Tuesday, December 6, 2011

Jangan memaksa boleh?

Cuti sekolah ni tahap kesihatan Farhan sangat baik.
Takde demam n takde batuk. Good boy.
Kalau tak sebelum ni setiap minggu mesti ada demam n batuk.

Cuti sekolah ni tahap kesihatan mental kakak dia pulak sangat tak baik.
Patutnya cuti sekolah biar bebudak sekolah je yang cuti...
Cikgu yang ada kat rumah ni kenapa cuti????

Tadi elok-elok je tengah tidur bila dengar suara perempuan ni terus badan jadi panasss je.
Langsunggg takleh nak sambung tidur dah.
Dah pukul 12 malam ok. Suara tu tak boleh nak tune bagi slow sikit ke.

Dah nak masuk 2 minggu dah.
Boleh tak tolong jangan nak paksa-paksa Farhan.
Hari-hari sibuk je paksa Farhan pergi Tahfiz. Konon risau nanti tak tamat ngaji, nak suruh habiskan dalam sebulan.
Helloooo...tak payah nak risau sangat.
Retinya canang itu n canang ini je.
Nak Farhan pergi tahfiz cuti sebulan ni.
Ayat mula2 macam ko beriya-ia lahh risau tup2 sebut gak nama M suh minta yuran. SEtakat yuran.
Dari situ je dah tahu taklah concern mana pun.
Nanti yang nak pergi beranta berambik je pun orang lain. Tak kisah pun.
Cuma Jangan nak buat serabut boleh.
Dah cukup elok Farhan nak ngaji kat rumah.

Patut tanya tuan punya badan nak pergi ke tak.
Opss awal-awal memang tanya tapi lepas tu lebih kepada memaksa.
Takde akal ke kasi fikir sikit..bukannya tahfiz tu tak bagus. Bagus ok
Yang jadi masalah utama bila jadual tahfiz tu buat pagi petang sampai malam.
Yang ko beriya-iya hari-hari nak paksa dah macam orang gila...Farhan rilek je, aku pun jadi gila.
Cukupla hari tu seminggu sebelum UPSR siFarhan attend kelas pagi petang malam je dah demam
Ni pulak yang sampai sebulan..ada semput lagi.
Nak tengok budak tu masuk hospital ke. Ayahnya dahlah jauh sekrg. (Ni nak nangis ni)
SEdangkan demam je yang bwk ke kliniknya kakaknya..ko ada?? Tahu bising je.

Otak aku dah jem. Nak taip pun rasa marah je.
Petang tadi pun NK tu ada paksa suruh rasa makanan dia.
Dah aku taknak janganlah paksa2.
Rasa jelah. Rasajelah..Sombong.. Ye memang sombong nak buat macam mana.
Bila tak puas hati cakap belakang-belakang, cerita satu kampung macam ko baik sangat.
Tak puas hati cakap depan2 tak berani. Cuba-cubalah paksa Farhan lagi sekali.


Kenapa bila sekarang baru sibuk-sibuk nak risau.
Kenapa dari dulu ko tak risau.
Risau sejak budak tu umur 6,7 tahun lagi.
Waktu tak pandai membaca n mengaji.

Time Abawi nasib baik ada arwah makmah, yang selalu ajarkan n tengokkan kerja rumah.
Memang arwah sangat baik. Baik terhadap adik2 aku semua.
Even kalau aku tanya masakan sape yang paling sedap..dah tahu jawapannya.
Bila bebudak ni masing2 suka arwah masak, ko yang tak puas hati ni g report kat M kata barang dapur kat rumah cepat habis. Asyik kena beli je.
Aii. Ko ke yang kena pergi beli. Ada Mr M merungut ke.

Time Farhan pulak, masa dia belum masuk tadika dulu aku baru habis SPM.
Hajat nak keje tapi NK tak bagi.. dengan alasan ingat mak n ayah tak mampu nak bagi makan ke.
Aii hidup ni nak makan je ke kejenya. Nak juga rasa b.e.r.d.i.k.a.r.i...
Tak bagi takpe. Masa yang terluang haruslah dimanfaatkan untuk mengajar Farhan membaca rumi dan jawi sampai katam. Mengira pun wajiplah bijak walau tukang ngajar tak bijak.
Abang-abangnya dulu bertuah sebab tadika Nuri dulu sebelah rumah je.
Abawi je g tadika 3 tahun. Jadi persediaan nak masuk darjah 1 memang dah mantap.
Farhan pulak tadika kemas je dalam kampung ni.
Tiap kali masa hantar n ambik Farhan kat tadika je mesti hati jadi sayu..
SEdih tengok kelas yang sempit je bukannya apa pun.
Bab pelajaran dia tak risau dah.
Persediaan untuk dia melangkah masuk ke alam sekolah rasanya dah cukup.
Lega boleh membaca n mengira.
Paling gembira bila dapat lihat hasilnya sekarang.
Tak mau letak harapan yang tinggi menggunung kat Farhan.
Takut nanti dia tekanan n aku pulak kecewa.
Budaknya dahlah asal ada kakaknya satu peluang nak ponteng.
Tak datang sekolah sebab demamnya lain, yang pontengnya lain. Nak marah memang taklah.
Memang dimanjakan. Manja bertempat takpe.
Banyak ponteng pun tapi belajar pandai dah ok perr.

Dalam dua minggu ni masih boleh bersabar..temperature tak naik lagi
Esok lusa kita tengok macam mana.
Jangan sampai tampal note macam ni kat pintu bilik tidur, pintu bilik air, pintu2 almari n pintu2 kereta kang.

LOCO
Ok dah lega dah boleh masuk tidur.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...