Wednesday, November 9, 2011

Feeling bored as hell?

Let's watch a video on youtube!


Selain daripada baca blog apa kata kita tengok remaja yang vlogging.
Matluthfi ni baru je pos video ni 2 hari lepas tapi dah ratus ribu yang tengok..
Ni baru satu..ada lagi banyak sebenarnya
Nak tengok yang lain??
Hangpa gi la cari sendiri...hahaha

Lagu-lagu cinta yang dinyanyikan dalam video tu macam..
Forteen-Berdua bersatu
KRU- 3 kata
Lagu2 ni aku kenal bila dengar adik aku Farhan yang pasang.
Dia cukup minat 2 lagu tu.
Aku? Memang menyampah dah dengar lagu cintan cintun sekarang..haha. Seriously

Lagu Aliff Satar Lelaki Seperti Aku pula blogger Cik Kiah n Mawaddah yang perkenalkan.
Dorang duk nyanyi2 lagu ni je masa aku datang Melaka aritu. Sounds so happy..

Cakap pasal cinta, Ramai tentu fikir yang cinta akan datang dengan semulajadi.
Tapi bagi aku kalau kita tak berusaha cinta tu takkan datang dengan sendirinya.
Namun bila kita dah berusaha tapi kecundang jua akhirnya tu namanya bukan jodoh kita..
Nak muntah pula baca gaya bahasa aku kali ni..hahaha

Cinta di zaman sekolah... orang kata itu cinta monyet..
Cinta monyet aku pada masa dulu hanya 4 minggu
Masa tu baru form tuu..
Memang akui xcerdik lagi masa tu jadi my mom bila dapat tahu sebab dia cikgu kat sekolah aku dia pun putuskan hubungan tu...
Semenjak dari tu senang kata 10 tahun selepas tu
Aku dah nekad dalam diri aku taknak ada hubungan dengan mana2 jejaka
Walaupun ada senior yang menghampiri aku...bajet ko hot r..harhar..hitamm ada

Cinta di zaman universiti...aku kata cinta yang ditinggalkan pergi
xnk ingat dah n biarlah ia berlalu pergi..

Cinta yang hakiki..cinta pada ilahi..
Satu-satunya tempat kita bergantung harap dan bermohon dikala waktu suka dan duka..


The person I love the most..my dad.



"The greatest gift I ever had
Came from God; I call him Dad!"





"A father is always making his baby into a little woman.  
And when she is a woman he turns her back again."



Ni masuk cerita lain plak, 2 hari lepas datang sekor kucing.

Spesis binatang yang aku paling suka harimau sebenarnya dari kecil teringin sangat nak bela harimau tapi apakan daya..cukupla pengalaman dapat pegang harimau, ular..i likee.


Kitorang adik beradik memang pantang nampak kucing..abis kucing ni jadi mangsa kitorang..
Mangsa gomol2, peluk2, cium2, lambung2..dsb
Kucing siapa punya ntah sesat datang rumah minta makan..
Dah penat main bagilah kucing ni ikan..tapi dia wat dekk je. Tak pernah jupe ikan aku rasa,mesti tuan dia bagi whiskas je sebab bulu dengan badan dia nampak sihat.
Bila taknak makan ikan aku bagilah susu.
Sebab susu kucing dah abis kat rumah, yang ada anlene mak aku dengan nespray
jadi aku pun wat eksperimen.

Eksperimen pertama dengan susu anlene perasa coklat, habis licin susu tu kucing ni jilat.
Eksperimen kedua dengan susu nespray, malangnya hanya sedikit je yang dia rasa.
eh..eh..dah wat macam rumah sendiri..

Kucing pun tahu demand jugak kan macam manusia. Tapi kucing tak sejahat manusia.
Kucing adalah binatang yang penyayang, manusia pula sanggup membunuh anak yang tidak berdosa.
Paling kejam aku baca pasal bayi yang dikelar-kelar. Serius aku tak boleh terima.. sedih.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...