Tuesday, November 15, 2011

Karnival MARA di Plaza Larkin Johor Bahru

Tema : Keusahawanan, Kerjaya & Pendidikan




Tarikh 
Masa 
Tempat
: 18hb - 20hb November    2011
11am - 9pm
: Plaza Larkin, Johor Bahru

Ringkasan program:
Program karnival yang bakal berlangsung selama 3 hari bakal memberi peluang kepada pelajar lepasan sekolah SPM, STPM, Matrikulasi dan yang berkaitan untuk turut serta mengambil peluang memohon Institusi Pengajian MARA (IPMa). Terdapat pelbagai kursus untuk peringkat Sijil, Diploma, Ijazah dan Professional yang bakal akan ditawarkan untuk Pengambilan Sessi Januari 2012.
Turut serta “Main Exhibitor” iaitu JobStreet.com Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah Agensi Portal Pekerjaan ternama memberi peluang pekerjaan melalui aktiviti pameran kerjaya bersama syarikat-syarikat majikan yang bakal berada di Plaza Larkin pada tarikh dan waktu yang sama sepertimana yang tertera di atas.
Selain dari itu terdapat juga pameran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang akan turut serta mempamerkan produk dan servis Usahawan Tempatan merangkumi IT, makanan dan bermacam-macam lagi.
Siapa yang patut hadir?
1- Individu yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA/S yang mendapat pembiayaan MARA
2- Ingin mencuba peluang kerjaya bersama dengan JobStreet.com
3- Penggemar produk-produk usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS)
4- Mahu turut serta sebagai “EXHIBITOR” di Karnival MARA bagi tujuan promosi produk atau servis perkhidmatan
Anda berminat untuk menyertai program Karnival MARA?
Sebarang pertanyaan anda boleh email ke admin@muqmin.com atau hubungi kami, Muqmin Services (Event Manager) di talian 07-2210681, Ezal (012-7574525), Suzaimi (019-7324567), Ej (017-6537323) selaku penganjur bersama untuk program ini. Dapatkan borang penyertaan disini.
Jom datang beramai-ramai dan sertai bermacam-macam aktiviti disepanjang Karnival MARA di Plaza Larkin, Johor Bahru, Johor


1 comment:

  1. Buat program sama dengan career fair kat pwtc.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...