Tuesday, November 8, 2011

Minat menjahit?

Entri kali ni khas buat mereka yang minat untuk belajar menjahit.
Hanya tips-tips daripada pengalaman aku sendiri bagi mereka yang baru suka-suka nak menjahit.

Kalau mereka yang betul-betul serius untuk menceburi bidang jahitan saranan aku baik pergi ambil kelas jahitan. Sekarang ni memang berlambak ada kelas jahitan, sekali kelas ada yang wat 4 jam, bayaran pula RM100 ..tamat latihan sijil akan diberikan.

Tapi sebenarnya kalau takde masa nak hadiri kelas pun still boleh belajar jahit. Janji minat tu ada, nak seribu daya kan..kalo taknak sendiri jawap...

1. Cari buku bagi menggantikan guru.


Ni buku antik sebenarnya..since 1993. Aku baru darjah 3.
Buku ni memang dah ada dekat rumah ni tapi tak pasti my mom yang beli or my dad.

Buku ni aku sangat sarankan sebab sangat lengkap.
Dari jahitan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan hinggalah ke pakaian dewasa, hinggalah ke jahitan untuk kelengkapan rumah seperti cadar, langsir, sarung kusyen, sarung bantal....hinggalah ke seni crochet dan mengait. Banyak lagi hinggalah nak cerita tapi baik pergi beli je buku ni. Opss..yang bawah ni buku terbitan baru..


lagi Koleksi buku yang ada dalam simpanan... buku "Hiasan Langsir"
Mungkin nanti dalam entri seterusnya aku akan keluarkan apa isi perut yang ada dalam buku nii..
Banyak contoh2 langsir yang cantik ada dalam buku ni. Nak buat dia pun xsusah mana...celah gigi jelah..hee


2. Youtube

Taknak beli buku? xpe. xpe. Ada cara lain yang lebih mudah.
Cari video2 kat youtube yang berlambak orang post kt situ.
Taip je keywords "sew"..."sewing" ke.."menjahit" ke.
Antara video penting yang aku belajar kat youtube ialah...
'cara2 nak jahit zip',
'Jahitan kolar' ---- ni paling penting ni sebab kalo korang xde kepala xyah belajar pun tarapapa...haha

3. Blog

Ni lagi satu sumber inspirasi yang sangat berguna dan ianya PERCUMA..
Sukeee bila percuma kan.
Antara blog yang boleh dilawati..

Untuk mempelajari teknik Sulaman
http://sulammenyulam.blogspot.com

Blog ni akan mengajar anda cara untuk sulam manik dan labuci, asas untuk mengait, asas untuk menjahit
dan pelbagai teknik asas lagi...
janji asasnya minat yang mendalam untuk belajar...dan belajarlah sepanjang hayat..

4. Projek kecil

Sebenarnya masa aku mula menjahit masa sekolah menengah dulu xde pun belajar guna step 1,2 dan 3 tu.
Terus je belasah menjahit...hebat tak?...Muahaha.
Caranya ialah mulakan dengan projek yang kecil- kecil dulu..
Kalau tiba-tiba aku dah terus pandai wat kebaya, jubah, baju melayu memang tipuu.

Antara projek awal yang aku wat macam langsir yang mudah..
gambar dr google

gambar dr google

Memang cepat je nak siapkan langsir ni..bila dah hebat sikit bolehla wat langsir yang lagi cantik.
Projek seterusnya bolehlah wat cadar, sarung bantal...

Sekarang ni bila dah hebat sikitttt, sikit je..barulah boleh jahit baju blouse, baju raya untuk adik-adik macam set baju melayu, baju kurung, baju kurung moden dan baju kebaya..siap sekali dengan jahit manik. :)
Baju yang aku pakai ni jahit sendiri tapi sayangnya manik tak nampak 
sebab silap pilih warna yang sama dengan kain.
Penat2 je jahit 2,3 hari tapi bila tunjuk kat adik2 aku semua tanya "mana maniknya?"...HUWAAA
Selagi aku rasa aku belum dapat keje memang menjahit jela kejenya sekarang...
 
Baju adik aku ni pula dari pemilihan kain, potong kain, jahit baju, jahit manik semua aku wat dia cuma tolong tengok pun tak. Masa awal2 kata nak jahit manik sendiri tapi hampehhh..hehe

Sebelum ni kitorang hantar jahit dekat satu butik pengantin ni je...
yang selalunya minah tu akan cas sampai mencecah RM300 siap manik...
Apakah xrasa mahal sangat ko cas kan??
Ni adik aku jela yang selalu balun ayah aku...aku xsampai hati. Baik aku kan??hehe


Ni antara bajunya..tapi memang puas hatilah..hehe

Tu baru upah jahit belum harga kain lagi kan...
bayangkan betapa sekarang banyak duit yang my dad jimat..hehe. 
Tapi baru-baru ni sebab ayah dah tau aku boleh jahit baju dan yakin aku wat dengan cantik jadi dia pun belanja itallian chiffon kat Jakel Shah Alam masa konvo adik aku aritu. Sepasang je dah RM400 tapi sekarang tengah ada sale kan :)
Nak potong kain tu rasa cuak pula :p



1 comment:

  1. menjahit itu mudah kalo ada minat n peralatan n masa... banyak cara-cara jahit kat internet..just tekan-tekan keyboard ja kan...

    ..tenkiu dee sbb pernah jahit blouse yg comeil tuk aku..nnt ley lah tempah baju kat dee kan...ngehehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...