Saturday, September 29, 2012

Jom buat bunga daripada kertas..

Bagi meluangkan masa yang ada dihujung minggu apa kata kita buat bunga drpd kertas.
Bahan-bahan yang diperlukan tidaklah mahal...malah senang didapati dirumah.
Nak pakai surat khabar pun boleh..

macam ni...gambar dr en.google

Antara bahan yang diperlukan mestilah kertas warna dan dawai bunga. Nak guna kertas crepe atau kertas tisu pun boleh.


Langkah-langkahnya mudah sahaja. Boleh tengok dari tutorial dibawah, juga diperolehi dari en.google.

No. 1 Bunga Carnation

No 2. Bunga Lily


No. 3 Bunga Jasmine

Pink carnation ~My favourite flower~

Semasa aktiviti ini dijalankan sila pastikan kucing peliharaan anda tiada disisi..kerana mereka sangat rajin untuk membantu..

 si 'rajin' datang 

selepas siap 'membantu'...bunga pun layu

dan hasilnya bolehlah diletakkan di meja ruang tamu mahupun meja hiasan..





bunga ni hanya menggunakan 4 helai tisu serbet sahaja..

bunga dari kertas crepe.


These flowers need more flowers~~




Buang gigi geraham bongsu

Yeaa..dapat mc untuk 2 hari.


Badan selalu rasa nak demam tapi tak demam sebab menahan sakit tumbuh gigi.
Jadi Khamis lepas nekadkan hati untuk cabut gigi geraham bongsu yang tumbuh belah kiri atas.

Biasanya orang normal tumbuh gigi geraham sekitar umur 18-24 tahun je. Ni umur dah 28 baru nak tumbuh gigi apa kes..tak normallah ni
Masa form 5 dulu dah pernah buang gigi geraham bongsu yang tumbuh belah bawah (sebelah kiri juga)...tapi perlu buat pembedahan kecil sebab kena belah gusi bagi keluarkan gigi.
Persamaan kedua2 gigi bongsu ni, semua tumbuh senget..45 darjah.

Kenapa kita kena buang gigi bongsu dan apa kesan geraham bongsu ni boleh baca selanjutnya kat sini Kesan geraham bongsu

kes Gigi i jenis mesial impaction..jenis manja2 kucing gitu..

Sebenarnya takut juga nak g cabut gigi ni bila banyak baca entri2 kat blog orang semua cakap sakit sangat. Tapi sebenarnya semua mengarut je. ..bila ingat balik Farhan pernah cabut gigi doktor buat sekejap je. Seminit dua dah siap dah.. takde jerit2 pung...
Bila dah pergi sendiri cabut gigi memang takde sakit pun.
Doktor akan guna ubat sembur bagi kebas lepas tu  dia inject ubat bius.
Lepas habis gigi geraham hilang, duit pun hilang rm 40..hehe

Arahan doktor selepas cabutan:

1. Gigit kapas sekuat hati untuk memberhentikan pendarahan.
2. Jangan berkumur dalam jangka masa 2 jam selepas cabutan.
3. Jangan ganggu kawasan pendarahan.
4. Makan ubat dengan jangkamasa yang ditetapkan oleh doktor.
5. Sekiranya darah tidak berhenti dalam masa 5-6 jam selepas cabutan, jumpa doktor atau pergi ke hospital yang terdekat. (utk kes i darah tak berhenti dari pukul 3 petang sampailah 7 malam, 4jam lamanya. Gusi pun dah jadi kaler purple rasa nak pitam).
6. Jangan mengambil makanan panas.
7. Jangan merokok untuk elakkan jangkitan pada kawasan luka.
8. Kuranglan aktiviti atau jangan membuat sebarang kerja berat selepas cabutan..(termasuk kerja2 memasak ke?..hehe)

Nasihat doktor lagi:

Cabutlah gigi geraham bongsu yang bermasalah secepat mungkin. Apabila
umur semakin meningkat, tulang menjadi lebih keras dan cabutan gigi
geraham bongsu mungkin lebih susah dan lebih berisiko..


