Sunday, March 31, 2013

Aktiviti pin cushion

Hujung minggu biasanya banyak aktiviti berlangsung; 
dari mengemas, mencuci, membuang, mengelap akhir sekali membakar...sampah. 
Tapi tiap kali semua aktiviti berlangsung ada je yang menemani, dah macam bayang-bayang sendiri. 
Kalau bayang-bayang tak keluarkan bunyi takpe, ni asyik berbunyi je kejenya. 
Lagi dilayankan lagi menjadi. Tepuk dahi sendiri..

Kita sibuk nak masak. dia pun sibuk bunyi,
nak menyapu, dia ingat penyapu tu mainan dia..
paling tak tahan..
masa gemburkan tanah nak buat lubang untuk pindahkan anak pandan dia pulak sibuk jadikan jamban..


nilah dia sibayang-bayang, dah takde benda lain nak dijadikan bantal tido.

Barang jahitan dalam simpanan banyak tapi suka letak bersepah, 
jadi masalah asal bila nak cari je tak jumpa.
Dari mengelakkan kejadiaan berulang semua benang, manik-manik diletakkan dalam satu bekas;
kotak tukang. 
Masa sekolah teknik dulu, tiap-tiap orang memang wajip ada kotak tukang ni.
Sekarang bila dah tak guna jadi apakata tukar jadi kotak jahitan.
Bila semua barang dah tersimpan rapi barulah ada feel nak kembali menjahit.


Pin cushion misdalila...(^__^)'

Projek mudah yang tak sampai 5 minit dah siap..hehehe.
Bantal jarum ni cuma guna t-shirt lama, kain perca untuk sumbat dalam dia dengan butang.


Suka..suka..gembira

Ada satu blog ni, http://tearosehome.blogspot.com 
best sangat sebab banyak benda kreatif yang dia hasilkan.
memang dari dulu pun duk baca blog ni, tu yang terhasilnya kasut Simple re-design new shoe.
Dia (TRH) punya pin cushion lagi cantik-cantik, 
hajat nak buat pattern yang sama tapi pendam dulu sebab complicated sikit.

sweet je..










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...