Tuesday, December 18, 2012

Tulah main-main lagi...

Mula-mula nak tunjuk gambar dulu


Gambar ni diambil bulan feb 2012 



Masa ni aku berkursus rpo selama dua minggu di Bangi. 
Kursus ye kurang diberi tumpuan tapi makannya lebih. 

Disebabkan kena berada selama dua minggu di Bangi jadi tempat penginapan aku pilih yang paling dekat dgn aelb dan selesa sekali dekat UKM namanya Puri Pujangga. Sebab apa aku kena ambil kursus ni sebab kat tempat kerja aku ada sorang je yang ada lesen rpo ni jadi bos aku yang hensem ni suruh aku pergi ambil incase kalau yang sorang tu dapat offer kerja tempat lain jadi akulah yang akan gantikan. 

takde apa yang nak dibanggakan sangat dgn sijil ni 

Bos aku yang hensem sangat ni sangat sangatlah konfiden yang aku boleh lulus exam rpo ni. (Lepas kursus kena ambil exam amali, teori asas dengan teori khusus). Mentang-mentang dia tahu aku ada master terus expect aku boleh lulus walhal aku ni bongok2 je..kat sekolah dulu pun manjang je duk dalam kelas yang pertama tapi nak dapat no pertama jangan mimpi. Bos siap suruh aku sain kotrak lagi sebelum g kursus tu. Berapa tahun aku kena ikat..rahsia. Orang lain sain kontrak pakai pen aku sain kontrak pakai darah sebab lamanya nauzubillah...

Nampak muda tapi sebenarnya umur dah 44 tahun. Hensem kan...kan..kan..sila jangan pengsan
Budak yang dia dukung tu bukan anak dia ye..

Ni gambar bos yang dulu sekarang aku punya bos orang India..gambar dia tidak perlulah disiarkan sebab tak berapa cerah lagipun bukan taste aku..muahaha.

Hari ni bos aku tanya bila aku nak pergi ambil exam lagi. Pengetahuan disini bahawasanya saya telah meng-fail kan exam rpo yek..pesalah yang mengaku bersalah..hehe. Exam amali je yang dah lulus, lagi dua exam hangussssss. Aku beritahu bos yang limit setahun dari tarikh ambil kursus tu dah tamat. Dalam hati berkata legalah tak payah nak ambil exam lagi tahun ni. Berangan tinggi-tinggi sekali bos cakap dia nak suruh aku pergi kursus tu lagi sekali untuk tahun 2013 ni pulak..aiyoyo..harap2 tak jadi.

Aku akui masa pergi kursus rpo tu banyak ilmu baru yang kena belajar. Bayangkan kalau orang lain ambil masa 2 tahun untuk cemerlang dan gemilang dalam subjek perlindungan sinaran ni tapi kitorang cuma ada masa 2 minggu je. Macam tulah pengajar tu cakap masa kat sana. Skop dia memang luas, dan banyak terms2 yang aku tak pernah dengar. Walaupun dah tahu macam tu bukannya membuatkan aku lagi rajin nak study..lagi malas nak study ada. Time hari nak exam lagi teruk perangai aku. Exam rpo ada dua hari je. Hari pertama tu cuma teori, hari kedua baru amali. Disebabkan exam amali ni aku rasa senang, jadi aku ajak member (dalam gambar yang kat atas yang duk sebelah aku kiri sekali) malam sebelum exam tu pergi Ikea. Sengal tak. Sekali ambik kau, member aku lulus amali, aku telangkup. Padan muka. 

p/s: buat mak ndak tersayang yang baca blog ila tiap2 minggu..sila pastikan perancangan anda masa tahun baru cina nanti jadi ye..boringla kalau kena duduk dekat rumah je. Kalau boleh kita pergi Cameron ke Genting ke Melaka ke tak kisah le..tapi macam susah je nak ajak Misman... huhu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...