Wednesday, September 26, 2012

Rujukan fesyen terkini

Bagi yang dah tahu laman web ni http://www.burdastyle.com/ sila abaikan entri ni.

Sesiapa yang minat menjahit boleh tengok laman web diatas.
Ni antara rujukan yang selalu dilihat hari-hari tanpa jemu tapi nak mula menjahitnya tak tahu bila..hehe

Laman web ni ada banyak idea2 rekaan baju untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak.
Terdapat juga paten yang boleh dibeli dan ada yang diberi percuma.
Nak paten apa; seluar, gaun, cardigan, dress, blouse..semua ada..sampai rambang mata tengok.

Cara-cara nak jadikan baju lama kepada baju baru pun ada ditunjukkan.


Cantik kan..?



Dalam banyak2 paten tengok, ada satu yang terjatuh hati...

Peplum Top..


versi lengan pendek


Versi Peplum top lengan panjang... cantik sangat..

Baju ni lebih kurang sama macam baju raya rekaan Nurita Harith untuk tahun 2012.


Antara artis yang pakai rekaan ni


Isteri Early Ashaari dan Lisa surihani 


Bilalah agaknya nak mula menjahit ni..
Nak buat sepasang untuk majlis pertunangan nanti.
Tapi bukan i yang tunang...
piliham warna...semestinya warna pink...hehe..







Monday, September 24, 2012

Daddy, daddy, daddy! i want a new camera!....

Antara sebab i tak rajin nak update blog adalah....
KAMERA takde malas sebenarnya..hewhuhu

Kamera i dah lama jahanam bila sampai kat tangan nanad...
Kamera nanad yg DADDY hadiahkan pulak dia bagi hilang..
Ada cerita sebab apa dia dapat kamera tu..
Masa tu nanad kat uitm dungun...kitorang pergi lawat dia sebab time tu dia masuk hospital demam teruk..
Minah ni pelik sikit...badan dia akan dapat kejutan tiap kali nak exam...bila musim nak exam je terus datang batuk2..pastu selsema2..then terus demam2.
Nama singkat sindrom yang dialaminya adalah exam shock...jauh sekali culture shock.
Lepas dah tau demam tu tak reti pulak dia nak makan ubat..
dan takkan makan ubat..
sampailah kena masukkan dalam wad.
Time kitorang datang tu barulah paksa dia makan ubat...tu pun satu bijik panadol tu kena pecahkan sampai jd sepuluh bahagian..
makan  3 bahagian je yang lain buang bagi tong sampah makan...
Pil2 memang nanad alergi...jd bila nurse bg ubat dia takkan makan punya..
yg ni kakak dia tau sangat..
tu sebab sampai tiga hari dia duk hospital tak kuar2..

Tengah tenat2 demam kat hospital tu tiba2 dia boleh ada idea request kamera dengan daddy..
Masa dapat tau diterima masuk ke uitm dungun dia mintak set comforter..aku yang jenuh kena pi beli..
kenapalah kakak dia tak bijak macam adik dia...minta kete sebiji ke

Bila dapat kamera je terus nanad sihat...
Dah boleh round satu shopping mall.

Sekarang kakaknya nak bagi alasan apa ye nak minta kamera baru..hehehe
Ni nak tidur pun tak lena..
Nak makan pun tak kenyang..
Tapi sihat je badan..tak sakit2..

Hati je sakit selagi tak dapat Sony nex f3...hehe
"Ayahh..hhhhh...ila nak satu je kamera..boleh??"  hehe...boleh blah


Cunnnn sangattttttttttttttt....pinkkkkk..
Harga pun murah sangat...
mahal sebenarnya bagi diri ini, kalau buat facial boleh dapat banyak sesi...hehe

Nanad pun terus teruja bila nampak benda ni

Kamera ni tak bernilai pun berbanding kucing2 ila yang dah kena makan ular 2 ekor, 
dah kena kidnap 2 ekor...huhu....
Bila dah tinggal sekor baruu ayah bagi kucing ni duk dalam rumah..
(Padahal sendiri salah...ada sangkar wat muzium..)

Jadi ayah kena belikan juga..mesti...
kalau tak.. taknak masak hari2..hehehe..









