Saturday, April 6, 2013

Hajat belum tercapai

Hujung minggu sudah, cepat betul rasa masa berlalu tiap-tiap hari.
Farhan dah kembali masuk asrama, dah tak boleh nak pergi jemput dia balik dari sekolah hari-hari dah.
Ayah pula pergi outstation di Melaka lagi minggu ni.
Sejak balik dari umrah hari tu manjang tiap-tiap minggu ada kerja luar walaupun diri tahu tak berapa sihat asyik kohkohkoh diiringi demam tapi kerana tanggungjawap digagahkan jua.

Harap ayah cepat kembali sihat seperti sediakala.

Aku kena tinggal sorang kat rumah malam ni, sedih campur sunyi.
Sedih tu tipu sangat tapi sunyi tu ada...selalu fikir bilalah boleh ada family sendiri#1.

Selalu rindu masa waktu belajar dulu.
Nak jumpa kawan-kawan, nak gelak hari-hari.
Paling nak jumpa selalu awek yang dekat tengah ni#2 a.k.a maw (nama manja)

dalam bilik kuliah dolu-dolu..
rasa macam dah pernah letak je gambar ni dalam blog

Minggu ni sepatutnya masa yang sesuai untuk jumpa sebab aku takde tanggungjawap apa-apa kat rumah memandangkan semua orang takde.
Namun awek kat atas ni asal aku nak buat appointment dengan dia je reply dia 'wei, aku g outstation  kat kemaman 2minggu.Hr jumaat mlm blik ganu'...ayat dia sebijik sama aku taip balik..takde ubah walau sepatah. *dah dua kali tau jadi macam ni maw..nak jumpa dengan dato' mohd nor lagi senang dari nak jumpa dengan mu..hehehe*

Dah 12.30 malam ni,,nak tidur tak boleh.. teguk setin nescafe punya pasal.
Aku tak tahu kenapa bila minum nescafe je badan mesti menggigil lepas tu payah nak lelap mata.
Ada siapa yang dapat simptom yang sama macam aku tak?
Dah tahu tak boleh minum nes, namun tekak yang degil ni tetap nak merasa nescafe sekali sekala..hehe.
Jadi tadahlah padahnya

Sekarang ni banyak benda yang aku fikirkan, banyak benda yang aku nak buat ---tapi semua terbengkalai tengah jalan. Mungkin ni pun penyebab susah tidur.

Hari selasa lepas aku buang tebiat cat dinding dapur malam-malam pukul 10. Bila kena tegur dengan ayah suruh tidur cepat takut penat nak kerja esok hari, jadi kerja-kerja pengecatan pun diberhentikan.
Hari rabu malam dah takdenya nak sambung cat balik sehinggalah ke hari ni.

Nilah nghupanya, sebelah cat warna kuning, sebelah oren. cantik tak kak ton?

Harap esok jangan hujan sebab bila hujan mood pun kelam macam awan dilangit.
*Sila salahkan mood-Mood aku memang selalu berubah ikut keadaan cuaca.*
Yang pasti...Projek makeover dapur mesti dilaksanakan hujung minggu ni juga#3.

Lain-lain projek yang mesti dihabiskan juga antaranya projek bunga daripada kertas#4, dan projek jahitan#5. 
adik aku tanya kenapa bunga yang aku buat tak sama saiz?
..susah betul aku rasa nak jawap soalan subjektif macam ni


Kali ni aku cuba gabungkan dua jenis warna. Nampaknya lagi menarik dari satu warna.
Macam kawan juga..matsalleh kata the more the merrier

Projek jahitan pula boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian..dalam kepala nak jahit bantal ada, langsir ada, baju pun ada. Tapi masa sentiasa tak ada...puii..alasan tak boleh pakai...ngehngeh..


2 comments:

  1. miss u a lot my dear...:)

    jom jumpa bulan may nanti...

    ReplyDelete
  2. hoho windu maw ek..meh r kl lepak2 ngn aku...hehehe..
    dee.. i need video tuk wt bunga 2 or step by step..nakkkkkk sgt blaja..tp mls nk cr..kuang2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...