Saturday, March 23, 2013

Random


Pavlova bersama kek hari jadi Farhan ibunya bagi..
kucing pun nak tumpang sekaki sambut besday.

Bila tak duduk serumah baru nak bagi kek tempah, pavlova pun tempah.

Kalau duduk serumah..?
tak mau ngomel lebih yang penting Farhan gembira. 
Dapat lihat wajah Farhan ceria waktu pulang dari sekolah sambil jinjing plastik merah berisi kek aritu.
Tarikhnya 19/3/2013
Cuma sayang Farhan kata kek ni muak makan, 
kalau kakak dia yang buatkan kek tak pernah komen yang mengguris hati.
komen membina ade, bad komen taknak buatkan lagi..hihi
Belah malamnya ajak Farhan keluar makan malam, bufday boy order chicken chop..komen yang keluar lagi 'chicken chop ni manis sangat'..alahaii

Sejak minggu lepas banyak aktiviti menambah berat badan berlangsung...badan dah 'sihat'..
Satu minggu asyik jumpa makanan yang berlemak dan bergula je...
semua makanan dibelasah
Ada kek red velvet, kek karot, kek hari jadi, kek batik..
semua ditelan.
Kesudahannya semalam bila pergi alat timbang, berat dah bertambah sampai 50kg... 3kg naik dalam masa 3 bulan. Tapi ramai orang kata aku kurus, jadi perlu makan banyak-banyak lagi...hehe.

kucing kecik yang kutip aritu pun dah membesar sekarang. 

Ni gambar sekarang, Dia ni spesis tak hormat orang tua sikit. Nasib baik pakcik belang ni banyak bersabar.
Makanan dia kena rebut, nak tidur kena kacau, jilat kaki kat atas kepala pakcik belang..dan banyak lagi kerenah..

Ni gambar sebulan yang lepas..banyak beza dari segi saiznya mahupun beratnya.

Ni pulak suasana nak pilihanraya..masing2 berlumba kibaran bendera sape lagi tinggi

Pekan Simpang Renggam..kalo hujan bendera tak berkibar macam ni

Sepanjang jalan warna biru. 


p/s: Maaf, malas nak rotate gambar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...