Saturday, December 3, 2011

Breaking dawn

Cerita hari Isnin yang lepas tapi hari ni baru nak cerita.ngeh2
Hari Isnin lepas g tgk wayang bersama-sama nanad, faris n Farhan.
Sebelum kuar rumah tu wajiplah mendengar sedikit ceramah drp ustazah NK.
Ceramahnya bertajuk jangan asyik nak berseronok je..
Tak paham dimanakah datangnya perkataan 'asyik'...
dah tentu2nya sebelum ni Farhan duk sibuk nak periksa. Sekarang dah habis belajar apa salahnya kitorang pegi jalan2 kan..kannn..
Ni mesti kes jeles sbb hari Ahadnya kitorg pergi jalan ikut daddy..
hari yang sama gak dia ajak kitorang g agrotek kat Ayer Hitam tapi kitorang taknak g.

Setakat ajak g Ayer HItam yang boleh dikatakan every week kitorang g, lepas tu nak bersesak2 larat dengan orang yang ramai dan dibawah matahari yang terik lebih baik ikut ayah pergi Angsana n Danga City Mall.
Bukan keadaan n tempat tujuan pun yang menjadi keutamaan tapi lebih kepada nak ikut dad or mom.
Lebih selesa n seronok bila dapat pergi dengan ayah boleh jalan satu mall satu hari sampai lenguh kaki tapi takde apa pun beli. Janji Hepi..

Kalo kitorang nak berseronok pun balik2 mesti pergi pusat karaoke Sayang kat Simpang Renggam. Tak jauh pun dari rumah n tak seronok mana pun bila dapat dengar suara sendiri menyanyi macam radio rosak. Rasanya lebih kepada aktiviti mengeratkan hubungan sesama adik beradik.
Jadi bila dapat keluar sesekali lagi2 bila ada Faris (paling payah nak diajak berjalan) dah cukup seronok..

Plan nak tengok wayang ni dah lama..dari cerita Bini2 ku gangster dah kuar lagi si Faris beria-ia ajak kata nak belanja..malangnya Farhankan selalu demam je..jadi ditunda sampaila cerita toyol keluar pun tak berpeluang tengok. Last sekali bila Breaking Dawn dah keluar kakak2nya yang paling excited sekali nak tengok. Weeee.. :D

Cerita Breaking dawn Part 1 ni aku klasifikasikan kategori lucah tapi tak berapa nak lucah..
n satu kesilapan pulak bila bawak budak tak cukup umur a.k.a Farhan Aizuddin ikut sekali tengok..hehehe.

Farhan Aizuddin kenal panggung wayang masa umur 9 tahun gara2 nanad yang ajar..n aku terlibat sama :p
Tapi sekarang dah tak heran bila budak kecil pun tengok sebab kadang makpak dorang baby pun duk angkut sekali masuk wayang. Tak paham aku..
Aku kenal wayang masa kat Matrikulasi Kuala Pilah. Time tu roomate sibuk ajak aku suh teman dia date..aku xde sape nak date. hoho.xklakar
Filem pertama tengok kat wayang is Infernal Affairs lakonan Edison Chen yang hensem. Pelakon lain tak ingat..haha. Lepas tu je dah berpuluh cerita tengok kat wayang bersama insan tersayang sekarang dah tak sayang. Eh. Seronok lagi tengok wayang bersama kawan2 tersayang..

Dulu Jacob (nak dua-dua boleh?)..
sekarang tukar kepada

Pontianak yang paling hensem abad ini dengan rambutnya yang cool...


Mengapa wat wedding dalam hutan nampak menarik...
nak jugaklah...


Mengapa Bella pakai baju pengantin ni sangattt cantik...
nak jugaklah...


Dress yang ni pun sweet walaupun simple..
Tak sabar nak tunggu Part 2 kuar wayang..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...