Monday, September 10, 2012

Facial

Semalam pagi bertolak dari simpang renggam terus pergi ke tempat facial di area JB dekat dengan angsana.
Ada appointment facial untuk yang ke -30 kalinya....yup 30.
Bunyi macam banyak tapi sebenarnya dah lama buat facial ni..sejak dari umur 22 tahun sampailah sekarang.
Tempat facial ni ada banyak cawangan tapi semua area jb. Diorang juga ada slimming dengan spa dan banyak lagilah... Setakat ni pernah ambil spa sekali je yang lebihnya banyak facial.

Ramai yang kata kita jangan berkira kalau nak cantik dan sihatkan.
Tapi bila dah terlampau tak berkira..tahu-tahu je dah lebih 10k habis untuk buat facial.
Satu pelaburan yang agak melampau bila difikirkan balik.
Dulu tak pernah nak berkira sebab banyak duit daddy dari duit sendiri.
Now bila dah guna duit sendiri, tiba-tiba bijak matematik.
Dah mula sayang nak bazirkan duit sendiri muka tak juga jadi macam taylor swift.


Mahupun macam Hanis Jalikha yang cun-melecun ittew..


Macam-macam dah treatment yang asal beautician syorkan je aku terus rembat..siap ambil pakej lagi.
Sebut je..diamond trtment, colour trtment, eye trtmnt, oxigen, energy trtmnt, high frequency trtmnt..dan byk lagilah..mesti nak bg cuba.
Pakej yang paling baru sekali IPL hair removal for underarm dengan gold mask.
Cuma dah 2 kali pergi ni mesin IPL diorang asyik rosak je..rosak tak inform pada customer pulak tu.

Keberkesanan facial ni memang ada nampak, kulit jadi lagi sihat dan tak kusam.
Cuma nak keluarkan duit je tiba-tiba mood jadi muram..hewhuhu..
Tempat nak buat facial pun agak jauh dari rumah..turun jb semata-mata untuk buat facial, lepas tu terus balik rumah. Macamlah kat simpang ni takde tempat facial..

Jadi lepas ni dah nekad untuk habiskan ada lagi 6 kali facial...dan takmaw sambung2 pakej lagi.
Nak buat projek yang baru..hewhewhew..jeng jeng jeng...
Hari Sabtu ni kalau jadi nak jumpa doktor dulu untuk khidmat dan nasihat.

1 comment:

  1. Betul tu, kita kalau nak cantik dan sihatkan, tak yah la berkira sangat, tetapi biar la berpada-pada dgn kemampuan diri sendiri .. ^__^

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...