Saturday, February 23, 2013

Menghirup udara Melaka, menikmati keindahan Melaka

Melaka merupakan tempat yang selalu kami sekeluarga kunjungi.
Jadi cuti tahun baru cina yang lalu kami kongsikan pengalaman tempat-tempat menarik bersama hampir sebahagian besar keluarga belah daddy. Trip beramai-ramai ni boleh kira kali kedua diadakan. Kali pertama dulu iaitu hampir lebih dari sepuluh tahun yang lalu kitorang pergi berjalan-jalan ke bandaraya Kuala Lumpur. Bertolak beramai-ramai dari bandar Klang ke KL dengan hanya menaiki komuter. Atuk dan nenek pun ikut sekali. Untuk kali kedua di Melaka pun atuk dan nenek ada bersama.


Tempat berkumpul di Melaka---di taman krubung perdana. Sementara menunggu atuk, nenek, pakcik, makcik dan sepupu2 datang dari selangor; aku, nanad dengan Farhan menikmati nasi ayam Durian Tunggal yang sedap.. sebab tiba di Melaka dalam pukul 2 petang. Perut masing-masing dah kelaparan minta diisi. Bertolak dari Simpang Renggam dari pukul 11.30 pagi, punyalah ramai umat di lebuh raya, maka jalan pun sesak dan akhirnya lambat sampai ke destinasi. Janji dengan daddy nak tiba awal sebab nak tolong bersih-bersihkan rumah..sesampai je rumah tau-tau dah bersih, licin dan berkilat daddy buat. Daddy pergi Melaka asing-asing tak saing kami sebab nak feeling bujang kot..hehe.

Bila dah agak petang cuaca tak panas..terasa betul perubahan cuaca antara Johor dengan Melaka ni..Melaka lebih panas, jadi dah petang betul baru kitorang ke Mydin untuk beli barang keperluan. Sekali dapat jumpa dengan dua ekor singa..


Yang pelik tapi benar bila tengok dari gambar diatas ni, tarian cina ni pancaragamnya semua kulit gelap..orang India kesemuanya. Tiba-tiba terasa 1Malaysia.

Masa mamat kepala biru ni ada dekat sebelah aku n nanad duk kipas2 aku tak terpikir nak tangkap gambar. Dia dah pergi baru sibuk nak tangkap gambar sebabnya orang ni kan pakai topeng, entah kenapa aku nak tengok sangat muka kat dalam topeng tu, tapi gelap sangat..sekali orang India juga..hehe.

Hidung kami sama tapi rupa tidak serupa

Yang kanan sekali ni adik nombor 4 yang sekarang belajar di Shah Alam. Macam biasa mesti tak cukup seorang. Yang nombor 3 Faris tak nak join, tapi ada bagusnya sebab boleh jaga anak-anak aku kat rumah...muahaha.

Ni rupanya bila kena tinggal dengan ayah tiri Faris...hehe. 

Banyak gambar lagi nak upload tapi aku malas..hehe. Bz kena g study ni.



Nak tengok tempat menarik Melaka pergi je ke laman web http://www.mbmb.gov.my/sejarah-kesenian-budaya







Friday, February 22, 2013

Redha


Tiap kali diri sendiri rasa tiada motivasi, dah mula rasa malas berkerja ke mesti nak cari video ni.



Lepas tengok video ni terus dapat rasa tahap kesabaran dan tahap redha tu berada diketinggian setinggi Gunung Kinabalu.

Dekat  dunia ni perangai manusia bermacam ragam. Ada yang baik dan ada yang tak baik. Jadi bila kat tempat kerja macam-macam perangai jumpa. Ada yang suka jaga tepi kain orang, ada suka cari salah orang, ada yang tak rajin berkerja, ada yang suka maki orang, ada yang suka mengapikan orang, ada yang kaki kipas orang. Ni sifat-sifat yang tak baik. Tapi dekat tempat kerja tak semua yang jahat, masih ada mereka yang baik. Sikap yang harus dicontohi. Mereka ni cuma dibayar dengan gaji yang kecil saja, tapi mereka rajin berkerja, seorang yang jujur, bersungguh-sungguh dan tidak pernah mengeluh. Mereka yang bergaji besar ni pula kadangkala malas berkerja dan tidak menjaga kebajikan pekerja. Telinga tidak diguna untuk mendengar dan tenaga tidak diguna untuk berkerja. Biarlah perangai mereka ni diperhati sahaja dan jangan perangai mereka ini diikuti. Memang susah sangat untuk kita handle kawan-kawan yang negatif. Macam yang Prof Muhaya beritahu; orang yang baik kita sayang, orang yang tak baik kita kesian dan mendoakan mereka.