Tak belikan takpe ila beli guna duit sendiri..huwaaaaaaaaaaa


Monday, September 10, 2012

Facial

Semalam pagi bertolak dari simpang renggam terus pergi ke tempat facial di area JB dekat dengan angsana.
Ada appointment facial untuk yang ke -30 kalinya....yup 30.
Bunyi macam banyak tapi sebenarnya dah lama buat facial ni..sejak dari umur 22 tahun sampailah sekarang.
Tempat facial ni ada banyak cawangan tapi semua area jb. Diorang juga ada slimming dengan spa dan banyak lagilah... Setakat ni pernah ambil spa sekali je yang lebihnya banyak facial.

Ramai yang kata kita jangan berkira kalau nak cantik dan sihatkan.
Tapi bila dah terlampau tak berkira..tahu-tahu je dah lebih 10k habis untuk buat facial.
Satu pelaburan yang agak melampau bila difikirkan balik.
Dulu tak pernah nak berkira sebab banyak duit daddy dari duit sendiri.
Now bila dah guna duit sendiri, tiba-tiba bijak matematik.
Dah mula sayang nak bazirkan duit sendiri muka tak juga jadi macam taylor swift.


Mahupun macam Hanis Jalikha yang cun-melecun ittew..


Macam-macam dah treatment yang asal beautician syorkan je aku terus rembat..siap ambil pakej lagi.
Sebut je..diamond trtment, colour trtment, eye trtmnt, oxigen, energy trtmnt, high frequency trtmnt..dan byk lagilah..mesti nak bg cuba.
Pakej yang paling baru sekali IPL hair removal for underarm dengan gold mask.
Cuma dah 2 kali pergi ni mesin IPL diorang asyik rosak je..rosak tak inform pada customer pulak tu.

Keberkesanan facial ni memang ada nampak, kulit jadi lagi sihat dan tak kusam.
Cuma nak keluarkan duit je tiba-tiba mood jadi muram..hewhuhu..
Tempat nak buat facial pun agak jauh dari rumah..turun jb semata-mata untuk buat facial, lepas tu terus balik rumah. Macamlah kat simpang ni takde tempat facial..

Jadi lepas ni dah nekad untuk habiskan ada lagi 6 kali facial...dan takmaw sambung2 pakej lagi.
Nak buat projek yang baru..hewhewhew..jeng jeng jeng...
Hari Sabtu ni kalau jadi nak jumpa doktor dulu untuk khidmat dan nasihat.

Sunday, September 9, 2012

Penghujung mood raya

Alhamdulillah, untuk tahun ni kami adik beradik dapat beraya berlima bersama.

Untuk 3 tahun berturut kami tak pernah beraya bersama.
Mesti tak cukup sorang.
Tapi kali ni tidak.
Siabang baju oren setelah bertahun-tahun dipujuk ajak beraya bersama tapi  tetap berdegil taknak ikut pulang ke Banting, entah kenapa tahun ni nak pulak dia ikut balik.

Tiap-tiap tahun walaupun aku pujuk ajak balik, tetap dia taknak.
Macam2 ayat pujukan aku bagi, 'jomla balik kampung..bukannya selalu balik, setahun sekali je...'
'Jomlah balik kampung tengok atuk dengan nenek...jumpa diorang sementara diorang masih ada...'
'atuk kan dah sakit2..jomlah balik...'...
'nanti faris hari raya pertama faris nak makan apa?..'
macam-macam lg ayat power rangers yg kuar..
akhirnya siabang akur ikut kitorang balik. Itupun dapat tahu masa hari nak bertolak. ..nasib baik kucing2 kat rumah ni aku dah hantar g rumah mak angkat diorang (aka member aku) kalau tak mau pening tinggalkan kucing kat rumah takde sape jaga.

