Friday, January 18, 2013

Alhamdulillah..

Sambungan kes demam denggi...

Gambar dibawah menunjukkan bacaan platlet untuk hari ke-4 demam (1st attend kat klinik kesihatan 16/1/13) nombor bertuah yang muncul--- 148 ---; bacaannya dibawah paras normal iaitu 150. Time ni doktor melayu perempuan yang rawat Farhan. Disebabkan bacaan dia bukan ditahap yang membimbangkan (tapi aku bimbang gila bila tahu n yakin ni mesti demam denggi). Doktor ni rilek je cuma suruh banyak minum air banyak minum banyak minum air dan nasihatkan untuk datang buat pemeriksaan darah sekali lagi esok paginya (semalam).


Untuk hari kelima demam, bacaan plalet turun mendadak sampai ke 120. Time ni doktor lelaki cina yang rawat, muka dia serius gila..lagi serius bila bacaan tekanan darah pun turut sama jatuh. Doktor sampai ambil bacaan dua kali sebab tak puas hati gila aku rasa. Siap tanya aku siapa doktor yang rawat semalam. Then, terus dia bawa Farhan suruh masukkan air 3 botol dalam badan. Asalnya doktor beritahu suruh refer dengan hospital hari tu juga sebab risau keadaan makin membimbangkan, tapi doktor ni buat keputusan masukkan air tiga botol dulu then datang lagi esoknya untuk buat pemeriksaan darah lagi. Lega sangat dengar bila Farhan tak ditahan di wad. Lagi lega bila doktor ni buat keputusan dengan cepat dan bijak.

Ni tiga botol air Farhan, mula dari tengah hari sampailah botol ketiga dah pukul 2.30 petang.

Sedih tengok Farhan tangan asyik kena cucuk je. Semalam dia ngadu sakit..nak ambil darah kena cucuk..
misi (nurse) dahlah orang baru tak pandai ambil darah..darah yang keluar sikitt je (lagi nak ditarik-tarik picagari tu nak pam bagi darah keluar). Tak tahu ke perbuatan tu menyakitkan. Hari ni pun misi yang sama end up pun situasi yang sama, cuma sebelum Farhan kesakitan cepat-cepat aku cakap dengan misi tu ..'oklah tu..semalam darah banyak tu pun dah boleh baca..'. Terus dia cabut picagari tu. 

Masa nak cucuk untuk masukkan air pun bermasalah juga..
sampai tiga kali nak cari spot yang ok. 
Misi ni bisingkan urat dia halus. 
Habiss dah nama pun urat kan..ko yang tak pandai cari. 

Hari ni untuk yang ketiga kali dan kesekian kalinya Farhan buat pemeriksaan darah.
Lucky number yang keluar 156...aku excited, gembira, tak gila dan lega bila baca.
Bacaan platlet dah kembali normal. Deman pun dah takde cuma batuk je yang berbaki.
Syukran..

Doktor kata denggi ni tiada ubatnya tapi orang kata kalau demam denggi ni penawar dia minum sup ketam. 
Jadi semalam daddy gigih cari ketam aku pulak gigih semalam buat sup ketam. Minggu ni menunya hari-hari sup. Aku buat sup tulang, sup ayam, sup ikan dan last sekali sup ketam..which is antara benda yang aku paling allergy sekali. 

Alergi sebab kulit hypersensitive..tahun 2011 dengan 2012 memang aku paling jaga pemakanan. 
Sengsara bila tengok makanan tapi tak boleh makan.
Tak boleh ambil sebarangan makanan, sedangkan benda remeh macam biskut atau jem macam nutella tapi ada unsur kacang aku tak boleh makan. Sayur goreng ke asam pedas ke tapi ada unsur udang/belacan tak boleh. Banyak benda kalau disenaraikan sampai ayam pun tak boleh makan.

Tapi penghujung tahun 2012 aku mula berjinak-jinak makan ayam. Mula-mula seminggu sekali je, rasa badan macam boleh terima seminggu dua tiga hari makan ayam. Lepas tahu ayam dah boleh makan..ermmmmmm....tahun baru 2013 ni macam-macam aku buat eksperimen.
Macam-macam aku makan tahun ni, boleh kata kejayaan untuk diri sendiri. 
Benda yang bertahun aku tahan meh nak senaraikan...haha..nasi lemak dengan sambal sotong kembang..yumm..nasi lemak dengan sambal kerang...yummy dibedal hari yang sama. Budu, letak cili api, bawang dengan hirisan serai dimakan dengan ikan bakar. KFC, McDonald, Pizza Hut dan juga fast food yang lain semua dah boleh. Kacang dengan telur pun bila makan badan takde tunjukkan reaksi apa-apa. Cuma benda yang paling merisaukan bila makan adalah tiga beradik seafood ni--- sotong (ok dah), udang dengan ketam.

