Sunday, November 13, 2011

Tiga hari yang gembira


Hari akan menjadi lebih INDAH tanpa adanya pengawasan orang dewasa..
walaupun hujan lebat melanda negara.

Kalau kat sekolah mestilah kita tak suka kat pengawas dan cikgu disiplinkan.
Mungkin aku sorang je kot sebab selalu kena tahan sebab bela kuku panjang.
Orang tak cukup jari.. tu sebab suka bela kuku panjang.
Kalau kat rumah pulak paling tak suka bila ada cikgu disiplin yang tak cukup berkhidmat disekolah maka dia berkhidmat dirumah. Mungkin kerana telah diturunkan pangkat.


Oleh sebab itu...Hari tanpa adanya orang dewasa dirumah merupakan hari yang cukuppp INDAH..
Lebih fokus jika kita katakan hari tanpa ibu..



Tanpa adanya ibu dirumah maka aku tidaklah berbulu..huhuharuuuuuuuuuuuuuuuu you.

Berbulu apabila mendengar suara perit yang akan menanahkan telinga sesiapa yang mendengarnya.
Tapi malangnya aku seorang je yang dengar sebab Farhan telah aku hantar ke sekolah pagi2.
Setiap pagi pasti akan ada ketukan di pintu bertalu-talu.
Setiap pagi juga pasti akan ada jeritan supaya memadamkan lampu.
Semuanya kerana Faris yang belum bangun tidur.
Dulu waktu Mr.M ada dia tak pernah pun bising-bising suruh padam lampu.
Yang musykilnya punyalah kuat suara dengan  ketukan tu tapi orang kat dalam bilik tak juga bangun2.
Mungkin tidur mati...

Faris pula aku tahu jenis malam berjaga siang ko baru nak tidur.
Tapi ada bagusnya juga.
Silalah jadi pak guard untuk rumah ni.
Sebab rumah duk sekarang ni dah pernah ada perompak masuk 2kali.
Duk dalam hutan..jiran2 pulak xde..yang ada monyet dan babi tu pun dah jarang nampak skrg.
Kali pertama habis barang2 kemas dia bawak lari.
Kali kedua pulak dia ambik barang2 kepunyaan Farhan..duit tabung, Ps2 yang baru beli hadiah dr sunat dengan semua cd2 dia angkut sekali, gameboy. Yang kelakar sekali beg sekolah adik aku pun dia rembat.
Beg untuk ko wat sumbat barang2 curi kan..dalam banyak2 beg dia pilih beg MU. Cerdikk kan.
Rasa macam dah pernah cerita je pasal ni..tapi takperlah. cerita sekali g..

Bila orang dewasa xde maka tugas-tugas diambil alih oleh aku.
Bukan bermakna sebelum2 ni xpernah wat semua kerja tu.
Sebenarnya dari darjah 6 lagi dah dilatih buat semua kerja rumah termasuk memasak even though ada pembantu rumah.
Sekarang xde dah pembantu rumah. Itulah gunanya aku dirumah...

Aku lebih suka kalau masak sendiri sebab lebih menepati selera tekak ku yang high class ni..hehe..
(jenis sentiasa tak puas hati dengan masakan orang lain sebenarnya...)
Cadangan menu pulak aku mesti tanya kat adik2 .
Apa yang diorang nak makan..just say it...hehe. Akak bole masakkan..hehe

Menu pilihan adik2 mestilah yang simple2 je macam tomyam ayam...ikan masak sweet sour..spagetti..
kalau menu dessert pula  diorang suka kek coklat dan puding.
Semua tu pun makanan kegemaran aku jugak..hehe

Untuk resepi tomyam...sebab adik2 aku suka pedas..
Bahan tumis selain bahan perencah tomyam tu, serai dengan bawang, aku suka letak tomato dengan cili api yang diblend..kemudian masuk ayam bagi dia masak kejap
Bila bahan tumis dah serap kat ayam baru masuk air biar didih
Baru taruk semua sayur2 pilihan termasuk tomato
Last masukkan daun limau purut, jus limau dan garam..siap. Tak payah susah2 nak masak menu lain dah..haha. Senang kan.

Resepi tomyam ayam tapi gambar tomyam udang..tq Mr. google

Untuk resepi sos sweet sour pulak senang n mudah je aku wat..
Guna bahan2 yang sedia ada kat rumah. Tumis bawang putih, cili api n serai yang diracik halus2.
Lepas tu letak tomato n cili besar yang dah diblend..
masak kejap baru masuk sos cili, sos tiram, tomato n bawang bsr cincang..
Kalau ada nenas bolehla masuk sekali. Nak masak bagi rasa masam lagi boleh perahkan limau sikit..
Dah siramkan kuah atas ikan goreng, hiaskan dengan daun sup. Sekali lagi, senang kann...

tq Mr. google

Kenapa ntah hari ni tiba2 tulis sampai 2 resepi..
Oh ya terima kasih kepada hormon-hormon gembira yang banyak pada hari ini...sekian..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...