Friday, March 1, 2013

Macam-macam la Farhan ni..mode scabies

Adikku yang bongsu sorang ni selalu je ada sakit-sakitnya..
dah habis baik dari demam denggi datang pulak penyakit baru,
Kudis buta @ scabies...ba..bi..es

Scabies ni adalah penyakit yang boleh berjangkit daripada mereka yang mengidapnya kepada orang lain yang sihat dan bukan datang daripada haiwan peliharaan atau kucing. Dulu cikgu rus selalu bising yang kucing ni bulu dia kotor, pembawa hama padahal tidak. Jadi masa ada cikgu rus dulu kena tahankan jela telinga, dan tiap kali bila ada kucing datang rumah kucing tu terpaksa dibuang jauh sebab madam tak bagi bela.

Berbalik pada scabies...
Bila ditanya Farhan kata dia berjangkit dengan kawan dia yang satu dorm. Mula berjangkit dari sabtu lepas, tapi cikgu kat sekolah dah cepat-cepat hantar ke klinik..

Hari sabtu aku ada jenguk Farhan di asrama hantarkan barang yang dia nak, hari Ahad aku bawa dia outing balik rumah, sampailah hari selasa aku datang jenguk untuk pantau scababies ni..
Ingatkan dah macam nak baik rupanya makin kritikal, daripada ada dekat tangan dah boleh ada sampai ke kawasan perut dan peha. Risaukan nanti makin parah jadi semalam terus bawa penyakit ni rujuk pakar kulit tempat doktor kulit aku dulu. Doktor cakap jangan risau dan dia beri jaminan yang seminggu lepas ni penyakit ni akan baik. Tak macam penyakit aku dulu, bila dah datang sekali doktor suruh untuk datang lagi minggu setterusnya dan seterusnya untuk ambil ubat..dulu takde pun kata bila boleh baik..huhu..






Cadar Farhan sewajipnya kena warna pink ikut warna kegemaran kakak..

Doktor nasihatkan Farhan bila basuh baju di asrama kenalah jemur dibawah matahari, taknak jemur dibawah bumbung. Selain cadar, selimut dan pakaian harian yang perlu dijaga kebersihannya, soal pemakanan pun perlu diambil kira..kena jauhkan diri dari ayam, makanan dalan tin, kekacang, seafood dan tak lupa megi yang boleh memakan diri.

Duduk asrama memang senang nak dapat penyakit, lagi-lagi sakit mata...betul tak adah??hehe...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...