Saturday, September 29, 2012

Buang gigi geraham bongsu

Yeaa..dapat mc untuk 2 hari.


Badan selalu rasa nak demam tapi tak demam sebab menahan sakit tumbuh gigi.
Jadi Khamis lepas nekadkan hati untuk cabut gigi geraham bongsu yang tumbuh belah kiri atas.

Biasanya orang normal tumbuh gigi geraham sekitar umur 18-24 tahun je. Ni umur dah 28 baru nak tumbuh gigi apa kes..tak normallah ni
Masa form 5 dulu dah pernah buang gigi geraham bongsu yang tumbuh belah bawah (sebelah kiri juga)...tapi perlu buat pembedahan kecil sebab kena belah gusi bagi keluarkan gigi.
Persamaan kedua2 gigi bongsu ni, semua tumbuh senget..45 darjah.

Kenapa kita kena buang gigi bongsu dan apa kesan geraham bongsu ni boleh baca selanjutnya kat sini Kesan geraham bongsu

kes Gigi i jenis mesial impaction..jenis manja2 kucing gitu..

Sebenarnya takut juga nak g cabut gigi ni bila banyak baca entri2 kat blog orang semua cakap sakit sangat. Tapi sebenarnya semua mengarut je. ..bila ingat balik Farhan pernah cabut gigi doktor buat sekejap je. Seminit dua dah siap dah.. takde jerit2 pung...
Bila dah pergi sendiri cabut gigi memang takde sakit pun.
Doktor akan guna ubat sembur bagi kebas lepas tu  dia inject ubat bius.
Lepas habis gigi geraham hilang, duit pun hilang rm 40..hehe

Arahan doktor selepas cabutan:

1. Gigit kapas sekuat hati untuk memberhentikan pendarahan.
2. Jangan berkumur dalam jangka masa 2 jam selepas cabutan.
3. Jangan ganggu kawasan pendarahan.
4. Makan ubat dengan jangkamasa yang ditetapkan oleh doktor.
5. Sekiranya darah tidak berhenti dalam masa 5-6 jam selepas cabutan, jumpa doktor atau pergi ke hospital yang terdekat. (utk kes i darah tak berhenti dari pukul 3 petang sampailah 7 malam, 4jam lamanya. Gusi pun dah jadi kaler purple rasa nak pitam).
6. Jangan mengambil makanan panas.
7. Jangan merokok untuk elakkan jangkitan pada kawasan luka.
8. Kuranglan aktiviti atau jangan membuat sebarang kerja berat selepas cabutan..(termasuk kerja2 memasak ke?..hehe)

Nasihat doktor lagi:

Cabutlah gigi geraham bongsu yang bermasalah secepat mungkin. Apabila
umur semakin meningkat, tulang menjadi lebih keras dan cabutan gigi
geraham bongsu mungkin lebih susah dan lebih berisiko..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...