Sunday, September 9, 2012

Penghujung mood raya

Alhamdulillah, untuk tahun ni kami adik beradik dapat beraya berlima bersama.

Untuk 3 tahun berturut kami tak pernah beraya bersama.
Mesti tak cukup sorang.
Tapi kali ni tidak.
Siabang baju oren setelah bertahun-tahun dipujuk ajak beraya bersama tapi  tetap berdegil taknak ikut pulang ke Banting, entah kenapa tahun ni nak pulak dia ikut balik.

Tiap-tiap tahun walaupun aku pujuk ajak balik, tetap dia taknak.
Macam2 ayat pujukan aku bagi, 'jomla balik kampung..bukannya selalu balik, setahun sekali je...'
'Jomlah balik kampung tengok atuk dengan nenek...jumpa diorang sementara diorang masih ada...'
'atuk kan dah sakit2..jomlah balik...'...
'nanti faris hari raya pertama faris nak makan apa?..'
macam-macam lg ayat power rangers yg kuar..
akhirnya siabang akur ikut kitorang balik. Itupun dapat tahu masa hari nak bertolak. ..nasib baik kucing2 kat rumah ni aku dah hantar g rumah mak angkat diorang (aka member aku) kalau tak mau pening tinggalkan kucing kat rumah takde sape jaga.

Sedar tak sedar tahun ni juga merupakan tahun ke3 mak n ayah b'pisah.
Maknanya dah tiga tahun juga kitorang beraya tanpa insan yang melahirkan kitorang.
Perubahan sikap yang paling ketara sekali yang aku perasan ialah sibongsu..makin hari makin pendiam.
Bukan aku sorang je yang perasan, makcik2 aku yg kepoci pn ada cakap.
Memang raya kali ni insan tersebut takde ambil tahu langsung pasal kami.
Tapi kami tak kesah, tapi tolong jangan abaikan adik bongsu kami.
Tahun2 sebelum ni dia ada mesej n call..tapi tahun ni langsung takde.
Tolong sedar dan pikir bahawa sibongsu masih kecil, masih perlukan perhatian dari insan yang masih hidup.
Insan tersebut juga merupakan cikgu tempat sibongsu sekolah, takkanlah sebelum cuti bermula pun taknak jumpa sibongsu untuk salam hari raya.
Kami sedar sejak adanya suami baru sibongsu langsung dia ambil tak tahu.
Ini yang buat aku sedih bila tiap kali sampai malam raya. Mesti air mata mengalir. Dasar gembeng..

Enough of sad stories..

Nak cerita pasal baju raya.
Sejak raya tahun lepas baju raya adik2 semua aku yang jahit sendiri, begitu juga tahun ni.
Cuma dari 100% jahit sendiri tu ada 1% hantar kat orang suruh jahit..hehe.
Leher cekak musang..masih belum boleh jahit sendiri, kalau nak belajar buat sendiri pun aku rasa macam2 sumpah seranah yang akan keluar nanti. jadi baik hantar kat orang je.

Rasa macam tak percaya je dapat siapkan baju raya walaupun sibuk hari2 kerja.
Itupun ada member2 yang minta jahitkan baju kurung, tapi sorang je yang aku ambil tempahan.
Takut tak sempat nak siapkan. Adik perempuan dapat siapkan dua pasang baju, untuk diri sendiri dapat sepasang je. Haru.

p/s:-Syukur ada baju baru, orang lain belum tentu ada baju baru.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...