Monday, December 31, 2012

Bawa Farhan jalan-jalan Melaka

Trip tiba-tiba (29/12-30/12) ke Melaka ni cuma dua hari satu malam. Cukuplah sebab 31 ari bulan nak buat persediaan kemas2 barang Farhan untuk kembali ke sekolah. First day tahun baru nak kena daftarkan Farhan. Pagi kena pergi beli buku petang pula daftar asrama. Jadi walaupun namanya cuti tapi sebenarnya aktiviti dah pack.

Tangkap gambar dulu sebelum bertolak.


Sampai je Melaka terus tuju ke JJ bandaraya cari port nak makan. Sebelum bertolak pukul 10 dah sarapan dulu dirumah. Gorengkan adik-adik keledek dengan hotdog, makan bersama nasi lemak..yumm..
Pukul 2 sampai Melaka perut masing-masing dah lapar. Tengok gambar ni balik pun rasa lapar.


 Farhan pilih Mixed Bento. Makan dah tak toleh kanan kiri dah..sedap ek Farhan.. 

Ni set biasa order bila makan di Sushi King. Salmon Steak set. Masa aku kerja kat Penang dulu rajinla masak simple macam ni ..balik je kerja cari salmon dekat Giant, sampai rumah goreng ikan, goreng sayur/ kentang, makan dengan nasi panas-panas. Resepi cepat dan mudah disediakan...hehe.resepi orang malas sebenarnya

Jalan-jalan masuk Daiso jumpa mainan meow..terus rembat dua.
Sayangnya dah balik rumah simeow tak berminat nak main...target utama dia langsir juga. 

 Sana-sini masih terasa perayaan Krismas.

Destinasi kedua Dataran Pahlawan Melaka. Bawa Farhan masuk Coral Wonderland. Ada dekat Level 4 bawah wayang. Tiket masuk RM30 untuk dewasa, jadi untuk dua orang dewasa RM60. Masa nak banyar amoi kat kaunter tanya ada kad student tak...cek dalam purse ada! Kad student UTem..haha. Dapat diskaun RM10.

Tunjuk kat Farhan mulut ikan ni. Farhan cakap gincu. 
Ok..Ikan ni pandai pakai gincu.



Batu karang mengambil masa yang lama untuk membesar.
Ada batu karang yang membesar cuma 1cm setahun.

 Ikan Pacu spesis ikan pirana.
Entah kenapa bila tengok mata ikan ni, rasa macam dorang ramai-ramai tengak gelak..macam ni..hehe..hehe..heeheeeee..hehe..kan..(imaginasi dalila semata-mata) Mata dia jahat..

Masa pergi tengok kat akuarium ni aku tanya Farhan, mana ikannya?. Sebab aku takde nampak ikan berenang-renang. Nilah ikannya Farhan kata. Sekali ada 4 ekor kat situ.
 Ikan batu, spesis ikan yang paling berbisa didunia. 
Ikan ni juga spesis makeup artis profesional. Pandai gila make up diri sendiri jadi sebijik macam batu kann.

Ni buaya mini Brazil. Kalau nak beli jadikan haiwan kesayangan harganya rm3600. Kecik je buaya ni tapi boleh membesar sehingga 1.6m.  Dah nama buaya maka dia mengamalkan diet jenis karnivor. Coral wonderland ni ada banyak lagi hidupan laut, reptilia, nak tengok datang sendiri kesana..ikan-ikan disana mengalu-alukan kedatangan anda. Termasuklah buaya ni juga.


Perjalanan diteruskan belah malamnya ke Jonker Walk. Tiada apa yang nak dibeli disana, cuma cuci mata tengok mat-mat salleh yang handsome..huh. Can i have your no pleaseee?..... Bongok.

Bagus jadi tourist guide Farhan ni..aku asyiklah tanya adik penat tak?ok tak?..dia ok je walhal kaki aku yang dah melecet sebab berjalan dari siang tadi.

Abang beca tolong snapkan gambar..Say cheesee..kimchiiiii...




2 comments:

  1. seronok berjln ye dee...aku pun x prnh g lg coral wonderland...mcm best jer....nk g gak lah...hehe

    ReplyDelete
  2. kak dalila folower saya leh? hehehee .. http://kikidamakanbelum.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...