Wednesday, November 16, 2011

Kesabaran

Salam,

Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian.....
Allah memberi kita kedewasaan bila kita ditimpa masalah...
Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan...
Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik

Maka bersangka baiklah denganNya.
Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Pandulah hati2 kami dengan tetap teguh dengan kepercayaan ini....

Alhamdulillah...Sekarang ni sangat bersyukur kerana tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan.
Penyakit gatal dah tak serius, janji pemakanan harus dijaga
Dulu masa datang penyakit ni serius asyik pikir nak mati..entah apa-apa rasa masa tu
Sampaikan berat pun turun dari 54kg kepada 50kg kepada 46kg..memang sangat drastik
Semua orang tegur sangat kurus.
Tapi minggu ni terasa lebih sihat dan gembira bila dah boleh makan ayam dan tak rasa gatal
Dapat makan ayam pun boleh buat seseorang gembira...hehe
Now mengidam nak makan udang masak mentega plak...macam mana tu...aishhh

medicated soap for fungal infection


Sabun SAStid ni doktor kulit yang sarankan untuk pakai.
Memang sangat berkesan...Farhan pun aku suruh dia guna sebab ada gatal2 kat kaki.
Rupa-rupanya sabun ni pun boleh pakai kat muka. Aku pakai kat badan je. 
Ohh kulit muka dia sangat licin bikin I jeles,,,
Sabun niii rahsia kecantikan muka dia..hehe

Mengenai kerjaya pula
Bulan ni merupakan bulan ketujuh jobless
Bulan dimana aku rasa sudah sampainya masa untuk tidak goyang kaki dirumah..

Sejak dua minggu lepas menanti panggilan keputusan dari kilang di Benut
Baru hari ni diorang kol mengatakan surat dari bos besar mungkin minggu ni atau minggu depan dapat.
Hari ni nyaris2 je nak kol tadika kat melaka untuk mohon jd guru tadika..hehehe
Nasib baik kilang ada kol hari ni.
Tapi yang paling penting dah dpt approval dari tuan besar.
Sekarang kena tambah level kesabaran lagi :)

1 comment:

  1. ubat sastid tu akak beli kt mana eh?sbb saya cri kt farmasi dah x dak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...