Wednesday, January 25, 2012

Pen Memo Ayah

Hati menjadi sebak dan sayu tatkala terbaca pen memo ayah.

........
Wahai anak-anakku
Ingatlah
Dalam senyuman ada tangis duka
Tapi dalam tangis duka terselit senyum suka
Dalam manis ada pahit hempedu
Tapi dalam pahit hempedu tersepit rasa
rindu
Biarkan senyum, tangis duka, manis dan
pahit hempedu terpalit di sanubarimu
Biarkan
Redhalah

(31 Disember 2011)



Wednesday, January 4, 2012

Semoga ada sinar dan dipermudahkan segala urusan pada 2012 ini

Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan..
dan
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Dua kata-kata ni sentiasa tersemat dalam hati,
kerana yakin setiap dugaan yang tuhan beri pasti ada sebabnya.
juga percaya bahawa setiap dugaan yang diterima pasti dapat dilalui dengan hati yang redha..dan kita sebenarnya mampu untuk menanganinya..

Jika dulu tak bekerja sekarang dah ada kerja..dan syukur alhamdulillah sebab tempat kerja dekat dengan rumah.
Sebenarnya bila dan macam mana apply job ni pun tak ingat dah.
Tahu-tahu je dapat email suruh attend interview.. sampaikan tarikh nak attend interview pun boleh decide sendiri.
Tuhan itu memang sngat mengetahui disaat hambanya meminta pertolongan.

Tarikh 19.12.11 mula bekerja merupakan tarikh yang menggembirakan tapi dalam masa yang sama rupanya nenek kebayan dah lama merancang agenda dia sendiri.
Kenapa perlu jadi isteri kedua? kenapa perlu nikah siam?
kenapa nak berahsia? kenapa bila dah lama nikah baru nak beritahu?
kenapa tak memikirkan perasaan orang lain?
kenapa adik beradik tiri tak nak bagi kerjasama dan xnak meletakkan kepercayaan, malah melarikan diri?
Sampai sanggup tutup account fb.
Tolonglah hadapi kenyataan.
Bapa kamu seorang penipu;
(sesuai sangat dipasangkan dengan nenek kebayan; sesungguhnya tuhan itu maha adil)
pertama; menipu isteri pertama.
kedua; menipu anak-anak sendiri,
ketiga menipu orang sekeliling kata ada firma guaman, ada buat projek perumahan dan macam-macam lagi padahal kereta yang diguna pun kereta company.
Bapa kamu perasan kaya;
(tapi kenapa nenek kebayan perlu angkut segala barang-barang yang ada dalam rumah ni?..baguslah mungkin NK dipergunakan...semoga akan sedar suatu masa nanti bahawa antara harta benda yang dikejar didunia tidak ternilai harganya dengan anak-anak yang ada sebagai penyambung warisan)
Sesungguhnya hanya kaya dengan penipuan semata.

Bapa kamu sesungguhnya tak layak jadi bapa tiri dan tak layak pun dipanggil bapa bermula 16.12.11 tarikh pernikahan korang di Kelantan.
Tak layak sampai bila-bila..dan nanti kita lihat sejauh mana kebahagian itu bertahan lama.

.
.
.

Semoga untuk tahun 2012 ni akan membawa lebih kegembiraan, kejayaan, kebahagiaan dan keceriaan.
Itu saja yang kami pinta.
Ada orang yang walaupun diberikan dengan kekayaan tapi tidak semestinya mendapat kebahagiaan.

Sebenarnya tidak sukar untuk mendapat kebahagian, hanya kita yang perlu mencarinya.
Banyak cara untuk mendapatkan kebahagian antaranya ialah bersama dengan keluarga (orang yang kita suka), melakukan aktiviti yang kita suka (hobi), bersama dengan kawan yang kita suka..
Tak perlu nak mencari kebahagian dengan mengumpul harta benda didunia.
Meletakkan kebahagian pada harta benda tiada gunanya. Biarkan mereka dengan cara mereka.

Sebut tentang orang yang kita suka..
mulai esok Farhan akan bersekolah *sad* dan tinggal diasrama *very sad*..
bukan bersekolah di smdim, tapi di smksr. sama dgn NK
sekolahnya pun tidak jauh dari rumah tapi cikgu disitu yang menawarkan asrama.
semua gara-gara nama Farhan tidak tersenarai di smdim tapi ada di sek tinggi kluang..
Keputusan terakhir dan muktamad yang farhan putuskan; farhan nak bersekolah sama dengan NK dan nanti pun NK ada mengajar; dia juga nak tinggal di asrama setelah dipujuk.
Sedih sebenarnya bila Farhan kena tinggal di asrama tapi bila memikirkan aspek jagaan, didikan dan makanan; adalah lebih sempurna bila ada disana berbanding dirumah.
Yang penting pelajaran mesti diutama dan semoga kejayaan sentiasa ada mengiringi disana..
itu sahaja doa kakak kepada adiknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...