Masalah. cabaran atau apa saja yang kita hadapi dalam hidup ini adalah di bawah kemampuan diri.
Allah Maha Adil & Maha Mengetahui.

p/s: Hari Jumaat depan ada temuduga spa untuk dihadiri. Moga dipermudahkan segala urusan.
"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku."

Monday, February 4, 2013

Kutip kucing


My 'baby' ucuk 
SEbab kentut dia bau busuk
baru 9bulan.
Bila kentut tak mengeluarkan bunyi kentut mahupun meow.
Gigi yang terkeluar tu sengaja aku buat bagi nampak macam vampire

Sungguhpun aku tahu ucu dah ada awek...oh, awek dia satu badan bulu warna hitam.
Tapi kat rumah ni dia selalu sorang-sorang.
Tidur sorang-sorang
Main pun sorang-sorang.
Sebab
Adik beradik ucuk sorang-sorang hilang

Orang lain sibuk bela anak, besarkan anak
Aku sibuk bela kucing besarkan kucing.
Tak cukup dengan sekor aku tambah lagi sekor

Dua minggu lepas Faris cerita dia kutipla simeow ni.
Faris terjumpa simeow ni sorang-sorang je tengah jalan. Masa dia kutip tu dia letak kat tepi jalan dulu,  tak bawa balik rumah...dia pergi makan kat luar dulu..borak-borak..lepak-lepak..bila on the way balik rumah dia nampak kucing ni masih statik lagi kat tempat kucing ni diletak masa tu..
Faris pun ambil kucing ni, dia letak kat rumah kawan dia... nak bawa balik Faris kata takut daddy marah.
Faris tunjuk gambar kucing kat aku.
Bila dapat tahu simeow ni jantan bukan betina terus aku cakap suruh bawa balik rumah.


Napelah orang yang buang kucing ni bangang sangat. Pergi buang kat tengah-tengah jalan, kalau kena lenyek dengan tayar kereta nanti kang.....sambung sendiri. Patutlah sehari lepas tu sepanjang jalan sampai 4 ekor aku nampak bangkai kucing kat tengah jalan.

Si kecik ni ada 2 pasang sarung kaki. Ni nama dia takde lagi. Tapi mungkin akan dipanggil dengan panggilan manja 'bacin'. Sorang bucuk sorang lagi bacin.

Hari pertama adopt je dah bagi 'hadiah' kat kaki aku. Tinggalkan dua garis kesan cakar di kaki. Beberapa hari kemudian kasi 'hadiah' lagi..kat peha pulak. Kucing ni hyperactive, talkative dan positive. Dia ingat kaki aku ni batang pokok kot, main lompat terkam terus kat peha buat tempat untuk berpaut. Banyak cantik.

Reaksi ucuk bila nampak adik angkat dia, terus dia lari menjauhkan diri. Dengar bunyi pun takut, padahal dulu dia peramah kamain. 
Nasib baik bila dah seminggu dua ekor ni dah boleh main bersama. Lega


Aku rasa aku punya merajuk dengan daddy tak habis-habis lagi pasal kucing.
Pertama Pasal mak kucing dengan anak kucing kena telan dengan ular sawa. Depan mata aku sendiri ular sawa 2 meter panjang dengan perut dia yang berbenjol dua bukti dia dah telan dua ekor kucing.
Kedua pasal kucing putih yang hilang dua ekor..dua-dua kucing aku sayang.
Semua gara-gara bila malam daddy melarang ada kucing dalam rumah.

Jadi bila malam je aku biar kucing angkat ni kat luar..sangkar dia pun aku biar luar. 
Kes sedih daripada bulan puasa tahun lepas aku bawa sampai ke tahun ni.
Sekarang asal ada kucing malam-malam kat luar je daddy bising suruh aku bawa masuk kucing..dia risau takut kucing aku hilang. Orang merajuk mestilah buat tak tahu je..kesudahannya daddy sendiri yang bawa masuk kucing dengan sangkar sekali. Tiap-tiap malam yang bawa masuk kucing dalam rumah mesti daddy, takde orang lain. 

Bila dah 2 minggu ni baru aku take over tugas menidokan kucing.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...