Sedar tak sedar tahun ni juga merupakan tahun ke3 mak n ayah b'pisah.
Maknanya dah tiga tahun juga kitorang beraya tanpa insan yang melahirkan kitorang.
Perubahan sikap yang paling ketara sekali yang aku perasan ialah sibongsu..makin hari makin pendiam.
Bukan aku sorang je yang perasan, makcik2 aku yg kepoci pn ada cakap.
Memang raya kali ni insan tersebut takde ambil tahu langsung pasal kami.
Tapi kami tak kesah, tapi tolong jangan abaikan adik bongsu kami.
Tahun2 sebelum ni dia ada mesej n call..tapi tahun ni langsung takde.
Tolong sedar dan pikir bahawa sibongsu masih kecil, masih perlukan perhatian dari insan yang masih hidup.
Insan tersebut juga merupakan cikgu tempat sibongsu sekolah, takkanlah sebelum cuti bermula pun taknak jumpa sibongsu untuk salam hari raya.
Kami sedar sejak adanya suami baru sibongsu langsung dia ambil tak tahu.
Ini yang buat aku sedih bila tiap kali sampai malam raya. Mesti air mata mengalir. Dasar gembeng..

Enough of sad stories..

Nak cerita pasal baju raya.
Sejak raya tahun lepas baju raya adik2 semua aku yang jahit sendiri, begitu juga tahun ni.
Cuma dari 100% jahit sendiri tu ada 1% hantar kat orang suruh jahit..hehe.
Leher cekak musang..masih belum boleh jahit sendiri, kalau nak belajar buat sendiri pun aku rasa macam2 sumpah seranah yang akan keluar nanti. jadi baik hantar kat orang je.

Rasa macam tak percaya je dapat siapkan baju raya walaupun sibuk hari2 kerja.
Itupun ada member2 yang minta jahitkan baju kurung, tapi sorang je yang aku ambil tempahan.
Takut tak sempat nak siapkan. Adik perempuan dapat siapkan dua pasang baju, untuk diri sendiri dapat sepasang je. Haru.

p/s:-Syukur ada baju baru, orang lain belum tentu ada baju baru.




Monday, September 3, 2012

Soalann? dan banyak jua bebelan

Salam..Selamat Hari Raya..hehe..masih tak terlambat lagi kan utk wish.

Baru 4 bulan tak buka blog ni banyak dah jumpa sawang sana sni...bukan blog je terbiar..namanya email ke hp ke fb ke sumenya dianak tirikan..
hari ni baru ada mood sikit untuk bersihkan.Jadi n antara yg terjumpa..

 

Orang tumpang buat iklan pun ada..ermm
-----
Macam mana keadaan kulit sy?..dh ok?
Jawapannya masih tak. ..dia dtg n pergi sesuka hati
Yang peliknya asal datang bulan puasa mesti sakit kulit ni pn datang. Tak paham.

Tahun lepas masa bulan puasa turun 6 kilo, tahun ni plk 4 kilo.
Member ckp mungkin sbb bila berat turun hormon pn berubah tu yg sakit kulit pn datang. 
Betul ke? Boleh caye ke?
Yang pasti masa bulan puasa mmg byk mkn ayam..har har..yang doktor tak bg mkn tulah yg dibedal.
Tapi sakit kali ni takmo g klinik kulit lagi, cuma pakai sabun mandi sasTid, ambil supplement mcm spirulina, whitegen dengan colla-plus. Setakat ni dgn ambil benda2 ni n kawal pemakanan..sakit kulit ni dah stop dah..n harap2 berterusan. Tak macam tahun lepas, 3,4 bulan baru baik balik.

Ada lagi satu supplement yang bagus untuk kulit nama dia Meiko. 
Masa duk penang sebelum ni ambil supplement ni, harga RM180 untuk ahli. 
Antara tiga2 produk ni, Meiko rasa dia yang plg sedap n paling berkesan dalam masa singkat. 
Kulit wajah jd cerah n senang kata dapat mengubah statistik usia anda..hehe

---
Ada yang nak tahu harga mesin overlock tu? Mesin overlock brother tu harga dia dalam sribu 3rat.
Kalau duduk area Kluang boleh beli kat kedai jahit Nam ma.
----


untuk harga yuran tadika Nuri ni tak pasti rate dia sekarang berapa. Kena tanya direct dgn diorang tapi tadika ni mmg bagus, xrugi hantar belajar kat sana.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...