Sunday, December 18, 2011

Rekaan designer punya

Si tukang jahit suka mencari idea baru bagi mendapatkan rekaan baju yang cantik dan menawan.
Sedang surf di internet, lalu si tukang jahit terjumpa beberapa web shopping online yang rasanya sangat berguna bagi tukang-jahit tukang-jahit lain diluar sana.


Disini juga ada satu rahsia nak beritahu kepada sesiapa yang tiada masa/ idea nak menjahit manik atau sulaman, menghadapi masalah upah yang mahal bagi menghantar baju untuk dijahit manik, juga bagi mereka yang ingin mencantikkan lagi baju kurung/ baju2 yang sedia dan yang paling penting ingin mendapatkan rekaan designer.

Walaupun waktu sudah pun menunjukkan 1 pagi, tetapi rasanya tak sabar nak berkongsikan cadangan yang  kretif ini...hehe

Sebelum ni ada buat satu entri tentang jahitan manik di leher dan jahitan manik di tangan, di situ pelbagai teknik dan pattern boleh diguna pakai: http://misdalila.blogspot.com/2011/11/manik-in-house-d.html
Rekaannya simple je tapi memang memakan masa untuk menyiapkannya kadang-kadang sampai nak juling anak mata..hehe.

Lepas ni rasanya tak perlu pening-pening nak memikirkan corak apa nak dijahit dengan manik kerana...jeng..jeng..jeng..

Dah jumpa designer lace!!!!!!!!!!!!!!!!! wah..suke..suke..

Gold + Silver lace

Cantik kan?? Harga semeter baru RM 18 jee..murah dan berbaloi-baloi.
Kalau hantar kat butik pun belum tentu dapat harga dalam 180 hinggit.

Gold Mango Lace Semeter RM25.

Red Ruby Lace. Semeter RM8 jeeeee

Yang paling murah adalah RM8 semeter dan corak-coraknya diambil dari motif bollywood.
Ada banyak lagi rekaan yang unik dan menarik. Nak tahu laman webnya? pergi ke

Lace ini anda boleh hias letak di tudung, baju, tops dan saree.
Memang alternatif yang terbaik bagi manik dan sulaman.
Nak pasangkannya pun tak susah, kalau taknak jahit anda boleh gunakan gam.

Web ini juga ada menjual embroidery patch



Harga yang ditawarkan dari serendah RM0.45..(dalam kepala dah fikir macam2 corak boleh buat dibahagian leher baju)
Yang 4 jenis ni antaranya tapi ada banyak lagi yang cantik-cantik dan dalam pelbagai warna.
Nak design kasut sendiri n minta diorang buatkan pun boleh.
Yang pasti bila dah guna designer pattern ni akan bertambahlah ke'diva'an kita nanti..hehe 

Ada lagi satu benda yang perlu diberitahu tentang apa yang menarik ada di marinacraft.
Juga berkaintan dengan lace, tapi tiada manik..


Lace trims harga semeter RM18. Craft lace ni memang cantik, jika rajin bolehlah dijahitkan dengan manik.

Marinacraft juga ada menjual embroidered organza,  sesuai untuk dijahit dibahagian leher.

Semeter RM5.28

Sesuai diletakkan di t-shirt yang kosong. Juga bahagian leher


Corak bunga pun ada. Cute kan. Ni RM1.98.

Ok.Itu sahaja dan selamat mencuba.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...