Sunday, March 31, 2013

Aktiviti pin cushion

Hujung minggu biasanya banyak aktiviti berlangsung; 
dari mengemas, mencuci, membuang, mengelap akhir sekali membakar...sampah. 
Tapi tiap kali semua aktiviti berlangsung ada je yang menemani, dah macam bayang-bayang sendiri. 
Kalau bayang-bayang tak keluarkan bunyi takpe, ni asyik berbunyi je kejenya. 
Lagi dilayankan lagi menjadi. Tepuk dahi sendiri..

Kita sibuk nak masak. dia pun sibuk bunyi,
nak menyapu, dia ingat penyapu tu mainan dia..
paling tak tahan..
masa gemburkan tanah nak buat lubang untuk pindahkan anak pandan dia pulak sibuk jadikan jamban..


nilah dia sibayang-bayang, dah takde benda lain nak dijadikan bantal tido.

Barang jahitan dalam simpanan banyak tapi suka letak bersepah, 
jadi masalah asal bila nak cari je tak jumpa.
Dari mengelakkan kejadiaan berulang semua benang, manik-manik diletakkan dalam satu bekas;
kotak tukang. 
Masa sekolah teknik dulu, tiap-tiap orang memang wajip ada kotak tukang ni.
Sekarang bila dah tak guna jadi apakata tukar jadi kotak jahitan.
Bila semua barang dah tersimpan rapi barulah ada feel nak kembali menjahit.


Pin cushion misdalila...(^__^)'

Projek mudah yang tak sampai 5 minit dah siap..hehehe.
Bantal jarum ni cuma guna t-shirt lama, kain perca untuk sumbat dalam dia dengan butang.


Suka..suka..gembira

Ada satu blog ni, http://tearosehome.blogspot.com 
best sangat sebab banyak benda kreatif yang dia hasilkan.
memang dari dulu pun duk baca blog ni, tu yang terhasilnya kasut Simple re-design new shoe.
Dia (TRH) punya pin cushion lagi cantik-cantik, 
hajat nak buat pattern yang sama tapi pendam dulu sebab complicated sikit.

sweet je..










Saturday, March 23, 2013

Random


Pavlova bersama kek hari jadi Farhan ibunya bagi..
kucing pun nak tumpang sekaki sambut besday.

Bila tak duduk serumah baru nak bagi kek tempah, pavlova pun tempah.

Kalau duduk serumah..?
tak mau ngomel lebih yang penting Farhan gembira. 
Dapat lihat wajah Farhan ceria waktu pulang dari sekolah sambil jinjing plastik merah berisi kek aritu.
Tarikhnya 19/3/2013
Cuma sayang Farhan kata kek ni muak makan, 
kalau kakak dia yang buatkan kek tak pernah komen yang mengguris hati.
komen membina ade, bad komen taknak buatkan lagi..hihi
Belah malamnya ajak Farhan keluar makan malam, bufday boy order chicken chop..komen yang keluar lagi 'chicken chop ni manis sangat'..alahaii

Sejak minggu lepas banyak aktiviti menambah berat badan berlangsung...badan dah 'sihat'..
Satu minggu asyik jumpa makanan yang berlemak dan bergula je...
semua makanan dibelasah
Ada kek red velvet, kek karot, kek hari jadi, kek batik..
semua ditelan.
Kesudahannya semalam bila pergi alat timbang, berat dah bertambah sampai 50kg... 3kg naik dalam masa 3 bulan. Tapi ramai orang kata aku kurus, jadi perlu makan banyak-banyak lagi...hehe.

kucing kecik yang kutip aritu pun dah membesar sekarang. 

Ni gambar sekarang, Dia ni spesis tak hormat orang tua sikit. Nasib baik pakcik belang ni banyak bersabar.
Makanan dia kena rebut, nak tidur kena kacau, jilat kaki kat atas kepala pakcik belang..dan banyak lagi kerenah..

Ni gambar sebulan yang lepas..banyak beza dari segi saiznya mahupun beratnya.

Ni pulak suasana nak pilihanraya..masing2 berlumba kibaran bendera sape lagi tinggi

Pekan Simpang Renggam..kalo hujan bendera tak berkibar macam ni

Sepanjang jalan warna biru. 


p/s: Maaf, malas nak rotate gambar.

Monday, March 18, 2013

Siapa ni?

Dah dua orang tanya soalan yang sama bila nampak gambar ni.


Ni siapa?
Hitammmnya??
Macam orang kuala...?!!

Hitam pun hitamlah..dulu mana tahu adanya whithening cream, bb cream, sunblock..beauty cream segala.
Pulak tu masa kecik dulu suka main tengah panas dengan anak jiran. Hitamlah jawapnya. Lagi bila pakai dengan tudung hitam, lagi nampak kuala.

