Friday, December 16, 2011

Makanan untuk kurangkan stress anda

Kali ni nak kongsikan info mengenai makanan apa yang perlu diambil sewaktu tengah stress atau jiwa kacau.
Jangan pening-pening, tak baik untuk kesihatan.
Sebab minda yang sihat adalah kunci utama untuk badan yang sihat..

Biasanya makanan yang kita ambil sewaktu stress mesti coklat kan. Tapi masih ada banyak lagi alternatif makanan lain bagi mengurangkan stress. Nak tahu apa dia?

Semangkuk oatmeal panas sebenarnya meningkatkan tahap serotonin,
sejenis bahan kimia otak yang menenangkan.

Dengan pengambilan diet berkhasiat, ia boleh mengatasi masalah stress dengan meningkatkan ketahanan sistem imun dan menurunkan tekanan darah.

Semua jenis karbohidrat seperti roti, bijirin, gandum dan pasta juga dapat meningkatkan tahap serotonin di otak

Buah oren kaya dengan vitamin C dimana ia boleh mengurangkan tahap hormon tekanan dalam masa yang sama mengukuhkan sistem imun.

Sayur bayam yang tumbuh melata dibelakang rumah ada kebaikannya rupanya..banyak kandungan magnesium ada padanya. 
Kandungan magnesium yang terlalu sedikit boleh mengakibatkan sakit kepala dan keletihan, tanda kepada tekanan. Oleh itu hanya satu cawan diperlukan untuk mengembalikan kekurangan magnesium didalam badan. Popeye pun suka makan bayam sebelum cari pasal kan..haha

Asid lemak Omega-3 yang terkandung dalam ikan seperti salmon dan tuna dapat mencegah daripada tekanan, melindungi daripada penyakit jantung, kemurungan dan sindrom premenstrual.
Kalau taknak makan nasi, resepi paling mudah disediakan ialah ikan salmon digoreng diatas pan dengan minyak yang sedikit (ikan ni dah banyak lemak) makan bersama kentang goreng dan salad..yum2..my favourite.

Kajian juga menunjukkan teh hitam dapat membantu memulihkan anda daripada keadaan stress dengan lebih cepat.

Makanan lain adalah seperti:
Kacang pistachios
Buah avocado
Kacang badam
Sayur mentah seperti karet dan seleri
Susu
Ubatan herba

..dan jangan lupa untuk bersenam ('_____')

p/s: patutnya aku happy Isnin ni dah start keje. Ini tak, kenapa stress ntah...
Apapun aku sangat bersyukur sebab dah lepas dari seksa mencari pekerjaan dan paling penting tempat kerja tak jauh dari rumah. Hadiah hari jadi yang paling best. Alhamdulillah..




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...