Wednesday, December 12, 2012

Cuti beramai-ramai ke Pulau Langkawi dan Pulau Pinang

Cuti secara beramai-ramai ni dah lama sebenarnya. Bulan lepas, dari tarikh 24 November - 27 November. 26 dengan 27 Nov aku apply cuti UPL. Kilang tempat aku kerja ni pelik sikit, kalau kerja belum sampai setahun makanya jangan mimpi nak ada annual leave, tak macam tempat kerja tempat orang lain.

Mereka-mereka yang ada dalam rombongan ni sebenarnya aku tak pernah kenal dan jumpa pun kecuali seorang je, sebab satu tempat kerja. Boleh terjoin mereka2 ni semua pun sebab member tempat kerja yang ajak. Semua member dia. Aku memang pantang diajak berjalan..terus je on. Masa berkumpul nak bertolak barulah dapat kenal dorang ni, asalnya aku dapat tahu 3 lelaki 4 perempuan je..tapi last2 4 lelaki, 4 perempuan. Maka kenderaan yang sesuai untuk memuatkan semua orang pulak niha...


Bila dah duduk kat dalam van tu rasa macam pesalah2 yang naik van forensik je..hehe


Van ni sewa sehari 200 je..murahkan..dan...cukup selesa untuk kami dan juga driver, sampai tekan meter 160 pun tak perasan..hishh..kecut perut dibuatnya.

Destinasi kami yang pertama Pulau Langkawiiiii...wiiiiiiii..dalam kepala dah macam ada orang jerit ..coklat...coklat!..hehe

makam mahsuri


dataran helang

kurang sorang dalam ni

otw balik

Taknak cerita panjang2 masa kat langkawi lagipun semalam je kat sana. Aktiviti pun cuma shopping coklat shopping minyak gamat, pergi makam mahsuri, pantai chenang tu je.

Destinasi seterusnya kitorang singgah ke padang besar..ni dalam hati dah jerit shoppinggg! lagii ...hehe
Van kan luas jadi alang-alang sempat beli stok untuk Mstyle. Borong kain skirt yang customer order, harga borong kat padang besar ni rupanya sama je macam kat pasar rabu tempat aku selalu borong. 

Malam kedua kitorang tidur di Alor Setar sebelum ke destinasi berikutnya...Pulau Pinang,,
Masa aku kerja penang dulu bukit bendera tutup lagi...adik2 dengan mak yang datang penang time tu pun takde rezeki tuk naik bukit bendera.

Yang kat sebelah aku ni (kiri sekali) ramai yang konfius ingat kitorang ni adik beradik. Terutama kat tempat kerja...director pun boleh konfius..

permandangan dari bukit bendera

pun tak cukup seorang dalam ni


Last destination..cari jeruk Pak Ali yang famous kat Penang tu..
Siap shopping ..jom balik johor. 
Dah rindu sangat dekat kucing dirumah :)









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...