Masa masakkan sup ketam untuk farhan aku test hirup sup dia (kena rasa dulu sedap ke tak) dalam hati risau jugak nanti badan gatal tak boleh terima. Tapi alhamdulillah takde biji-biji tumbuh. Jadi masa suapkan Farhan makan ketam aku suapkan masuk mulut aku sekali. Muahaha. Sedappp..

Gembiranya bila dah kembali normal.


Dulu alien sekarang manusia.



Thursday, January 17, 2013

Doakan Farhan cepat sembuh

Dah 5 hari Farhan demam.
Mula demam hari Ahad, jadi bawa dia pergi klinik panel... panel doktor bagi ubat demam, antibiotik dengan selsema. Doktor ni aku tak tahulah dia dengar atau tak... nak kata doktor tua sangat idaklah, aku dah cakap adik aku tak selsema cuma demam, batuk dengan saakit tekak tapi dia bagi ubat selsema, ubat batuk tak bagi. Aku mintak mc pun haram dia nak bagi. Doktor melayu patutnya kesianlah kat adik aku ni, budak sekolah tingkatan dua je pun. Mc sehari pun taknak bagi.

Aku tak puas hati, hari isnin aku pergi klinik lain. Kali ni moh g klinik cina. Doktor cina ni bagus,dia bagi ubat apa yang aku minta. Minta mc pun dapat..aku dengan Farhan dua orang sekali mc. Aku bagi alasan kaki sakit, tapi memang doktor tengok kat kaki lebam pun. Kalau ikutkan boleh je aku kerja hari tu, sedangkan demam pun kadang aku g kerja tapi sebab Farhan demam aku mc.

Dulu masa amek master aku ada sakit kaki, nak jalan je rasa sakit sebab ada ketuat tumbuh bawah tapak kaki kanan. Saiznya lebih kurang separuh ibu jari aku (kalau guna ibu jari orang lain tak sama). Hari pertama sakit aku rujuk klinik kesihatan dekat durian tunggal..takpuas hati dengan ubat yang dia bagi aku balik johor pergi cari klinik panel. Pun sama juga, doktor cuma bagi ubat tahan sakit dengan krim sapu. Jadi aku pergi cari klinik kerajaan balik kat simpang renggam..punnn doktor bagi ubat sapu. Yang buat aku tak puas hati sangat sebab ubat sapu ni bila aku sapu takde rasa apa-apa pun. Takkan manjang nak telan ubat tahan sakit...seminggu? dua minggu... lama-lama badan pun dah lali dengan ubat tu. Akhir sekali aku buat keputusan pergi klinik pakar kulit di batu berendam Melaka, terus dia operate time hari pertama aku datang tu juga...guna kaedah laser. Agak sakit masa operate tu tapi yang pasti keesokannya penyakit tu dah takde.

Kes Farhan ni pun aku tak puas hati kenapa dah empat hari (semalam) pun masih demam. Jadi aku bawa pergi klinik kerajaan sebab dah dua kali g swasta demam tak kebah2. Bila cakap dengan doktor Farhan dah dekat seminggu demam jadi dia kena buat ujian darah. Keputusan bacaan platlet dia agak rendah. Doktor suspek Farhan kena demam denggi. Patutlah Farhan ada mengadu dengan aku tangan dia ada bintik merah, then bahu rasa sakit. Setakat ni doktor tak tahan dia masuk wad lagi, tapi hari ni kena pergi ambik ujian darah lagi. Harap Farhan cepat sihat.

Tanda-tanda demam denggi. 

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Info:http://ms.wikipedia.org/wiki/Demam_Denggi

Farhan orang pertama dalam family yang kena demam ni
Jadi aku syak farhan kena dekat asrama sekolah dia. 

Monday, January 14, 2013

Haematoma

Haematoma atau bahasa melayunya pendarahan dalaman.

Ni contohnya. Kulit putih gebu ni bukan aku punya.

Haematoma ni tergolong dalam jenis luka tertutup. Berlakunya haematoma apabila terdapat pendarahan yang menjadi beku dan kelihatan biru kehitaman. Cita-cita masa kecik dulu nak jadi doktor tapi.. 

Penyakit ni  Kesakitan ni bukan sekali dua aku dapat free-free tapi banyak kali dah..cuma hari Sabtu lepas macam mana entah lari kamain laju nak tutup pili air tak perasan lantai dah banjir, jadi terus tergelincir depan toilet nasib baik masa tu tangan kiri sempat capai mesin basuh tapi kaki kanan takdan nak brek terlanggar pintu toilet. Kalau tak sempat capai mesin basuh konfem aku jatuh terduduk atau terkangkang. Luka kat kaki tak sebesar mana tapi dia punya sakit dengan kawasan kesan lebam agak besar. Masa kecik dulu pun port aku selalu jatuh mestii depan toilet, rupa-rupanya dah besar pun macam tu jugak. Ada satu gambar ni masa aku kecik (lebih kurang 4 tahun kot masa tu). Dalam gambar ni aku tengah berdiri kat luar pintu toilet dengan pakai baju kurung tapi kain basah..muka tersenyum lebar. Kes baru jatuh depan toilet aku rasa, terus daddy tangkap gambar. Aku cari gambar ni tak jumpa sebab kebanyakan gambar mummy dah bawa lari.

