Saturday, March 9, 2013

Tunggu

Jauhnya beribu batu
Tapi masih dibumi yang satu
Lamanya hanya dua minggu
Kepulangannya sentiasa ditunggu.


Hari ni ayah bertolak untuk menunaikan umrah,
pergi tak lama pun cuma masa hantar pagi tadi akhirnya kelopak mata bergenang jua bila terlihat mereka yang lain mengalirkan air mata. Mata ayah pun turut merah sebelum naik bas. Tapi cuma sekejap je lepas tu dah kembali ceria. Lain dengan aku, tak boleh start menangis nanti asyik meleleh je air mata. Jadi baik jangan nangis..buat-buat cekal kena tinggal..hah...haruu.

Selama dua minggu ketiadaan ayah ni nampaknya banyak tugas berat yang aku kena pikul.
Tugasnya 'berattt' sangatlahh
Antaranya,
kalau malas masak kena masak juga atau kena pergi beli sendiri dah tak boleh main order-order je..
dah tak boleh kumpul baju kotor banyak-banyak kat rumah sebab sekarang ada Farhan sekali kat rumah. Dah seminggu Farhan tak duduk asrama sebab penyakit gatal dia. Warden asrama pun bagi lampu hijau siap cakap suka hati nak balik rumah berapa lama pun tak kisah sampai sakit tu baik. Penyakit tu memang dah baik, tapi nampaknya sampai habis cuti sekolah hujung bulan 3 lah nampaknya dia duduk rumah. Bulan 4 kang baru balik asrama. Teman kekla kat rumah ek dik...

Apapun semoga ayah dan yang lain selamat menunaikan umrah,
diberikan kesihatan yang baik,
diberikan keampunan dan keselamatan.
diterima amal ibadatnya
Akhir sekali mohon didoakan jodoh yang baik-baik untuk anak dia yang dah lanjut usia ni..hah..hak..hak

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...