Gambar kat atas ni gambar IC dulu, 
sekarang punya ic gambar tak macam orang kuala...kuala lumpur ada.puiii...hehe






Video ni dah lama dah tengok, bertahun yang dulu,
hari-hari dia ambil gambar sendiri...buat koleksi
hajat nak buat macam ni juga tapiii...
takut orang yang tengok nanti mimpi ngeri, jadi baik berentikan je niat dihati


Naik pening tengok video ni.
Kalau tak puas tengok, nak tengok gambar dia banyak-banyak lagi klik---> http://clickflashwhirr.me/


Untuk renungan diri sendiri,,tahu-tahu dah macam makcik

Ni je koleksi yang terjumpa..gambar orang kuala (atas sekali dari kiri) ni masa umur 12 tahun
tudung pink masa awal buat degree..2003 kot
baju pink masa awal-awal buat master..2007
gambar bawah kiri tahun 2009/2010
kemudian tahun 2011
akhir sekali baru ingat tarikh yang lengkap 25.12.2012... (^__^)'


Polkadot

Nama Polkadot. Pelik bila pertama kali dengar.
Bukan sejenis kain tapi nama restoran yang menyediakan hidangan buffet, steamboat dan grill.

amek gambar dari fb dia je..gambar sendiri nan hado. 
Jadi lapo gila bila tengok makanan bersusun.

Lapo..lapo..lapo


Restoran ni terletak di taman pura kencana, Batu Pahat. Johor
Kalau dari rumah Simpang Renggam nak kesini ambil masa sejam juga..lama tu jugaklah yang ayah aku duk ulang-alik hari-hari.

Nak cari dia tak susah..bila dah melepasi uthm, cari taman baru belah kiri, tmn pura kencana. Kedai lot tepi.

Harga kat sini amat berpatutan cuma RM20 untuk dewasa.

Ni sign board dia..area Sri Gading.

Memandangkan sekarang aku dah bebas dari sebarang penyakit, jadi bila ada member ajak makan tak perlu nak pikir lama-lama tuk bagi jawapan. Setuju je. Dah tak sakit hati bila nampak udang, sotong, kupang, lala...bla..bla..bla..kata mj.

Hari ni bawak Farhan je sebab hari jadi dia Selasa depan. Next time bila dah cukup 5 beradik boleh datang kat sini lagi untuk makan. 







Saturday, March 16, 2013

Stok dress baru sampai

Dress oren

 Dress Merah                 Dress pink
       
 Dress Kuning                 Dress biru
Dress Ungu+kuning       Dress Ungu gelap+kuning        Dress Pink + Biru


Ni antara stok dress baru yang kami ada, warnanya semua menawan kalbu. 
Material dress jenis lycra. 
Bagi muslimah diluar sana dress ni tidak berlengan tapi masih boleh digayakan dengan cardigan atau inner.

Berminat boleh mesej ke 019-7578300 (dee)






Wednesday, March 13, 2013

Bunga daripada kertas

Sebelum ni dah pernah keluarkan entri cara-cara nak buat bunga daripada kertas ni.
Entri yang lepas boleh tengok kat link
http://misdalila.blogspot.com/2012/09/jom-buat-bunga-daripada-kertas.html

Ni gambar dari entri yang lepas. Cubaan pertama biasanya memang tak berapa nak cun.
Takpe, kita cuba lagi..
Hujung bunga dibuat bentuk bulat.


Kali ni apa kata kita gunakan gunting zig zag untuk buat bunga carnation.
Ni gambar sebelum. Masa proses nak kembangkan kelopak bunga ni nak kena berhati-hati dan lakukan dengan penuh kasih sayang..hehe..risaunya sebab kertas ni mudah koyak.


Majalah pengantin ni nanad yang punya....

Bahan yang diperlukan cuma kertas crepe, dawai, gunting dan sedikit kerajinan.
Warna kertas crepe ni pilihlah gabungan yang menarik..
macam pink memang wajip..
warna ungu pilihan nanad.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan hasilnya








Cantik kan?

Ni hasil selama dua malam, balik dari kerja luangkan masa sekejap untuk buat bunga ni sebelum tidur.

Saturday, March 9, 2013

Tunggu

Jauhnya beribu batu
Tapi masih dibumi yang satu
Lamanya hanya dua minggu
Kepulangannya sentiasa ditunggu.


Hari ni ayah bertolak untuk menunaikan umrah,
pergi tak lama pun cuma masa hantar pagi tadi akhirnya kelopak mata bergenang jua bila terlihat mereka yang lain mengalirkan air mata. Mata ayah pun turut merah sebelum naik bas. Tapi cuma sekejap je lepas tu dah kembali ceria. Lain dengan aku, tak boleh start menangis nanti asyik meleleh je air mata. Jadi baik jangan nangis..buat-buat cekal kena tinggal..hah...haruu.

