Tuesday, April 30, 2013

Gwiyomi

Lagu Gwiyomi ni popular kat Korea
n sekarang ni sume artis nak bergwiyomi..dari artis korea hinggalah berjangkit ke artis Malaysia.
Tapi yang paling aku tunggu nak tengok..artis baru...bobo..hehe
Kompem menghiburkan hati berbanding tengok dia ber'sayang' dengan ber'diamond'


Jangan aku mimpi ngeri sudah malam ni, nak2 bila tengok pontianak dengan hantu pun bergwiyomi



Last sekali nak tunjuk Nora Danish yang super duper cute..

Gwiyomi=comel=gwiyomi=nora danish=yeay



Exercise tangan namanya



Monday, April 29, 2013

Tutorial Beg Bunjut


atau omputih panggil drawstring pouches...
banyak kegunaan beg ni..
kita boleh buat simpan barang kemas, kasut, barang mekap, duit syiling, laundry..dan macam-macam lagi.
projek ni pun sekejap je untuk disiapkan.
Masa yang diperlukan 5minit je..kalau jahit guna tangan tu mungkin susah sikit nak siapkan cepat.

Beg bunjut ni pun sesuai untuk dijadikan door gift bagi tetamu yang datang dalam majlis pertunangan atau perkahwinan.
Macam-macam saiz boleh buat, nak besar boleh, nak kecik pun boleh..

how to drawstring pouches tutorial

Untuk tutorial video klik link bawah ni

Kalau cantum guna 2 atau banyak jenis corak ..lagi menarik


Tapi aku punya guna 2 jenis kain je..
satu untuk lining guna warna hitam..
lagi satu yang bercorak untuk bahagian depan.


dan hasilnya..


Lepas ni nak buat yang besar lagi untuk buat tempat letak bekas makanan.
Beg yang kat atas ni untuk majlis pertunangan nanti..

Saturday, April 6, 2013

Istimewa buat Mawaddah ....




 Maw,
Sedar tak usia perkenalan kita dah hampir 10 tahun lamanya.
Terima kasih kerana selama ni menjadi sahabat yang terbaik buat diri ini,
Selalu berkongsi suka dan duka,
Tawa riang bersama,
Sungguh sahabat sejati susah dicari..
Tapi aku bersyukur adanya mu disisi
Semoga persahabatan ini kekal abadi...
Teruskan usaha dan semangat
Semoga kita sama-sama berjaya didunia dan akhirat nanti.

Gambar mu aku simpan rapi dalam hati. (^__^)'


Jom tgk pakwe mu nyanyi..hehe..Kim jong kook

Hajat belum tercapai

Hujung minggu sudah, cepat betul rasa masa berlalu tiap-tiap hari.
Farhan dah kembali masuk asrama, dah tak boleh nak pergi jemput dia balik dari sekolah hari-hari dah.
Ayah pula pergi outstation di Melaka lagi minggu ni.
Sejak balik dari umrah hari tu manjang tiap-tiap minggu ada kerja luar walaupun diri tahu tak berapa sihat asyik kohkohkoh diiringi demam tapi kerana tanggungjawap digagahkan jua.

Harap ayah cepat kembali sihat seperti sediakala.

Aku kena tinggal sorang kat rumah malam ni, sedih campur sunyi.
Sedih tu tipu sangat tapi sunyi tu ada...selalu fikir bilalah boleh ada family sendiri#1.

Selalu rindu masa waktu belajar dulu.
Nak jumpa kawan-kawan, nak gelak hari-hari.
Paling nak jumpa selalu awek yang dekat tengah ni#2 a.k.a maw (nama manja)

dalam bilik kuliah dolu-dolu..
rasa macam dah pernah letak je gambar ni dalam blog

Minggu ni sepatutnya masa yang sesuai untuk jumpa sebab aku takde tanggungjawap apa-apa kat rumah memandangkan semua orang takde.
Namun awek kat atas ni asal aku nak buat appointment dengan dia je reply dia 'wei, aku g outstation  kat kemaman 2minggu.Hr jumaat mlm blik ganu'...ayat dia sebijik sama aku taip balik..takde ubah walau sepatah. *dah dua kali tau jadi macam ni maw..nak jumpa dengan dato' mohd nor lagi senang dari nak jumpa dengan mu..hehehe*

Dah 12.30 malam ni,,nak tidur tak boleh.. teguk setin nescafe punya pasal.
Aku tak tahu kenapa bila minum nescafe je badan mesti menggigil lepas tu payah nak lelap mata.
Ada siapa yang dapat simptom yang sama macam aku tak?
Dah tahu tak boleh minum nes, namun tekak yang degil ni tetap nak merasa nescafe sekali sekala..hehe.
Jadi tadahlah padahnya

Sekarang ni banyak benda yang aku fikirkan, banyak benda yang aku nak buat ---tapi semua terbengkalai tengah jalan. Mungkin ni pun penyebab susah tidur.

Hari selasa lepas aku buang tebiat cat dinding dapur malam-malam pukul 10. Bila kena tegur dengan ayah suruh tidur cepat takut penat nak kerja esok hari, jadi kerja-kerja pengecatan pun diberhentikan.
Hari rabu malam dah takdenya nak sambung cat balik sehinggalah ke hari ni.

Nilah nghupanya, sebelah cat warna kuning, sebelah oren. cantik tak kak ton?

Harap esok jangan hujan sebab bila hujan mood pun kelam macam awan dilangit.
*Sila salahkan mood-Mood aku memang selalu berubah ikut keadaan cuaca.*
Yang pasti...Projek makeover dapur mesti dilaksanakan hujung minggu ni juga#3.

Lain-lain projek yang mesti dihabiskan juga antaranya projek bunga daripada kertas#4, dan projek jahitan#5. 
adik aku tanya kenapa bunga yang aku buat tak sama saiz?
..susah betul aku rasa nak jawap soalan subjektif macam ni


Kali ni aku cuba gabungkan dua jenis warna. Nampaknya lagi menarik dari satu warna.
Macam kawan juga..matsalleh kata the more the merrier

Projek jahitan pula boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian..dalam kepala nak jahit bantal ada, langsir ada, baju pun ada. Tapi masa sentiasa tak ada...puii..alasan tak boleh pakai...ngehngeh..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...