Saturday, December 10, 2011

Tadika Nuri Memang Best

Disebabkan ada peng'google yang menaip keyword 'sangat bagus tadika Nuri' disini  aku nak sharekan
pengalaman selama 4 tahun berkongsi dinding dengan tadika Nuri.
Berkongsi dinding yang sama sebab rumah sewa dulu bersebelahan je dengan Tadika Nuri di Taman Sri Putri. Kat Skudai...Masa tu aku dah darjah 6 duduk sampai le tingkatan tiga.
Tua sangat dah kan..huk..Tak berkesempatan nak masuk tadika nuri.
Yang merasa dua orang adik, Faris dan Asnawi. Masa tu tahun 1996.
Faris cuma setahun je pergi tadika, adiknya Asnawi 3 tahun merangkumi nursery dan kindergarten.

Ni tadika Nuri di Taman Sri Putri

Cawangan Tadika Nuri memang banyak kat area JB, boleh lihat sini: http://www.nuri.com.my/findourbranches.html
dan dah beroperasi sangat lama. Lebih sepuluh tahun setahu aku.
Memang sangat boleh dipercayai sebab didikan dan jagaan diorang memang best.
Parents boleh hantar anak mereka seawal bayi lagi untuk dijaga.
Kanak-kanak seawal 3 tahun pun diterima masuk.
Untuk ibubapa yang kedua-duanya berkerjaya tak usah risau sebab terdapat jagaan kanak-kanak dari waktu sebelum masuk kerja iaitu awal-awal pagi lagi sampailah waktu petang dimana kedua ibu bapa dah habis kerja di pejabat.
Kadang-kadang mak bapak yang sibuk sangat bekerja tu ada yang ambik anak mereka dah nak dekat malam dah. Kesian budak-budak.





Bahasa pengantar yang cikgu tadika nuri gunakan ialah bahasa inggeris.
Buku kat atas ni antara alat bantuan mengajar yang diorang gunakan masa adik-adik aku belajar dulu.
Buku peter and jane. Memang popular kat luar negara.
Jadi bila time Farhan kecik-kecik dulu aku guna buku ni ajar dia membaca.

Gila hebat kan kalau budak tadika dah boleh membaca ayat macam kat atas ni.
Sebab tu Asnawi bila dah masuk sekolah rendah manjang je dapat A untuk English.
Pertandingan untuk public speaking pun dia rajin masuk masa kat sekolah rendah.
Tak macam aku, entah kenapa kalau BI punya subjek memang tak berapa suka. Sudahnya manjang je dapat bii untuk subjek BI ni.

Waktu awal-awal pagi mestilah akan ada perhimpunan. Masa perhimpunan macam-macam aktiviti ada termasuklah menyanyi.
Budak-budak yang dapat belajar kat tadika nuri ni bagus sebab mereka diajar melukis, menulis, mewarna, membaca, mengira.
Bila dah habis belajar ditadika ..pulang ke rumah wajiplah ada kerja rumah.
Kerja rumah yang cikgu bagi memang banyak, kadang-kadang kesian pulak aku tengok adik aku. Sampai takde masa nak bermain. Dah penat siapkan kerja sekolah terus tertido.
Tapi bila time farhan tadika kemas dulu aku jadi tak puas hati pulak sebab kadang2 takde langsung kerja rumah. Jadi aku yang bagi dia kerja rumah tambahan..muahaha.
Paling aku tak boleh lupa bila ada satu hari ni asnawi tertinggal buku dia kat rumah, jadi teacher dia pun panggil nama aku minta ambilkan buku yang tertinggal tu. Senangkan sebelah rumah je.
Kerja aku pun senang je masa tu, tengah hari cuma masakkan makanan untuk adik-adik aku. tak perlu susah payah nak pergi berantar berambik diorang dari tadika. hohoho

Jadi parents yang masih terfikir-fikir nak hantar anak mereka ke tadika nuri tak perlulah nak ragu-ragu lagi.
Cuma sediakan yuran je. Memang yuran dia agak mahal sikit berbanding tadika lain tapi pulangannya untuk masa depan memang berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.
Hari graduasi diorang pun best, kita boleh tengok anak-anak kecil ni membuat persembahan nyanyian, lakonan dan tarian di atas pentas. Sangat comel tau.

Kesian pulak kat Farhan sebab tak merasa masuk tadika nuri bila kitorang dah pindah ke kawasan kampung. Tapi dia bernasib baik sebab ada kakak yang baik dan rajin. Kah.
Sebelum Farhan masuk tadika kemas aku dah get ready supaya dia dah tahu membaca.
Jadi tak perlu nak merangkak-rangkak susah payah nak catch up masa kat tadika.
Untuk bahasa melayu aku guna buku Bacalah Anakku. Ada lapan buah buku, n kena katam kelapan-lapan buah.
Untuk belajar membaca bahasa jawi aku guna buku iqra'
Untuk matematik aku tak ingatlah guna buku apa. Mungkin guna cara aku yang tersendiri kot.
Tapi memang aku tabik kat Farhan sebab boleh tahan cara aku mengajar yang kadang-kadang memang tegas. Nanad pun tak tahan kalau aku ajar dia. Kompem bergenang air mata.
Tobat nak minta aku ajar dah..muahaha.

3 comments:

  1. bgs ye Nuri ni? igt nk hntr ke branch shah alam

    ReplyDelete
  2. Boleh tau ke yurannya berapa kalau hantar full day? Ingat nak hantar sbb kena pindah JB (dari Ipoh), masih mencari-cari.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...