Selama dua minggu ketiadaan ayah ni nampaknya banyak tugas berat yang aku kena pikul.
Tugasnya 'berattt' sangatlahh
Antaranya,
kalau malas masak kena masak juga atau kena pergi beli sendiri dah tak boleh main order-order je..
dah tak boleh kumpul baju kotor banyak-banyak kat rumah sebab sekarang ada Farhan sekali kat rumah. Dah seminggu Farhan tak duduk asrama sebab penyakit gatal dia. Warden asrama pun bagi lampu hijau siap cakap suka hati nak balik rumah berapa lama pun tak kisah sampai sakit tu baik. Penyakit tu memang dah baik, tapi nampaknya sampai habis cuti sekolah hujung bulan 3 lah nampaknya dia duduk rumah. Bulan 4 kang baru balik asrama. Teman kekla kat rumah ek dik...

Apapun semoga ayah dan yang lain selamat menunaikan umrah,
diberikan kesihatan yang baik,
diberikan keampunan dan keselamatan.
diterima amal ibadatnya
Akhir sekali mohon didoakan jodoh yang baik-baik untuk anak dia yang dah lanjut usia ni..hah..hak..hak

Saturday, March 2, 2013

Muzik itu indah

Pantun 6kerat ikut suka hati

Rasa sakitnya hati ni
Tak hilang walaupun dah dua hari
Tak minta tudung tapi nanad beri pun masih tak hepi

Jadi bangun pagi jom kita tengok running man berlari lagi
Gelak sakan sampai kering gusi
Mawaddah bila kita nak jumpa lagi?




Hadiah yang nanad menang ni ada orang yang suruh dia jual sebab pertama tudung ni memang gojes harga pun meletup, sebab kedua lagipun nanad tak pakai pun tudung ni..kalau pakai pun selendang..

Nanad kata tudung ni ada sentimental value, tak mau jual...jadi nanad yang baik hati bagilah pada kakak dia.
Adik beradik kenalah saling memberi dan menerima..tapi sekarang aku yang banyak terima. Kalau dulu baju baru yang aku punya tapi jarang pakai diturunkan pada nanad, tapi sekarang bila nanad dah besarrr..banyak baju dia yang jadi hak milik kekal aku..muahaha.


Happiness Every Day..saya mau itu.


Dalam gambar nampak macam tudung yang nanad pakai ni warna coklat...rupanya tidakk..
warna pink!

Such a lovely day....



Friday, March 1, 2013

Macam-macam la Farhan ni..mode scabies

Adikku yang bongsu sorang ni selalu je ada sakit-sakitnya..
dah habis baik dari demam denggi datang pulak penyakit baru,
Kudis buta @ scabies...ba..bi..es

Scabies ni adalah penyakit yang boleh berjangkit daripada mereka yang mengidapnya kepada orang lain yang sihat dan bukan datang daripada haiwan peliharaan atau kucing. Dulu cikgu rus selalu bising yang kucing ni bulu dia kotor, pembawa hama padahal tidak. Jadi masa ada cikgu rus dulu kena tahankan jela telinga, dan tiap kali bila ada kucing datang rumah kucing tu terpaksa dibuang jauh sebab madam tak bagi bela.

Berbalik pada scabies...
Bila ditanya Farhan kata dia berjangkit dengan kawan dia yang satu dorm. Mula berjangkit dari sabtu lepas, tapi cikgu kat sekolah dah cepat-cepat hantar ke klinik..

Hari sabtu aku ada jenguk Farhan di asrama hantarkan barang yang dia nak, hari Ahad aku bawa dia outing balik rumah, sampailah hari selasa aku datang jenguk untuk pantau scababies ni..
Ingatkan dah macam nak baik rupanya makin kritikal, daripada ada dekat tangan dah boleh ada sampai ke kawasan perut dan peha. Risaukan nanti makin parah jadi semalam terus bawa penyakit ni rujuk pakar kulit tempat doktor kulit aku dulu. Doktor cakap jangan risau dan dia beri jaminan yang seminggu lepas ni penyakit ni akan baik. Tak macam penyakit aku dulu, bila dah datang sekali doktor suruh untuk datang lagi minggu setterusnya dan seterusnya untuk ambil ubat..dulu takde pun kata bila boleh baik..huhu..






Cadar Farhan sewajipnya kena warna pink ikut warna kegemaran kakak..

Doktor nasihatkan Farhan bila basuh baju di asrama kenalah jemur dibawah matahari, taknak jemur dibawah bumbung. Selain cadar, selimut dan pakaian harian yang perlu dijaga kebersihannya, soal pemakanan pun perlu diambil kira..kena jauhkan diri dari ayam, makanan dalan tin, kekacang, seafood dan tak lupa megi yang boleh memakan diri.

Duduk asrama memang senang nak dapat penyakit, lagi-lagi sakit mata...betul tak adah??hehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...