Thursday, December 20, 2012

20.12.2012 tarikh hari jadi.

Semalam genaplah setahun tempoh aku berkerja. Senang nak ingat sebab dekat dengan tarikh lahir aku 20.12.2012 iaitu hari ni. Balik dari kerja semalam terus adik bagi prezen. Cer teka...


 Ni hadiah pertama..
 Ni hadiah kedua. Dua-dua hadiah adik-adik yang bagi
Ni aku tau tulisan nanad. Bukak je kotak terus muncul nota ni.

Ayat semoga cepat kahwin yang buat aku nak gelak. 
Bukan takde orang yang nak berkenalan dengan aku, ada..tapi DUDA anak DUA ada, lelaki bawah umur ada, TOMboy pun ada. Laki orang pun ada. GILA aku nak terima, nak berkenalan pun aku takmauu. Ni siang-siang aku dahh rejectttt. Patutnya ucapan semoga cepat kahwin ni aku tuju ke adik aku balik. Sebab nanad dengan epa dah lama sangat berkawan..dekat sepuluh tahun. Kalau dari dulu diorang dah kahwin mesti aku ada ramai anak saudara yang comel2 untuk dilayan. Ini tak aku asyik layan meow je. Tengah tidur pun meow kacau. Malam tadi meow kacau pukul 3 pagi, makin lama makin awal dia kejut. Cara kejut pun ada macam-macam cara. Cara biasa dia buat bunyi meow, dia bagi salam kang terkejut plak. Cara luar biasa dia suka cari muka aku lepas tu dia letak hidung dia tepat kat hidung aku. Tiba-tiba jek hidung rasa sejuk. Tapi sayang punya pasal, aku pun bangun lah malam tadi pergi bagi makan. Tiap-tiap malam kucing aku ni buat perangai macam ni. 

Pagi tadi masa bangun tidokan moodnya adalah mood hari jadi. Jadi mestilah buat perkara yang aku suka. Boleh kata bulan ni sebenarnya banyak perkara yang aku buat ikut aku punya suka. Tapi aku paling suka bila dapat jumpa orang yang aku suka--mawaddah. Ok jangan suka sangat takut nanti gila.




Pagi-pagi lagi aku dah memekak kat rumah buka lagu big bang. Statistik lagu big bang ni keudara di rumah adalah banyak kali dalam sehari untuk tempoh 2 minggu lamanya. Orang lain demam k-pop dah surut aku baru nak demam. Punca demam k-pop: doktor cakap jangkit dengan adik aku farhan. Dengar suara Dae Sung nyanyi lagi buat temperature aku naik...suara dia sedap..top pun sedap.

Pergi kerja hari ni tapi Mood nak kerja takde jadi aku kerja half day je. Pukul dua balik rumah. Hajat awal nak balik tidur tapi tukar kepada job hunting.



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...