Monday, December 12, 2011

Lukisan di dinding

Siapa yang suka deco rumah bagi cantik tu kat sini ada lagi satu cadangan yang menarik.
Apa kata korang buat free painting je kat dinding rumah.

Untuk tahun lepas aku ada cadangkan buat corak stencil di dinding kan? Apa kata untuk tahun baru yang akan datang ni tahun 2012 kita bagi sentuhan hasil dari seni tangan kita sendiri.
Manalah tahu kalau ada bakat yang terpendam tu bolehlah dikeluarkan..
Tak cantik dimata orang lain pun takpe.
Janji kita yang melihat rasa puas hati dengan hasil seni tangan sendiri.
Kompem takde jumpa dekat rumah orang lain punya..hehe

Dekat sini nak bagi contoh lukisan tangan. Boleh terus je lukis di dinding atau lukis di kertas untuk dijadikan bingkai bergambar. Mesti menarik.




hand painted by Lynne Rutter Murals & Decorative Painting. Sumber SINI




OH...Pink memang sangat cantik.
Sumber SINI

Ceria kan lukisan tu...sebab diwarnakan dengan warna pink. hoho

Simple je kan lukisan petak-petak tu..tapi hasilnya cukup menarik untuk bilik bayi anda yang bakal lahir.
Boleh juga kalau nak hias bilik yang sedia ada. 
Tetamu yang datang nanti mesti kagum dengan hasil kretiviti korang.




Rumah tamu dah lukis, dapur pun dah dengan bilik tidur..sekarang lukis dekat toilet pula..hehe

Banyak lagi contoh-contoh yang ada sebenarnya. Semua cantik-cantik.
Jangan lupa singgah di laman web dibawah ni untuk mendapat lebih banyak lagi inspirasi ok :D


Untuk yang memang pro dalam melukis boleh tengok contoh bawah ni
Lukisan murals design yang memang cun 


Mesti ramai yang cukup suka tengok idea-idea kreatif untuk menghias rumah ni kan.
Kalau suka, gabungkan dua-dua teknik (antara lukisan tangan dengan corak stencil). Tengok hasilnya macam mana nanti.
Link yang wajip disinggah: http://www.cuttingedgestencils.com/



Antara contoh corak stencil rama-rama



Contoh corak stencil bunga

Contoh corak stencil burung, ranting dan daun.

Nak contoh stencil percuma yang sedia untuk dicetak?

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...