Wednesday, December 14, 2011

UKKM di MRSM Pontian

Semalam adalah tarikh Farhan Aizuddin menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) di Maktab Rendah Sains Mara Pontian.


Mulai tahun 2012, kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) perlu menduduki Ujian
Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temu duga.  Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh
antara 12 hingga 16 Disember 2011 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.

Wajah tersenyum riang sebab dapat menjawap soalan temuduga mungkin.

Peperikaan dipecahkan kepada beberapa sesi dan dalam beberapa kumpulan yang kecil. 
Satu kumpulan dalam 20 orang.

Asalnya pagi semalam Farhan sibuk taknak pergi tapi kakaknya yang tercinta sibuk beriya paksa suruh pergi..hehe. Rugikan kalau tak pergi. Dari Simpang Renggam ke Pontian taklah jauh mana. Dekatt je..dalam 20 minit. Nak pergi ke MRSM pun senang sebab ada ditepi kiri jalan besar di Pontian.

Apa yang perlu bawa untuk menduduli UKKM ni?
-pelajar yang berpakaian lengkap dengan uniform sekolah
-Kad pengenalan pelajar (IC penting)
-perkakas Alat tulis (sangat penting)
-yakin diri serta tawakal

Peperiksaan UKKM dimulakan dengan sesi temuduga dahulu sebelum menjawap soalan matematik, sains dan sikap. Semasa sesi temuduga pelajar akan ditanyakan dengan soalan bahasa inggeris.

Untuk peperiksaan yang berikutnya iaitu soalan matematik, kebanyakan pelajar yang hadir semalam mengatakan susah untuk menjawapnya. Jadi diharapka pelajar yang akan menduduki peperiksaan hari yang berikutnya akan lebih bersedia ya.

Bagi mengetahui keputusan UKKM ini semakan bolehlah dibuat melalui online di web Mara www.mara.gov.my/
pada hujung bulan satu tahun 2012 akan datang. Sekiranya  pemohon tidak menerima 
sebarang jawapan sehingga 30 April, 2012  permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Diingatkan  juga bahawa Pemohon yang ditawarkan ke  Sekolah  Berasrama  Penuh (SBP) dan Sekolah
Berasrama  Penuh Integrasi (SBPI)  Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke
MRSM.
Pendaftaran bagi Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 
Tingkatan 1 dilakukan di Dewan Besar

Tempat pelajar bersedia sebelum pergi menduduki peperiksaan. 
Farhan ada tengah duduk antara cikgu dan pelajar yang berdiri tu.

Tempat menunggu bagi pengiring (aku yg keseorangan) sebelum taklimat pada pukul 11 pagi bermula.
Nasib baik Farhan periksa sesi 10.55pagi hingga 12.55. Jadi tak perlu datang begitu awal dan terpaksa menunggu lama..yeah..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...