas perut.
Boleh nampak jelas bahagian pemegang pisau je tegak atas badan, yang bilah pisau semua cantikk je terbenam.
Gambar taknak tayang dekat sini..sebab nanti korang asyik terbayang je time nak makan, nak tidur.



Member kat tempat aku siap buat lawak..''kan dah tak boleh nak pakai bikini.."
apa taknya, daripada badan tu cantik je takde cacat cela dah ada parut kekal kesan belahan dari dada sampai perut.
Pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan pisau yang terbenam tu.
Kalau perempuan lain kesan belahan melintang dapat baby,
dia ni kesan belahan menegak keluar pisau..kesian.

Setakat aku kerja kilang ni kalau kena marah atau tinggi suara ni memang dah biasa.
Awal-awal kerja dulu sedihlah juga, tertekan pun ada sampai tak tahan sangat aku lari ke toilet sebab nak nangis.
Kadang-kadang bukan sebab kita yang datangkan masalah tu. Mungkin orang yang kita tengah nak berkomunikasi ni baru lepas kena marah, kita pulak datang pergi jumpa dia..
jadi kita yang berada di waktu dan tempat yang salah ni tiba-tiba boleh kena marah.
Benda ni yang selalu aku menyampah.
Ko marah dengan orang tertentu tapi nak buat perangai menyampah dengan semua orang.
Nasib aku tak sampai tahap nak bunuh diri.
Tapi tu dululah, sekarang tak lagi...
mana yang negatif tu kalau masuk telinga kanan kena bagi cepat-cepat bagi keluar telinga kiri.
Perkataan mudahnya jangan ambil peduli.


Monday, May 27, 2013

Persiapan pertunangan

Tolonggggg...aku dalam dilema ni. Dilema kena langkah bendul. haha.
Perkara yang dah lama aku jangkakan pasti akan berlaku.
Adik kahwin dulu dari kakak.
Lagipun adik aku gorgeous sangat.
Orang pun tak percaya kalau aku beritahu dia tu adik aku.

Malam tadi nak siapkan baju melayu punya pasal pukul 2 pagi baru tidur.
Nanad aku rasa sampai pukul 4 pun dia belum tidur lagi.
Siapkan barangan goodies untuk bagi pada tetamu yang datang nanti.
Budjet tetamu yang datang nanti dalam 100 orang.

Mak ndak....masa majlis tunang nanti R takde.
Masa merisik dia taknak datang.
Masa tunang dia pergi umrah.
Nanad kecik hati rupanya bila dapat tahu R tak dapat datang masa tunang nanti.
Dalam banyak2 tarikh kenapa masa tarikh tunang dia pilih untuk buat umrah
Rasa macam sengaja je pilih tarikh dekat dengan tunang. (Ni pikiran jahat aku cakap)

Warna tema untuk majlis tunang nanad.





Cukuplah gambar ni dulu.
Nanti upload lagi.


Nak selit sekali gambar pakwe terbaru.

Sekarang entah kenapa aku suka betul dengar lagu kpop.
Big bang berada ditangga teratas.

Jom layang lagu kpop terbaru- link cari sendiri..muaha

LEDApple-with Coffee
Lyn- Tonight
T-ara N4- Countryside Life
U-kiss- Standing still
Hello venus- Do you want
MIB - Nod Along
LC9- Ready set go


Sunday, May 12, 2013

Agar-agar milo'Ooo Oreo

Hari ni cuaca panas sangat..
rasa macam nak makan benda yang sejuk-sejuk je..
ais krim makan dah..
sekali teringat agar-agar horlicks oreo yang member pernah bawak kat tempat kerja..
sedap sangat..
rasa pun macam ais krim..
nak try buat.

Tapi horlicks takde kat rumah, alternatif lain yang ada guna milo...
Cuma agar-agarnya tak berapa jadi sebab dah biasa guna dadih instant..
Jenama happy Grass..kalau beli pastinya honeydew..yang lain bye2..


Agar-agar aku punya tak pakai susu, tak pakai gula pasir...
Guna 3 jenis bahan je, Milo, gula Melaka dengan agar-agar..
Susunan kat atas ni merupakan turutan bahan yang aku masukkan dalam periuk.
Sepatutnya yang pertama agar-agar dulu..
Tu agar-agar aku tak berapa nak jadi, 
Fizikal fail, tapi bab rasa tetap menjadi...hehe
Janji Farhan kata sedap....(^_^) 


Untuk resipi ni guna 200g milo, sebungkus oreo, separuh agar2 peket, gula melaka..
Ooopss..pembetulan , 4 bahan bukan 3
sukatan air sesedap rasa (4 atau 5 cawan)


Dah baca jangan lupa cuba :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...