Monday, March 18, 2013

Polkadot

Nama Polkadot. Pelik bila pertama kali dengar.
Bukan sejenis kain tapi nama restoran yang menyediakan hidangan buffet, steamboat dan grill.

amek gambar dari fb dia je..gambar sendiri nan hado. 
Jadi lapo gila bila tengok makanan bersusun.

Lapo..lapo..lapo


Restoran ni terletak di taman pura kencana, Batu Pahat. Johor
Kalau dari rumah Simpang Renggam nak kesini ambil masa sejam juga..lama tu jugaklah yang ayah aku duk ulang-alik hari-hari.

Nak cari dia tak susah..bila dah melepasi uthm, cari taman baru belah kiri, tmn pura kencana. Kedai lot tepi.

Harga kat sini amat berpatutan cuma RM20 untuk dewasa.

Ni sign board dia..area Sri Gading.

Memandangkan sekarang aku dah bebas dari sebarang penyakit, jadi bila ada member ajak makan tak perlu nak pikir lama-lama tuk bagi jawapan. Setuju je. Dah tak sakit hati bila nampak udang, sotong, kupang, lala...bla..bla..bla..kata mj.

Hari ni bawak Farhan je sebab hari jadi dia Selasa depan. Next time bila dah cukup 5 beradik boleh datang kat sini lagi untuk makan. 







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...