Masa sakit ni daddy suruh panggil orang untuk urut, tapi bila mengingatkan gehelinya dan sakitnya bila kena urut terus aku cakap takpe yah, sapu minyak dah. Kalau panggil orang urut datang rumah takkan nak suruh urut kawasan yang sakit tu je kan..kalau urut kawasan sakit pun takut bertambah parah nanti ada. Jadi aku refer je dengan doktor. Doktor ada bagi ubat tahan sakit tapi sebiji pun aku tak sentuh, dengan krim Flanil untuk sapu kawasan luka.

Ubat ni khusus untuk orang yang rajin bersukan dirumah atau diluar.
Jika ada sakit otot sebab terseliuh silalah guna ni...








Sunday, January 6, 2013

Kucing...


Apa hukum jual kucing..biar UAI yang menjawapnya



Iklan kucing- bukan untuk dijual
"Hi....Ramai orang kata saya bekeng..hakikatnya saya manja macam tuan saya..hehe"

"Saya tak gigit orang..janganlah takut. Ni saya menguap je sebenarnya.
Kucing dan yang se-spesis macam saya memerlukan tidur sekurang-kurangnya 12-16jam sehari."


"Tuan saya ni taknak layan saya ke..asyik mengadap pc je."

"Buat aksi manjalah...sambil jeling kat tuan saya"


Ni aksi biasa tiap kali aku duduk kat meja komputer. Memang pantang tengok tuan dia nak bersenang- lenang. Dalam banyak-banyak port dia boleh tidur, sofa ada, katil ada tapi dekat dengan mouse jugak dia landing. Kucing ni aku tak tahu nak bagi nama apa..jantina jantan..dah bela dari dia lahir sampailah sekarang. Cuma panggil dia 'ucuk/tayang' je.  Daddy pulak panggil kucing ni 'Mi..Auww'..hehe. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
tak sampai 5 minit


dah pasang speaker kuat-kuat pun masih boleh lena.




Saturday, January 5, 2013

Cuti

Masa di Melaka tempoh hari kami menginap di Avillion Hotel. Daddy dah ada di Melaka sehari lebih awal sebelum kami sampai di Melaka..ada kursus selama tiga hari dua malam disana.

Jadi bolehlah kami tumpang sekaki hehe.

Pukul 12 malam baru sampai di bilik.


Pagi esoknya Farhan ajak serbu kolam renang.

Taknak join renang..join tangkap gambar je. 
Aku tau air dalam kolam tu mesti sejuk gila sebab malam tu hujan,even pagi tu pun gerimis.


Family susah nak ada istilah bercuti. Bagi aku bila balik kampung tu pun dah kira bercuti. Rasa seronok sangat dah bila dapat balik kampung. Ada peluang nak bercuti pun bila daddy pergi outstation dan dia bermurah hati nak bagi kami ikut sekali. Tapi aktiviti semasa bercuti tu kebanyakannya adalah aktiviti bebas (macam gambar diatas) atau lebih kepada terperuk je dalam bilik hotel. Yelah, pergi pun sebab daddy berkerja..jadi satu hari dia sibuk berkursus takde masa nak entertain kami. Dah bagi ikut pun kira bertuah.

Dalam setahun memang banyak kali daddy outstation, dan tiap kali tulah mulut aku ringan je cakap 'ila nak ikut yah..' walaupun dah tahu dah jawapannya nanti 'ahh..nak buat apa'..tak bagi ikutlah tu jawapnya. Biasanya tempat yang jauh-jauh macam terengganu, kelantan dia tak bagi ikut..tempat yang dekat-dekat macam Melaka dia tak kisah. Tapi bila ada tempat2 special macam bukit Fraser daddy ajak kami sekali.

Rasanya peluang ni datang seumur hidup sekali je kot.

Opps ada adik demok sowang g tau..baru cukup 5 beradik.





Tuesday, January 1, 2013

Selamat tahun baru 2013


Selamat menyambut tahun baru 2013
Semoga tahun ini jauh lebih baik dari tahun lalu
Semoga ditahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat.

buka hati dapat cinta
buka tangan dapat persahabatan
buka mata dapat permandangan
masa yang lalu adalah sejarah
masa hadapan adalah harapan
Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.

Hepi new year
Oh kekasih hati yang pasti ada suatu hari nanti n_n !

.
.
.
.

Jom tengok
Sambutan Ambang 13 bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Lawakk







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...