Friday, December 9, 2011

Mood berjaga-jaga

Untuk 3 hari 2 malam akan datang mood adalah dalam keadaan berjaga-jaga. Mungkin malam semalam je yang dapat mimpi indah, malam ni dah tak berapa boleh nak tidur nyenyak.

Entri semalam kan ada kata yg i really miss my dad kan.
So malamnya terus mimpikan daddy.
Seronok masa dalam mimpi tu. Pergi bersiar-siar 3 orang dalam kereta dengan Farhan, then pergi makan-makan kat luar.
Ermm..kalau orang yang kita rindu memang selalu keluar dalam mimpi ke..
Tapi mr.exbulat dulu tak pernah sekali pun wujud dalam mimpi. Memang xde jodoh kot.

So malam ni cuma ada aku, Farhan n pendatang baru si Meow.
Mak n Faris kul 8malam tadi baru bertolak pergi KB. Hari Ahad depan baru balik.
Ayah pulak hari Isnin depan balik. Mintak2 semuanya dalam keadaan selamat. Selamat pergi dan selamat kembali.

Cakap pasal kucing, sebelum ni kan ada buat entri nak kucing.
Tak berapa lama lepas tu je hajat dimakbulkan.
Cuma mintaknya kucing parsi tapi dapatnya kucing memang tak parsi.hoho
Kucing penyeri pun takk..lebih kepada kucing bacin..haha.
Aku rasakan kalau ada kucing parsi yang suka makan angin sorang-sorang berkeliaran tak tentu hala, mesti tak sampai seminit je kucing tu dah kena kidnap.
Tak dapat kidnap budak, kidnap kucing orang lain pun jadilah.
Pulangan dari hasil jual kucing kan lumayan..ada yang beratus ada yang ribu raban. Mana main puluh2 ringgit.
Anak kucing pun ada orang jual sampai 700 ratus. Mahal kan..huhukutakmampu
Memang aku takkan belilah kucing mahal-mahal ni. Nanti entah-entah tahan berapa hari je. Lagi2 bila baby meow tu dah terpisah dr mummy dia. Kesian kan.


Hiii..nama saya bucuk. Jangan dekat dengan saya.
Teka saya betina ke jantan??

Peribahasa malu-malu kucing memang sesuuai dengan kucing.
Masa mula-mula kucing ni datang rumah malu-malu, takut-takut..lepass je dah bagi makan terus gesel2 kat kaki. Memang manja. Entah kucing sape dah taknak bela..so kucing ni datang ke rumah yang sepatutnya.
Rumah ni selalu je ada kucing datang. Cuma lekat tak lekat je kat rumah ni. Tapi dalam banyak2 kucing pernah sekali je ada kucing jantan. Bela dia sampai dia tua n mati. So yang kucing diatas ni adalah kucing betina.
(Masa dia mengeow tak berapa nak betina lebih ke jantan.)

First2 jumpa tu memang bukan macam orang puteeh kata tu..love at first sight. haha
Kucing ni sangat sangat kurus. Si Meow: Meowwww ( Ya sy mmg kurus)
Kucing ni sangat tak berselera makan. Si Meow: Meowww (Sy uke makan ikang lah xmo wiskas)
Kucing ni juga sangat sangat busuk. Si Meow: Meoooww (Sy bucuk awak lg bucuk)
Asal ada berdekatan dengan kucing ni je nanti dia mesti hadiahkan bau yang sedap sebagai kenang-kenangan. Bila tengok keliling takde pulak jumpa shit.
Takde apa-apa bunyi tiba busukk je bau.
Kentut busuk mulut pun busuk, kena bagi sembur dengan febreeze elok ni.
Adik aku kata janganlah dekat-dekat dengan dia.
Tak dekat pun bole bau dari jauh..muahaha. Dah dekat 2 minggu bela pun dia still mengeluarkan bau yang sama. Kucing ni memang kompem aku takkan cium or peluk2 bagai.
Cuma hari ni dia bernasib baik boleh tidur dalam rumah sebab dua orang tu takde.
Lain hari sila tidur dibelakang rumah ye.

Yang gambar kucing atas tu gambar terbaru petang tadi snap.
Farhan kata dah berisi sikit. Jangan berisi sebab ada baby sudah.
Oh ya. Kucing ni virgin. Pandai2 je aku wat statementkan. Tapi memang aku tahu sebab badan dia solid lagi. Masa awal2 tu dia suka minum susu. Sekarang ni macam-macam benda aku bagi dia makan. Muahaha.
Keropok ikan, nasi dengan ikan, whiskas, telur. Telur! tadi ada bagi dia makan, patutla busuk tadi. Ciss.
Tahap selera makan kucing ni dah bertambah,means dah bertambah sihat.
Bila dah bertambah sihat, menjadi bertambah cantik, bila dah cantik kucing jantan tertarik.
Dari ada satu kucing dah ada dua kucing. Pertambahan kucing jantan membuat pengawasan selama 24 jam.
So now kebarangkalian kucing ni untuk mengawan memang ada. Kena berjaga-jaga, cegah sebelum kena...kasi halau sama itu penggoda....muahahaha.

I tak bersedia nak jadi mummy..hak

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...